The Germans referred to a schwerpunkt (focal point) in the planning of operations; it was a centre of gravity towards which was made the point of maximum effort, in an attempt to seek a decisive action. Ground, mechanised and tactical air forces were concentrated at this point of maximum effort whenever possible. By local success at the schwerpunkt,
a small force achieved a breakthrough and gained advantages by fighting in the enemy’s rear. It is summarized by Guderian as “Nicht kleckern, klotzen!” (Don’t fiddle, smash!)
white…all white…pure..
and shine….
white…always white…
crystal clear…. white is better…
white….
shown upon…inside out
=D
…………………….
penulisan untuk buku..semakin hari semakin tebal….moga2 ia siap.. sempat nak baca sendiri …
pernah tak.. seperkara yg kita mahu….terlintas di hati… lalu tiba2…. mudah menjadi realiti?
pernah tak rasa ia seperti doa di hati? =D
yg di makbulkan ilahi?
atau masih rasa..ia adalah semata dari usaha diri?
bukankah wajib mensyukuri?
atau masih terus syaitan beraja di hati?
atau sengaja lupa diri?
bukankah segalanya sudah di pesan Nabi?
baik dan buruk sudah di batasi….. kenapa masih campuri….cuba hendak sebati…bahkan dengki dgn orang yg mentaati suruhan ilahi…
tak cukup dengan dengki…malah di maki
caci..mencaci….seolah sebati dgn diri…
kononnya madani…bistari… hari hari..
alahai diri..
semoga mendapat ampunan ilahi..
buat diri sendiri…
dan pembaca bistari..
ku insafi
kelemahan diri… harap-harapnya…dapat sinar nurani..
sayangi diri…
jgn asyik lu pikir sendiri…
ruhani dan jasmani… ada panduan
dari Ilahi..
Rabbul’izzati..
~ Rasa Sayang, Penang. 24 Jan.
Tagged: Hati January 24, 2009
Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.
“Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
“Pah…oo..Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.
“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”
“Betullah Pah oii…saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”
“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun
lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding,” cadang Pak Uwei. “Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
“Pah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. “Tapi bang…”
“Dahlah…pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah
melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
“Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm…abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.
“Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya…,” balas Pak Uwei.
Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”
“Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah.” Intan cuba membuat abahnya faham.
“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”
“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.
“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi…
aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.
Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian
itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei
memulakan bicara. “Hajat apa pula abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
“Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang,cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
“Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…pegawai Tabung Haji tu minta
bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam
seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.
“Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
“Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.
“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur
berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
“Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.” “Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi…dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
“Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?”
“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”
“Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.
“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah
tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”
“Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan. “Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
“Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni…,” ujar Intan menghampiri
mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
“Apa hal… kamu nak kahwin ke?” soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. “Abah ni… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini… kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamatsebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. “Apa??” Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.
Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak
Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. “Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu… dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. “Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan…,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. “Hah… tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
“Mak ni…,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.
“Semua dah siap ke mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. “Dah rasanya… ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”
“Hah, awak dengar tu…kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
“Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
“Kenapa resah aje ni bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”
“Sabarlah dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
“Mak… abah…,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan. “Mereka menanti di rumah, abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. “Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa. “Awak ni… kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. “Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.
“Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. “Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?” “Err… tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,” ajak Azman.
“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.
SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang adamenitiskan air mata.
“Mak dengan abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapamentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…,” suruh Long Semah.
“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
“Az… mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. “Sabar abah…,” Muaz menggosok belakang abahnya.
“Kenapa Az…kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
“Mak… Intan dah tak ada mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. “Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah. “Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak… tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,”Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..”
…Belum sempat aku memberi padamu
Engkau yang ku damba hilang tiba-tiba
Tiada lagi irama cintamu sayang
Tiada lagi haruman kasihmu Intan
Tinggallah aku menyulam cinta yang silam
Di dalam senyum yang berbayang duka…
Lirik Lagu Intanku Kesepian - Wings (Mus)
(Ber-puitis-Pak-Uwei)
Tagged: Akhirat, Dunia, Hidup, Mati October 16, 2008
Di sebuah Tadika…
Hari ini seorang cikgu ingin mengajak anak-anak muridnya bermain….
Maryam… guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
=D
………………………….
Pat Mat pulang membawa Beg,
Pulang Dari Kebung Pisang,
Dari Pisang Itu Terbiar Dalam Beg,
Lebih Baik Tengok Tv sambil Makan Pisang
………………………….
Pisang Tanduk dalam almari
Pisang Emas dalam begali
Pisang Awak dalam lori
Pisang Goreng juga dalam kuali
(mmm dapnye makang petang2 sambil tengok hujang tepi kolang ikang)
………………………….
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebijik di dalam perahu
Esok nak pegi belayar
Nak bawa apa pun tak tahu
ps: nak bawak ape la gi pulau tioman 4 hari nims!!! takkan bawak pisang kot? isk!!
Tagged: Hati, Pisang October 16, 2008
Pesona Wanita Muslimah
Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Saban waktu hidup mereka digambarkan bak bunga yang mekar mewangi di taman. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa.
Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan “perempuan” dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.
Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara, betina. Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual) .
Ciri-ciri seorang wanita
Allah swt befirman (dengan maksudnya ):
“Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. (Ali-Imran : 36)
Islam menetapkan seseorang manusia itu sebagai wanita apabila dia memiliki 2 sifat, iaitu mempunyai sifat fizikal sebagai wanita seperti mempunyai kemaluan wanita, buah dada serta lain-lain yang seumpamanya (hormon dan lain-lain) setelah dilahirkan (secara asal, bukan melalui pembedahan plastik atau pemasangan alat tiruan) dan kerana itu Islam melarang penyerupaan wajah atau perilaku di antara kedua-dua jantina tersebut.
Sabda rasulullah ; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Dawud (4098); and Ahmad 2/325; dan Ibn Hibban (1904); dan lain-lain)
Manakala sifat yang kedua bukti seseorang itu merupakan wanita ialah apabila dia di datangi haid setelah baligh.
Diriwayatkan oleh Jabir ra bahawa Rasulullah s.a.w menemui Saidatina Aisyah r.a yang kebetulan sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapakah dengan dirimu ini? Saidatina Aisyah menjawab: Aku haid sedangkan mereka semua sudah bertahalul. Aku belum lagi bertahallul dan Tawaf di Baitullah. Mereka sedang mengerjakan Haji. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ini adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah terhadap setiap anak perempuan Adam.” (Hadis sahih di dalam Sahih Muslim no. 2127)
Islam tidak memasukkan faktor perasaan dan kehendak hati sebagai pertimbangan untuk menetapkan jantina manusia dan hal ini merupakan penolakkan kepada golongan yang ingin menukar jantina mereka dengan alasan bahawa naluri mereka kononnya tidak bersama dengan jantina yang dimiliki.
Seorang yang memiliki sifat lelaki, sekalipun beliau mendakwa mempunyai naluri dan perasaan kewanitaan tetap tidak boleh menukar jantinanya di sisi Islam kerana perasaan, dorongan hati hanyalah permainan syaitan yang berlegar di ruang minda manusia semenjak kecil dan ramai yang terjebak oleh permainan hati dan perasaan yang dipandu oleh syaitan ini.
Mereka terpedaya, kononnya jiwa mereka terperangkap di dalam jasad yang salah sekaligus telah membuatkan mereka jatuh kufur dan murtad daripada agama apabila mendakwa tuhan tidak berlaku adil, tuhan tersilap di dalam meletakkan jiwa mereka dan tuhan sebenarnya tercuai di dalam pengawasannya terhadap kelahiran mereka apabila dikeluarkan ke muka bumi melalui jasad yang salah.
Allah swt befirman (dengan maksudnya) :
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki- Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah : 255)
Allah swt befirman (dengan maksudnya) :
“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Mukmin : 57)
Demi tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan kebesarannya tanpa cuai, memasakkan bumi dan segala isinya dengan teguh untuk manusia tidak mungkin sama sekali cuai tetapi mereka telah disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu mereka.
Allah swt befirman (dengan maksudnya) :
“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka.” (Al-Hajj : 46).
Sesungguhnya mata mereka telah dibutakan daripada melihat kebenaran tuhan dan kehidupan yang diciptakan. Mereka berkata kami tidak bernafsu kepada lawan jantina kami, katakanlah orang yang sakit juga tidak dapat bernafsu, kerana itu ubatilah dahulu penyakit yang bersarang di dalam hati, rawatilah kebutaan yang menebal di dalam diri, demi tuhan kamu akan melihat dan ketika itu kamu akan menyedari betapa tergiurnya kamu terhadap rahmat tuhan yang telah diciptakan-Nya.
Pesona Wanita Islam
Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14)
Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70)
Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari.
Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.
Ada beberapa petua yang boleh kita pelajari bagi mendapatkan sebuah pesona buat diri.
Setelah puas menyelidiki buku-buku dan petua berkaitan wanita di dalam Islam dan sebagainya maka saya penuhi sedikit ruangan ini dengan catatan mengenai syarat menjadi wanita pesona yang saya temui :
Tidak bermakna cantik tetapi mesti lawa
Ramai akan menyangka bahawa wanita yang mempesonakan itu haruslah cantik dan menghairahkan tetapi telahan dan sangkaan itu ternyata agak silap. Bukan jasad cantik yang semua orang lelaki selalu cari tetapi mereka melihat kepada lawa.
Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.
Pemakaian
Tentu anda biasa melihat wanita yang berkulit gelap, tidaklah memiliki potongan badan yang ramping tetapi dengan pakaian menutup aurat yang dipadankan ketubuhnya, berjubah labuh misalannya, bertudung litup dan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit, bedak yang lembut di muka dengan senyuman ikhlas di wajah wanita tersebut, maka apakah lelaki yang memandang tidak akan mengatakan dia itu lawa ?
Tidak lawa ? Pasti anda berbohong !
Lawa terhasil apabila wujud gabungan penampilan imej yang baik dengan pemakaian yang sesuai, menutup aurat dan menyelesakan pemakai bukannya yang sendat sehingga terseksa ketika berjalan, bukanlah warna yang terang sehingga menyakitkan mata dan bukanlah yang terbuka di sana sini sehingga setiap kali terpaksa ditutupi dengan tangan.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).
Ramai gadis murahan (kerana murah dibeli atau didapati) , baik di IPT atau sudah bekerja suka sekali memakai seluar jeans dan seluar ketat yang menampakkan bentuk pinggul mereka. Mereka tidak sedar bahawa lelaki suka sekali melihat hanya untuk menjamu nafsu tetapi tidak ada yang akan sudi mengambil gadis sebegitu sebagai teman di dalam kehidupan.
Pemakaian seksi menyeksa batin lelaki, membuatkan mereka tergoda, namun daripada sudut pandang psikologi, perbuatan wanita memakai pakaian seksi terbabit hanya akan meruntun nafsu lelaki supaya menyeksa kaum wanita, disebut menghukum dan menganaiyai wanita itu di atas katil dengan kekuatan seks luar biasa dan memperlakukan pelbagai tindakan luar batasan bagi memuaskan nafsunya yang diruntun secara tidak normal oleh wanita itu dengan pemakaiannya yang seksi.
Gejala ini disebut pembalasan dendam daripada lelaki yang kemudiannya akan meninggalkan wanita tersebut setelah kepuasannya dipenuhi, perbuatan ini jauh daripada cinta, jauh daripada kasih dan segalanya yang selama ini di dambakan oleh seorang wanita tetapi dipandu oleh nafsu dan runtunan syahwat.
Pemakaian yang menutupi aurat, bermaksud menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan bukan hanya memakai tudung, tetapi mesti labuh sehingga menutupi dada, juga tidak terbuka dan terdedah di bahagian lain serta tidaklah ketat dan sendat menampakkan bahagian dan bentuk badan.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)
Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat.
Penampilan imej
Menghasilkan imej yang menarik sangat mudah tetapi mengekalkannya itu yang amat payah. Postur yang betul perlu dipelajari, bagaimana cara berdiri, berjalan, duduk dan ketika tunduk mengambil barang atau sesuatu yang tercicir di atas lantai.
Mulakan dengan postur yang betul ialah satu kemestian, tidak ramai menyedari wanita kerap membongkok ketika berjalan, khasnya bila mereka memakai tudung yang labuh atau berpakaian sopan, ini tidak betul kerana tawadhuk itu di hati bukan dengan berjalan tertunduk-tunduk sehingga menyakitkan tulang belakang.
Jalan dengan meluruskan posisi badan, kepala tegak dengan langkah yang aman dan damai pasti akan menghasilkan pemandangan seorang wanita anggun yang sedang berjalan. Betulkan posisi duduk, cara meletakkan tangan , kaki dan punggung bagaimana melabuhkan diri amat berguna bagi membina imej yang positif dan mempesona.
Ini tidak hanya berguna ketika anda bertemu orang ramai tetapi perlu dilatih di dalam rumah sehingga anda menjadi suri rumahtangga dan bergelar isteri yang anggun dan memikat di sisi suami.
Baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).
Siapa tidak bangga memiliki isteri anggun dan bergaya, melihatnya duduk di sofa sahaja membuatku terpesona, bergaya, anggun dan jelita. Cara letak tangannya, cara memegang gelasnya, cara menghidangkan makanan di atas meja, cara mengambil sesuatu, gerak langkahnya, cara dia menyentuh diriku, aduh aku suami bahagia punyai isteri yang istimewa.
Demikian keluh seorang suami yang memiliki isteri yang kebetulan telah dilatih dengan disiplin latihan pesona wanita semenjak kecil.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).
Selesaikan postur, cara berinteraksi pula menjadi topik utama, perkataan yang diucapkan, percakapan dan tutur kata memainkan peranan. Pilihan ayat yang tepat gagal digunakan oleh ramai wanita kerana tidak sabar untuk bercakap.
Berfikir sebelum bercakap
Berfikir sebelum bercakap membantu seorang wanita untuk menghasilkan ayat yang tepat, menarik dan sesuai untuk digunakan pada situasi tertentu. Sesetengah lelaki, misalannya suami anda adakalanya memiliki sensitiviti tertentu terhadap penggunaan bahasa.
Contohnya saya pernah menerima aduan mengenai seorang kawan yang berasal daripada utara Kedah yang telah bernikah dengan seorang gadis Kelantan, beliau mengatakan bahawa apabila mendengar isterinya bercakap di dalam bahasa Kelantanis serta merta beliau cepat sekali bernafsu !
Seorang yang lain pula mengatakan, beliau pantang mendengar wanita bercakap di dalam loghat Terangganu kerana akan mematikan selera beliau sedang rakan yang lain pula mengatakan dia tak mampu bertahan dengan bahasa utara yang agak pekat, menyakitkan telinga katanya !
Demikian antara contoh keperluan bagi kita memilih perkataan dan bahasa yang sesuai untuk berbicara khasnya bagi wanita yang menginginkan pesona.
Kegelojohan bercakap boleh membawa padah, ramai wanita tidak menyedari bahawa lelaki kurang memahami percakapan dan butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Wanita menyifatkan sesuatu secara maksud tersirat tetapi lelaki kerap mengambil apa yang terzahir daripada perkataan.
Wanita mungkin berbicara kepada suaminya, yang dia terluka ketika memasak di dapur tadi tetapi sekarang sudah sembuh dan lukanya pun sudah hilang. Suami mungkin akan membalas dengan mengatakan apakah sudah dibubuh ubat pada luka ? Memesan supaya berhati-hati di dapur atau paling kurang berkata kalau sudah sembuh baguslah.
Komunikasi wanita sering mempunyai agenda tersimpan yang tidak diluahkan !
Hakikatnya boleh jadi wanita itu ingin perhatian lebih daripada suaminya seperti melihat bekas luka di badannya, bertanya di mana luka itu berada dan kemudian paling penting bertanya masakan apakah yang dibuat oleh isterinya kerana besar kemungkinan tujuan wanita itu menceritakan kisah lukanya di dapur itu bertujuan supaya suaminya mengetahui masakan yang dihidangkan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau istimewa.
Pasti hancur hati wanita tersebut apabila si suami mengatakan dia tidak sempat hendak makan bersama kerana sibuk dan terpaksa kembali ke pejabat dan menyuruh isterinya makan sendiri terlebih dahulu.
Siapa yang bersalah ?
Tiada siapa yang bersalah di dalam hal ini kerana sifat lelaki dan wanita ternyata berbeza termasuk pandangan dan pemikiran mereka walau bagaimanapun seorang wanita pesona dia mampu berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan boleh difahami oleh pasangannya dan hal ini memerlukan kepada kebijaksanaan otak atau pendedahan informasi maklumat seperti yang ditulis oleh artikel seperti ini.
Antara perkara yang sempat saya tuliskan lagi berkenaan imej ialah seorang wanita pesona haruslah mampu menzahirkan keceriaan dan ketenangan di dalam jiwanya.
Huru-hara bukan sifat wanita pesona tetapi kelembutan, ketenangan dan kedamaian ialah imej yang perlu ditampilkan bersama dengan pemakaian. Seorang wanita pesona, wajahnya sering memaparkan senyuman, tawa riangnya tidaklah melampaui batasan dan perwatakkannya terkawal dan dikawal hanya oleh dirinya yang menafikan bahawa wanita pesona itu haruslah seperti robot bergerak yang dikawal.
Dia mengawal dirinya ketika berjalan, melangkah dan hidup dengan yakin dan tawakal kepada tuhan di dalam masa yang sama hidup mesra seperti manusia lainnya. Kepura-puraan atau lakonan tidak berlaku dan tidak dapat dilihat di wajahnya tetapi ini semua terhasil akibat latihan dan disiplin diri bertahun-tahun lamanya.
Pesona wanita tidak dapat dibina di dalam satu hari tetapi imej dan peribadi dibentuk dengan perubahan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Kata kunci bagi penampilan imej ialah berhati-hati
Berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu akan mendorong kita bertindak dengan lebih tepat dan bermanfaat ketika melaksanakan sesuatu perkara.
Anda pasti tidak mahu gelagat anda ketika mengorek hidung akan dikenang oleh seorang lelaki seumur hidup dan memori sebegitu pasti tidak manis dibuat cerita.
Janganlah anda lupa, cukup lama masa diperlukan untuk membina imej yang baik dan peribadi pesona tetapi sekejap sahaja waktu yang diperlukan untuk memusnahkannya. Itulah yang disebutkan sebelum ini bahawa tidak susah untuk membina pesona wanita tetapi terlalu susah untuk mengekalkannya.
Berhati-hati di dalam perbualan, pergerakkan dan perlakuan akan mengundang kepada kebaikan kepada diri sendiri. Kita tidak tahu bila dan di mana orang akan melihat kita, namun dengan sikap berhati-hati kita akan lebih perihatin dan lama-kelamaan sikap ini akan bersebati di dalam diri sehingga membentuk sebuah disiplin hidup yang mempesona.
Tidak perlu jadi bagus tetapi mesti menjadi orang yang baik
Apabila artikel ini ditulis ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa saya cuba memaksa orang supaya berlagak bagus. Di dalam kelas agama yang dikendalikan oleh saya kepada pekerja wanita di dalam syarikat yang saya bekerja agak ramai wanita yang mengatakan mereka sudah pun mempunyai keyakinan bahawa mereka sudah cukup baik cuma tidak bagus.
Mereka berkata kami ni memanglah tak bagus sangat, tetapi tidaklah sampai buat …itu dan ini, daripada perkataan mereka, kita mengerti bahawa mereka mengakui yang mereka baik cuma belum sampai ke tahap bagus.
Sebenarnya untuk menjadi seorang wanita pesona tidak perlu bagus tetapi mestilah memiliki ciri-ciri orang yang baik. Apakah dia ciri-ciri orang yang baik ? Marilah kita lihat.
i) Baik hatinya iaitu jauh daripada hasad dengki,sifat tamak dan suka membantu orang lain dengan ikhlas.
ii) Menyukai kebaikan dan membenci kejahatan
iii) Tidak mengumpat dan mencela orang lain kerana hatinya baik maka dia suka memaafkan
iv) Berfikiran positif dan berbaik sangka
v) Patuh dan taat kepada agama semampu dirinya
Sekiranya anda memiliki ciri-ciri di atas maka sudah pasti anda ialah seorang yang memiliki hati yang baik. Namun jika setelah membaca ciri-ciri di atas pun anda masih berkata ; Apalah ustaz ni, kami ini manusia bukannya malaikat nak buat semua-semua tu, maka sudah pasti saya pula akan berkata, panduan ini untuk manusia dan bukannya untuk iblis !
Orang yang baik maka sudah pasti dirinya akan turut mempesonakan orang lain. Setiap insan yang dikasihi tuhan pasti juga akan turut dikasihi oleh makhluk-makhluk- Nya cuma musuh-musuh tuhan yang terlalu ramai membuatkan kita kurang menyedari realiti ini.
Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).
Adakalanya kita melihat wanita yang hodoh, tidak cantik dan tidak pula menarik, namun kebaikan hatinya kadang-kala boleh menembusi Arasy di langit ! Para malaikat bergegar-gegar mendoakan kebaikan untuknya dan kita akan dapat lihat hidupnya berakhir dengan penuh kebaikan, keberkatan dan kegembiraan. Sekalipun mungkin tiada jodohnya di dunia ini, saya yakin tiada siapa berani menafikan keutamaan dirinya.
Kita cuma perlu sedar, dia terlalu mahal untuk lelaki hina di atas muka bumi ini.
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun.” (An-Nisa’:124) .
Kaya tidak penting tetapi bukan sekali-kali miskin
Dimaksudkan oleh saya dengan kata-kata ini bahawa kekayaan itu tidak penting ialah kerana tidak semua wanita cemerlang, anggun dan pesona itu daripada golongan orang yang kaya akan tetapi tidak pernah ada wanita yang pesona itu terdiri daripada orang yang miskin meminta-minta.
Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana.” (hadis sahih riwayat tirmidzi ).
Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).
Ya, bukanlah bermakna miskin itu bererti miskin harta dan wang ringgit tetapi bermaksud miskin jiwa dan miskin maruah. Disebutkan di dalam sejarah Islam melalui riwayat Ibnu Ishak yang ditolak oleh sebahagian ulama’ (saya bawa kisah ini kerana berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan) mengenai kisah seorang wanita cemerlang yang masih berusia belasan tahun. Bapanya pergi berjuang, di dalam rumah cuma tinggal tabung bekas wang yang kosong.
Kemudian datanglah datuknya yang tua dan buta tetapi merungut-rungut akan sikap bapanya yang lebih pentingkan agama dan perjuangannya daripada keluarga. Apabila ditanya oleh datuk yang tua itu ketika menziarahi cucunya apakah bapa-mu meninggalkan wang dan harta ?
Lantas si gadis muda ini mengutip ketulan batu-batuan di jalanan dan dimasukkan ke dalam uncang wang sebagai konon bukti bahawa bapanya meninggalkan belanja. Mendengar bunyian tabung yang berisi dan merasa ada ketulan harta di dalamnya maka si datuk pun berasa tenang. Namun hakikatnya bapa mereka telah mendermakan seluruh hartanya di jalan Islam. (Sekiranya ada pihak yang mahu menyangkal kisah ini, tolong jangan lakukannya di sini)
Itulah Asma Binti Abu bakar radiallahuanha yang terkenal di dalam sejarah, pantang meminta-minta ! Maruah keluarga, bapanya dan perjuangan yang di dokongi keluarganya itu lebih utama daripada wang dan harta.
Miskin bermaksud lemah, tidak berdaya dan tidak berusaha untuk mengubah nasibnya kerana dia tidak mempunyai misi dan visi di dalam kehidupan, jiwanya miskin daripada kekuatan iman dan tawakkal serta keberanian untuk bangkit mengubah nasib dan masa depan hidupnya.
Wanita pesona tidaklah sama sekali miskin, mereka mungkin tiada harta tetapi pantang sekali meminta-minta. Mereka berdikari dan bersikap bersederhana dan bercukupan dengan apa yang ada serta bersabar dengan segala kekurangan dan kelemahan yang menimpa. Mereka tidaklah ghairah mengejar harta dunia seolah-olah mereka begitu terdesak dan miskin sehingga adakalanya orang-orang menyangka mereka ini merupakan wanita yang berasal daripada golongan yang kaya-raya.
Pada hari ini ramai sekali wanita yang miskin, mereka sanggup menjual tubuh badan mereka demi kemewahan dan pulangan harta dunia. Ternyata tubuh mereka boleh dibeli dengan wang ringgit dan kasih sayang mereka boleh dibeli untuk tempoh tertentu berdasarkan harga. Tawar menawar belaku dan lelaki boleh memiliki mereka dengan pulangan keseronokkan dunia.
Wanita murahan yang miskin seperti ini bukanlah wanita pesona idaman lelaki.
Jangan terkeliru !
Hari ini orang berkata artis wanita menjadi idaman dan impian semua lelaki, bohong dan dusta. Lihatah perceraian dan perpisahan saban hari yang terjadi dan menimpa para artis wanita. Bahagiakah mereka ?
Televisyen dan media mengkhayalkan kita mengenai glamour dan popular serta kekayaan dan kemewahan tetapi hakikatnya mereka hidup tidak lebih bahagia daripada kita. Seorang artis wanita hidup di dalam dilemma, ketakutan, cemburu dan resah selalu. Takut disaingi oleh artis baru yang lebih cantik, lebih popular, cemburu kepada suami yang mengahwininya kerana cantik dan glamour disebabkan kini sudah ada yang lebih glamour dan cantik daripadanya, resah selalu oleh gossip dan isu yang boleh menjatuhkan reputasinya, dilemma dan susah hati kerana setiap hari sudah berusia.
Pendek kata, mereka tidak semuanya yang menemui jalan bahagia.
Wanita yang kaya jiwanya, tenang hidupnya dan berwawasan akan menjadi cahaya dan pelita kepada lelaki. Di saat suaminya kebuntuan dia akan membantu menyinari hidup rumahtangga dengan cahaya iman, keanggunan dan kepesonaan yang tiada tandingan.
Pendek kata, mereka selalunya berakhir hidup dengan bahagia.
Kepandaian bukanlah syarat tetapi tidaklah pula bodoh
Kita sudah pun hampir menyentuh keseluruhan aspek luaran, peribadi seorang wanita pesona tetapi kali ini biarlah kita melihat pula kata-kata hikmah pesona wanita yang ke-empat ini iaitu kepandaian tidaklah menjadi syarat dan kewajipan tetapi tidaklah pula seorang wanita pesona itu bodoh yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui apa-apa.
Allah swt berfirman (yang bermaksud) :
“Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.” (Al-Hajj : 54)
Mustahil orang yang bodoh dan jahil dapat menjadi wanita pesona, mulia dan anggun sebaliknya mereka cuma akan menjadi hamba, kuda tunggangan lelaki dan makhluk hina yang menghembuskan nafas kerana sistem pernafasan manusia berfungsi sedemikian.
Langsung tidak mengerti untuk apa, kenapa dan mengapa mereka dilahirkan ke muka bumi. Wanita pesona sebaliknya mampu berfikir dan sentiasa berfikir bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap perkara yang mereka tidak ketahui.
Tiada siapa dilahirkan pandai, berilmu dan disebabkan itulah kita belajar daripada kejahilan, belajar mengenal kehidupan dan menjadi pandai membezakan di antara perkara yang benar dan salah.
Mereka rajin belajar dan gigih mempelajari segala jenis ilmu yang dianggapkan berguna di dalam kehidupan. Mereka suka membaca, suka mempelajari sesuatu yang baru dan tidak malas daripada berusaha mendalami pengetahuan dan pengalaman mereka.
Bermula dengan ilmu yang disifatkan teori, mereka kemudian akan beramal dengannya sehingga dapat memiliki kemahiran dan pengalaman.
Wanita istimewa, anggun dan pesona tiada yang jahil tetapi penuh informasi dan berpengetahuan.
Mungkin mereka tidak sebijak Enstain, Al-Kawarizmi dan Imam Syafie tetapi mereka pastinya tidak sebodoh haiwan yang tidak tahu untuk berubah bagi membaiki kesilapan. Mereka belajar dan terus belajar serta beramal dan mengubah kesilapan mereka menjadi pengalaman dan pengajaran.
Mereka suka menghadiri kelas dan kuliah ilmu, mereka mencintai pengajian agama dan keilmuan yang membantu dan menyumbang kebaikan di dalam kehidupan mereka dan orang lain. Buku-buku merupakan hadiah kesukaan mereka dan bahan bacaan sering menjadi tatapan mereka untuk mengetahui dunia luar dan kehidupan ini.
Mereka sentiasa ingin mengetahui tentang matlamat hidup mereka, tujuan dan perkara pokok yang perlu mereka lakukan. Ini disebabkan mereka mahu hidup mereka dapat memberi sesuatu makna, menyumbang sesuatu atau beroleh pengertian dan sebuah nilai di dalam kehidupan ini.
Wanita pesona sentiasa bermatlamat, dengan ilmu dan maklumat yang mereka miliki, digunakan untuk membetulkan kembali hala tuju dan landasan yang dilalui kerana itu kita lihat, mereka tidak pernah sesat, sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah, sentiasa berobjektif dan jarang membuang masa atau melakukan sesuatu dengan sia-sia.
Sungguh, kita pasti akan lihat diri mereka benar-benar berguna !
Rawatan diri mesti bermula hari ini
Kata pepatah Melayu ada menyebut, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” namun hari ini ramai ibubapa tidak dapat mendidik anak-anak dengan sempurna disebabkan kerana faktor pekerjaan. Pasangan suami isteri yang sibuk bekerja telah menjadikan budaya mengupah orang gaji sebagai satu fenomena yang meluas diamalkan pada masa kini. Sejak kecil anak-anak sudah terpisah daripada susu ibu yang penuh dengan vitamin dan zat khasiat semulajadi yang digantikan dengan protein rekaan dan susu lembu berbentuk tepung.
Kasih sayang yang dahulunya terjalin melalui sentuhan, persahabatan ibubapa dengan anak kini digantikan dengan kasih wang ringgit apabila ibu dan bapa membuktikan kasih sayang mereka melalui pembelian barangan seperti mainan atau memberikan duit kepada anak-anak sebagai tanda kasih.
Anak-anak diajarkan dengan kehidupan material semenjak kecil
Bahkan sekolah yang dihadiri oleh anak-anak kita juga bukanlah tempat yang sesuai untuk melenturkan buluh tetapi sebaliknya lebih merosakkan dan menjadi tempat anak-anak kita belajar perkara yang tidak sepatutnya pula.
Tidak hairanlah gadis-gadis genit, tidak berilmu yang matang tubuh badan tetapi tidak pada umur dan usia kelihatan berkeliaran memakai seluar jeans ketat menampakkan pinggul dengan baju t-shirt yang menghairahkan berkepit di jalanan bersama remaja-remaja lelaki yang mengambil kesempatan kerana ingin mencuba keseronokkan dunia dewasa.
Mereka hanya mahu berseronok, kemudian apabila tiba saat-saat tergoda oleh nafsu syahwat maka jawapan yang sama akan diberikan iaitu mereka hanya mahu berseronok.
Keseronokkan menjadi satu budaya dan kegilaan pada hari ini iaitu semua orang ingin berseronok, persoalannya mengapa mereka mahu berseronok ? dan mengapakah mereka memilih cara yang tidak sihat dan kotor untuk berseronok ?
Jawapannya ialah kerana dunia hari ini tidak seronok.
Negara dan masyarakat tidak seronok, keluarga dan ibubapa tidak menyeronokkan dan kewujudan agama, masjid serta sistem yang ada tidak menyeronokkan.
Mengapa terjadi demikian ? sudah pasti wujud penyelewengan di dalamnya.
Keluarga berlaku penyelewengan menyebabkan ianya tidak lagi seronok seperti sepatutnya, agama sebagai panduan di dalam kehidupan dilaksanakan dengan tidak betul sehingga tidak lagi menampakkan ianya menyeronokkan manusia.
Sungguh kelam sekali dunia ini, mujurlah di dalam kegelapan dan kehitaman malam itu terdapat cahaya dan sinar yang memancar cerah. Mereka keluar daripada rumah-rumah yang mulia, berjalan dengan membawa cahaya dan sinar gembira, terpapar senyuman manis dan mesra di bibir-bibir mekar mereka.
Itulah wanita pesona.
Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka ?
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
(Lelaki Pesona Selepas Ini… ) =D
Professional Ubudiyah Menuju Mardhotillah
21 Ramadhan 1429
Tagged: Muslimah, Pesona Muslimah September 23, 2008
Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal
Oh warnanya…
Apa yang kurasa
Dapatkah kau tahu
Teka cuba baca
Oh maksudnya…
Apa yang dikata
Watak para wajah
Mungkin takkan sama
Di hatinya…Dan janganlah
Buta mata
Dan janganlah
Buta hati
Khayalan hidup ini
Kenyataan
Dan mesti kau mencari
Maksudnya…
bukan kerana el-nino melanda
lantas bahang membara
membakar jiwa kita
natijah yang tak terduga
bukan kerana laut bergelora
nelayan kebuluran
ataupun kemarau panjang
telaga kekeringan
Di manakah padang yang hijau
Dan berhentilah kau di sana
Cari cari tanya mereka
Dari manakah asal usul
Tanya pada diri sendiri
Apabila kau mengertikan
Asal usul sendiri
Tak perlu takut lagi
Hadapi dengan tabah
Nur sakti dalam doa
Dalam dada bergetar rasa
Sukarnya melangkah kan kaki
Melihat di dunia nyata
Di mana asal usul kita….
Cari perhentian di mana nak berhenti
Caj caj caj caj caj caj
Suka hati kau tak berbudi kau tak mengerti
Kau tak perduli ku kau anggap kutu kari
Das das das das das das
Hentam saja kau tak berjiwa kau tak merasa kau tak periksa
Siapa yang mengalas kerusimu di bawah
Di bantal empuk mu kau terlupa janji mu
Dam dam dam dam dam dam
Kami jeran kau tak kasihan kau tak sayangkan
Kau tak ringankan kami sekalian yang bergelar sang Marhain
Di rumah tumpangan kau terlupa diri mu siapa
Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang hingga dijulang…
Mana bukti kata sakti
Kau laungkan oh ho
Mana panji perjuanganmu semalam
Mana kesan cinta agung
Kau talunkan oh ho
Mana teman ingin juga ku saksikan
Aku damba kebebasan
Biar pahit biar pedih
Biar biru mata hitamku
Mana pedang sejahtera
Kau hunuskan oh ho
Mana hilang oh kemana wahai teman
Berlari-lari merentas bagaikan tanpanya arahan
Sembunyi diri membelakang wajah tanpa kelihatan
Begitulah manusia kelam jiwa oh
Bicara kata luahan hanya kepentingan sendiri
Mendabik diri hipokrasi makin menebal di dada
Tertipulah seluruhnya kekaburan
Namun segala hanyalah bak lakunan semata
Misteri insan dunia ini sehingga akhir zaman
Rahsia nasib sendiri rasa
Rentak kembara insan dunia satu enigma satu enigma
Tika mendaki kejayaan akan menyilau dimata
Ada yang lari dari kota yang sesak berdebu dosa
Sesungguhnya banyak ragam manusia
Namun segala hanyalah bak lakunan semata
Misteri dalam hidup ini rentak kembara
Insan dunia satu enigma satu enigma…
Tagged: lirik September 22, 2008
Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan ialah satu komitmen yg belum pasti. Ia mungkin berakhir dgn perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diingini. Namun ulama’ menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana utk menjaga nikmat ini drpd dirosakkan oleh hasad manusia yg bertindak tidak baik. Ini dijelaskan demikian didalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal drpd berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan wanita yg bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mangawal diri dan bijak mengatur komunikasi dgn pasangan yg bakal menemani hidup….selama-lamanya sampai mati.
P/S = ayat dipetik dari sebuah buku yg amat menarik….
just aku nak kongsi bersama..memandangkan kita skrang ni semakin ramai yang mula berhijrah ke alam yang lebeh mencabar…alam rumah tangga….so apa salahnya benda baik untuk dikongsi bersama…
hehehe..wassalam wbt.
selamat beramal!
Tagged: Kahwin, Perkahwinan, Pertunangan, Tunang September 15, 2008
assalamualaikum wbt
awalnya masa klik button create post ni..rasa nak tulis tentang particles.. yep..tentang kajian CERN menggunakan LHC untuk kajian big bang kononnya..mcm mana asal usul wujudnya jirim dan jisim dan particles lah pendek katanya.. pendek katanya lagi nak tahu mcm mana universe ni wujud..mcm mana kita ni wujud..
Kajian tu menelan belanja berbillion euro..5000 saintis…30000 staff.. di kawasan berapa ribu hektar… 27 kilometer circle tunnel..dan berbagai2 lagi lah ..menunjukkan kehebatan kajian ini……. menunjukkan betapa mereka maju dalam menjawap persoalan science…betapa menunjukkan mereka berusaha untuk mencari jawapan bagaimana alam semesta ini wujud…sebelum kewujudan alam semesta..selepas big bang..dan sebagainya…
betapa
betapa…
betapa kerdilnya manusia kan? memerlukan 5000+30000 ribu orang untuk menjawap beberapa persoalan alam. sedangkan Allah s.w.t telah pun memberikan jawapan tersebut di dalam Al-quran melalui seorang Rasul..seorang kekasihnya… Maha Suci Allah…Maha Hebat Allah…
nak tahu kat mana? bacalah entry sebelum ini tentang teori big bang..kosmo dan sebagainya..
hehe..dalam rasa taknak menulis pon tertulis jugakkan? untuk pengetahuan lanjut..boleh lah search gi google menggunakan perkataan CERN, LHC, LARGE HARDON COLLIDER, …. nanti jumpalah…kat youtube pon ada.. but if lebih rajin…carilah tentang alam semesta di dalam al-quran… penuh dengan jawapan juga…
perkara lain
persoalan lain…
tentang pakaian…
betulke? if seseorang lelaki atau wanita itu yg mempunyai ketinggian peribadi, memilih warna pakaian yg tidak striking..pudar..dull? maksud ketinggian peribadi ini mungkin soleh atau solehah? atau baik budi pekerti? atau dengan pakaian sebegitu striking sengaja menarik perhatian kaum bukan sejenis? mungkin pakaiannya tidak mempunyai corak2 …jika ada pun bunga2 halus dgn warna2 pudar…
apa pandangan anda jika melihat dua warna pemakaian ini?
seseorang yg berpakaian menutup aurat, tetapi penuh warna warni dan contrast tinggi..
dengan
seseorang yg berpakaian menutup aurat, tetapi warnanya pudar, tiada corak, plain dan seolah2 sugul…
tapi kedua-duanya ceria dan berseri-seri.. lelaki/perempuan…
wallahua’lam…
selamat meneruskan tarbiah ramadhan al-mubarak..
fikir-fikirkan, selamat beramal.
wassalam wbt.
Tagged: LHC, Particles, Science September 12, 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Zulhafidz, rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat
menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada anda! Jika
Ramadhan ini dianggap seperti berniaga, puasa di siang hari adalah
modalnya dan ibadah waktu malam itu adalah untungnya!
Sempena Ramadhan ini, setiap minggu saya akan hantar tips
perniagaan menurut sejarah Islam untuk tatapan anda. Mudahan,
memberi inspirasi dan manfaat dalam meraih 9/10 rezeki melalui
perniagaan.
Salam hormat,
-Irfan Khairi
=============================================
Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf
=============================================
Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf
adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual
unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan
pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh
usahawan-usahawan Yahudi.
Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga
kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke
Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual
pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali
pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa
tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.
Hebat!
Zulhafidz, strategi ini walaupun telah dilakukan pada zaman
Rasulullah, kalau di lihat zaman ini, banyak perniagaan menggunakan
kaedah yang sama. Air Asia adalah antara yang menggunakan kaedah ini.
Cuba fikirkan bagaimana Air Asia mengenakan tambang rendah (ada yang
pada RM0), dan mengenakan bayaran pada produk dan perkhidmatan lain.
Hmmm… nampaknya kaedah Air Asia bukanlah kaedah yang baru
-IK
……………………………
salam alaik. tak sempat nak mengeteh banyok2..
wslm wbt.. =D
Tagged: Rahsia, Secret September 3, 2008
Salam..alaik .. a’la kullukum..
Sejak kecik, mcm entry dulu dulu…. banyak sangat benda dalam hidup berkait dengan jepun…. walkman lah, tv lah, radiolah, mesin basuh lah, dan mcm2 lagi lah barang2 seharian… made in japan… cuma sekarang ni je bercampur-campur…made in china, made in taiwan… sbb investor suka china kos buruh rendah kan? gitulah kot…if ada tengok megastucture nat geo channel…mostly architecture and engineering yg mega-mega now ada kat china…. still..framing building guna buluh… and akan datang..jambatan dari hongkong ke macau+suzhen.sepanjang 26km… 4km underwater and split bridge at the center (dividing road to macau + suzhen)…fuh fuh fuh….
dari kecik..arwah abah pakai honda… mak kata..honda civic 1.3 tu masa tu mmg hot macam honda-honda sekarang jugaklah… two doors, sporty, trendy…untuk 80’s la kot.. hehe.. body kukuh…solid besi!! enjin tip-top and modification mudah.. (compare to continental cars kalau nak modified or changing spareparts, kena details measurement…japanese car, will suit most of the parts…rasanya tool mould japan advance kot..hehe)
masa belajar pon honda… penat jerih dgn ADN 5575… berbaloi alhamdulillah…walaupun ada terjebak dengan suzuki sekejap, tapi tak lama..tak ngam dgn jiwa orang kate… ADN 5575 telah jadi milik adik…dia pula penat jerih dgn ADN 5575.. ulang alik Gerik-Ipoh tanpa kerosakan dan kebimbangan…at that time jugak ada ADJ 4113… sbb masa tu ada kawan dari perlis pakai honda jugak..RD 4114… hehe… not related…tapi ntahlah… gitulah bebelannya…
sekejap juga dengan Yamaha, tak sekejap la..2 thn… tup tup..takde rezeki dengan yamaha… terus transfer honda balik… mmg jiwa ngam dengan honda rasanya.. dah rezeki tertulis dgn honda kan? heh… walaupun honda tu tak cantik (cewah)…tapi berkualiti…tahan lasak… dan susah nak meragam ataupun rosak… tu yg syukur sangat tu… dan keluar discovery channel…no 1 motosikal paling tahan lasak di dunia… =D..
Currently now, pun masih terjebak dengan honda…. alhamdulillah… jiwa dan rezeki amat setia dengan honda kot? tambah-tambah teknologi terkini honda mcm VMS…mmg menjimatkan perbelanjaan… dia berkait dengan enjin dan daya tenaga… if daya tenaga rendah diperlukan… 6 cylinder dia off 3 cylinder….jadi penggunaan minyak kurang…biasanya time crusing drive…..jika tekan sikit, dia on one by one….if nak overtake ke..dia on one by one valve system…. if mendaki bukit … dia akan on kesemua 6 cylinder… so.. penggunaan berdasarkan keperluan… jimat.. =D alhamdulillah…
now, sangat banyak travelling arround the globe..ecewah..taklah..arround peninsular…so banyak travel, banyaklah terlibat dengan minyak… what to do? itu takdir diluar kawalan saya dan anda sebagai pengguna..minyak tu kan milik Allah s.w.t…. so..anggaplah ini ujian Allah s.w.t dalam mendidik kita untuk fikirkan penyelesaian atau fikirkan apa salah silap kita sehingga ujian sebegini datang? (Tak pelik pun sbb dah ada hadith rasulullah s.a.w tentang minyak hitam ni kan?)..
one of the solution is, try to avoid perjalanan yg tidak perlu menggunakan kereta.. guna motor…boleh save parking rate, fuel consumption rate, tolls, and traffics yg ntah tak tahu salah perancangan penetapan volume traffic sesebuah lalulintas atau semakin ramai tak best naik motor.. hehe.. motor… nak cepat…motor… nak laju pon motor sebenarnya… motor 600cc boleh cecah 270kmj tanpa halangan..if nak laju lah kan? but safety pun kena jaga…biarlah laju bertempat or benar2 perlu seperti emergency…. kereta 600cc tak boleh cecah 180kmj… sbb tak balance dan sangat-sangat rendah safety… compare lagi motor 1000cc dengan kereta 1000cc…dan selebihnya…gitulah…but..hati-hati…
superbike nie..minyak penuh rm42 boleh travel KL-JB tanpa perlu bayar tol… while if drive honda city…minyak full sekarang adalah rm150++…tol rm46+…pegi balik…dah dekat rm300 or maybe rm300+… if naik motor…rm150+… duit lebih tu… if ada anak..bolehla buat beli cenderahati ke…apa2 hadiah ke…if ada isteri..boleh beli buah tangan untuk masak-masak ke…..dan tentunya tak lupa hadiah untuk mak ayah (jika masih ada) or mak ayah mertua lah if ada.
Alhamdulillahirabbila’lamin..
If sesiapa nak merasa naik helicopter or light flight of cessna or piper (2,4, or 6 seater).. do contact me in December 2008 =D but…limited to two seats only…because yg lain sudah dibook seat oleh pihak berwajib (yg wajib ada) hehe..exlude pilot and co-pilot la kan…..diorang dok depan
Alhamdulillahirabbila’lamin…
Sesungguhnya rezeki Allah s.w.t itu amat luas..jalannya juga luas…tersedia dan terbentang dalam pelbagai bentuk di muka bumi ini ( yang halal je ok!)…cuma tinggal akal, fikiran, daya usaha yg diberikan olehNya, bakat, atau minat, atau kesediaan kita bersusah payah penat jerih untuk dunia dan akhirat kita…semua itu asbab untuk kita berjaya dunia dan akhirat… tak lupa juga…ia memerlukan tidak sikit pengorbanan…. =D yg apabila tercapai sesebuah impian dengan izin Allah s.w.t… ianya sebuah kemanisan iman dan taqwa serta tawakkal kepadaNya…semoga mendapat kenderaan terbaik lagi terhebat di syurga kelak… =D
Amin ya Rabbala’lamin.. doa tu ustaz zawawi pernah cakap.. kita pakai kenderaan di dunia sementara ni yg baik-baik…ikut kemampuan dan jangan melampaui batas..dan berdoalah agar mendapat kenderaan yg hebat pula untuk selamanya di akhirat kelak… sbb senjata kita adalah ….doa =D
so..
Keep your fears to yourself, but share your inspiration with others and hide not your talents, they for use were made. What’s a sun-dial in the shade?
wallahua’lam…wassalam =D
Alhamdulillahirabbila’lamin….
Tagged: Honda July 30, 2008
. . . .
…tiga hari telah berlalu, isteri sahabatku dikejarkan ke
hospital kerana denggi… dan masih di hospital.
Kejang….
Suaminya cuba bersabar, namun… keadaan menjadi seolah-olah
kejang… dia termenung-menung…
Resah, bimbang… tiap kali solat jemaah bersama, dia
menitiskan airmata….
Bimbang jika punca rezeki dia kah yang menyebabkan isterinya
sakit? Dia kerja makan gaji,..safe and comfort zone... namun kepalanya pusing memikirkan perkara
keberkatan rezeki…
Dia juga terfikir, zakat sudah di selesaikan… apa lagi
silapnya?
Syubhah di sucikan dengan zakat dan sedekah…
tapi tidak sekali-kali yang haram…
“Sudah-sudahlah fikir begitu sahabat… lebih mudah jika
bersangka baik kepada Allah swt, Dia nak mengampunkan dosa isteri engkau tu….mungkin
dosa engkau sendiri…”.. aku cuba tenteramkan dia…
“Tapi hati aku lemah untuk melawan perasaan resah ni…mcm
mana lagi?”…. sambil dia meneruskan bilangan tasbih..
“Ya..tanpa ujian begini, bisakah kau terus mengadapNya dan
berdoa dengan tangisan”?…aku cuba bermain soalan
“Sejujur aku sahabat.. tidak pernah seumur hidupku berdoa
dengan tangisan…kerana aku merasa cukup dengan dunia ku….tapi kali ini… aku
resah amat pada kesihatan isteriku…walaupun hakikatnya aku tahu, semuanya dari
Allah s.w.t…dengan izinNya”…. Terang dia tentang kepercayaan tauhid dia.
Aku diam sebentar, mungkin rasionalnya disini.. aku pernah
berdoa agar umurku adalah dalam kebaikan dan kebajikan…
Mungkin inilah jalannya..Dia menemukan aku dengan masalah,
agar aku bisa membantu dan berfikir…Dia membuka ruang bagiku untuk membantu…tanpa izin Dia…
takkan aku jumpa sahabat aku dalam keadaan sebegini?
Aku cuba berpusing arah… sambil menyapu bahunya…
“Yer.…itulah hati manusia…., mana bisa terus menerus ceria
dengan musibah walaupun sabar itu pada goncangan pertama”… kataku yang juga
lemas dengan kata-kata sendiri..bisakah sahabatku ini memahami ayat itu?…..
hati manusia manalah yang tidak bimbang tentang isteri
walaupun cinta utama adalah kepadaNya dan KekasihNya.. kerana isteri itu
mawaddah wa rahmah..
dia bangun dari termelengu, cuba untuk senyum, tapi herot
pipi dia… ada kesan rupanya menyapu bahu sahabat… patutlah dalam solat kita
sebolehnya dituntut rapat saff hingga bersentuh bahu…
penukaran dan penstabilan cas negatif dan positive…..badan..
“Aku tak tahu nak kata apa, engkau belum ada zaujah…tapi kau
boleh nasihat orang yang dah ada zaujatain”… dia cuba memuji… mungkin cuba untuk menaikkan semangat aku
untuk menasihat?
“Sahabat…. Orang di dalam masalah, selalunya rasional hilang…kerana
dipikul masalah…walaupun ilmu dan iman stabil…rasional kadangkala terganggu
kerana masalah….”… aku cuba bermain kata-kata
“Ya… aku membaca…dan aku diluar masalah seperti engkau alami
ini sekarang…tentunya aku dapat memikirkan sesuatu luar dari masalah… tanpa
kepentingan bagi diri dan mengutamakan kepentingan engkau”…. Harap-harap engkau
fahamlah sahabat… kata aku dalam hati.
“Oh..mcm kau beritahu aku tentang kotak? Jika di dalam kotak…
hanya nampak dari arah dalam dan tak tahu bentuk kotak dan luarnya… dan orang
yg di luar kotak itulah yang tahu kotak itu bentuknya bagaimana kan? Tapi orang luar tu kena masuk kotak juga if
nak tahu kan?… sambil dia melihat jam yang menunjukkan 11.30pm..
hujan renyai..
tak ramai di wad ini….
Sunyi…siapalah yang suka masuk wad bukan?
Adus… aku pula terasa dipusing-pusing..tapi oklah… dia faham…
“Iyer… masuk kotak itu bukan masuk ke dalam masalah…tapi
memahami masalah.. Sequences dan consequences… ada melalui pengalaman diri,
orang lain, dan buku.”…gitu-gitu aku… bukan apek..
“oh!.. rasional aku hilangla? … aku nak rujuk apa?”… tanya dia..
Aik.. awal tadi dia sendiri dah jawap soalan ni…
“Rujuk pada Tauhid yg engkau cakap awal tadi… yang Dia
berikan kita melalui KalamNya dan dari KekasihNya penjelasan-penjelasan
perjalanan hidup manusia…suka duka…ceria… Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang…..” … aku cuba menguatkan kembali tauhid sahabat
aku ni…
“Sedangkan KekasihNya yang maksum juga bersedih dengan
kisah-kisah sedih, termasuk kisah isteri baginda..…itu maksum…siapalah kita?..tapi
kita sewajarnya mencontohi yang maksum walaupun kita tidak akan maksum”…. Aku cuba
berikan ayat yang ustaz aku ajarkan….
“Oh!!..sekali lagi aku diluar rasional”… kata dia..
“Bukan..engkau bukan hilang rasional… itu tanda mawaddah
engkau pada hambaNya yang dianugerahkan kepada engkau”?… aku cuba tekan sikit
Dia tersenyum…seronok dipuji agaknya yang dia suami
penyayang… tak salah memuji untuk memberi semangat dan kebaikan…. Itu bukan
bodek atau ampuism…
“Assalamualaikum….encik…encik ni suami kepada al-mumtahanah”?..
tiba-tiba perbualan kami disapa oleh seorang nurse…
“Ya saya…bagaimana isteri saya? Sudah sembuh? sudah sihat? Sudah
3 hari di hospital…bila dia boleh balik? Ada treatment tambahan?”…
Deras.
Deras soalan-soalan keluar dari mulut dia… refleks… tanda kasih…tanda mawaddah…
“Esok kami akan adakan rawatan tambahan, insyaAllah lusa dia
boleh keluar dari wad”… ringkas jawapan nurse..
Tapi….
Melegakan..
“Alhamdulillah…”…. Terpacul dua suara..
“Encik tanda tangan disini.”… sambung nurse sambil tersenyum..
Lewat malam masih boleh tersenyum…mungkin kerana swasta?
kemudian meninggalkan kami berdua..
“Sahabat, selain berdoa kepadaNya sebagai hablumminAllah..
apa lagi yang kau lakukan untuk hablumminannas”?… tanya aku…
“ Bawa ke hospital?”… menjawap sambil menyoal pulak dia…
Macam cuba buat kelakar untuk diri sendiri..tapi aku tertawa
jugak…
“lain?”.. tanya aku lagi.
“Suapkan ubat waktu siang”… dia tersenyum…hampir tersengih
..
Mungkin asbab berita gembira dari nurse tadi..
“Kau kan pandai melukis dan design…”
“Kau lukis dan design lah kad…. Simple2 pon takpe.. just
tulis..”
“Semoga cepat sembuh zaujahku..boleh balik rumah lekas.. dan
makan masakan yang abi masak”….
Design warna yang dia suka…. Warna tu aura-sihat…..perempuan
ni suka if kita susah-susah sesuatu untuk dia… if kau reti guna jarum dan benang…. Kau buatlah…lagi
extreme!” Bebel aku…..
Ah!! betul rasional aku hilang… kenapa aku tak terfikir begini? tertutupkah kotak aku? tanya sahabat aku…
aku diam tak jawap…
taknak suap…fikirlah dulu…..
mungkin dia faham kenapa aku diam..dia terus menyambung….
“aku upah kau design ok? Berapa kau charge”?….tanya dia
sambil sengih lebih lebar… menguji…
“Ish!!!….isk!!...” herot muka aku sket…
Kami sampai ke kenderaan masing-masing…
dengan payung
masing-masing….
“Salam sejahtera ke
atas mu ya sahabat!…. Semoga kita jumpa lagi…“
“Jika bukan di dunia…“ …..
“kita jumpa di syurga firdaus!!” …..
“Mcm ustaz cakap, nak doa…doalah yang terbaik pada Allah” ….
“Maafkan aku menyusahkan kau malam-malam begini”….penutup kata
dari sahabat..
Panjang juga penutup perjumpaan dengan sahabat ni..tapi
hikmahnya…
Indah…
Menceriakan jiwa…
“InsyaAllah… Salam sejahtera ke atas engkau juga sahabatku”….
Dan pulang..
……
Sakit itu ujian dan pengampunan dosa…
Firaun tak pernah Sakit!
dan
…berbahasa dengan hati agar boleh di fahami oleh yang pekak dan bisu….
……………………………………………………………………..
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Ertinya : ” Sesungguhnya
selepas kesukaran itu adalah kemudahan, dan sesungguhnya selepas
kesukaran itu adalah kemudahan” (As-Syarh :
………………………………………………………………………
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )
…………………………………………………………………………………….
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat
Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih
kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791
)
……………………………………………………………………
Tatayyur / Tiyarah ( Sial Menyial) :
Tatayyur atau Tiyarah berasal
dari perkataan ( الطَّيْرُ ) : burung. Menurut kepercayaan orang Arab
jahilyyah jika mereka akan mengadakan safar (perjalanan) maka mereka
terlebih dahulu akan melepaskan burung. Jika burung tersebut terbang ke
arah kanan rumah maka mereka akan gembira tetapi jika sebaliknya
terbang ke arah kiri maka mereka akan bersedih hati kerana itu petanda musibah akan menimpa dan mereka selanjutnya akan menangguhkan pemergian.
Mengambil sempena perbuatan
inilah maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras
tatayyur / tiyarah. Rasulullah s.a.w. bersabda :
اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ
Ertinya : Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik ( HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi : Sahih )
Tiyarah atau Tatayyur atau
‘sial menyial’ dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau
pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan
nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu,
orang-orang tertentu dan sebagainya.
Jadi jika ada perasaan murung
mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck - unlucky)
yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan
lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan
tertentu tidak elok mengadakan walimah, membina rumah, maka
contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah.
Tiyarah dihukumkan syirik
kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini
musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa
mendatangkan manfa’at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca
daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini
terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza
Wa Jalla.
Tiyarah sebenarnya penyakit
yang muncul sejak zaman silam lagi. Allah menerangkan orang-orang kafir
telah melakukan tiyarah terhadap manusia pilihan Allah dari kalangan
para rasul dan orang-orang yang beriman.
قَالُوا إِنَّا
تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ
وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ
مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)
Mereka menjawab : ” Sesungguhnya kami bernasib malang
kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami),
niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang
pedih dari kami “. Utusan-utusan itu berkata: ” Kemalangan kamu
itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan
(kamu mengancam kami)? Sebinarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas
“. ( Yaasiin : 18 - 19 )
Oleh itu Rasulullah s.a.w.
mengajar umatnya jika ditimpa perasaan tersebut maka ia jangan hiraukan
perasaan tersebut dan hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah
dengan membaca doa ini :
اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .
Ya Allah, tiada yang
dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat
menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan
melainkan dengan izin Engkau. ( Riwayat Abu Daud )
wallahua’lam. wassalam.
sambung belajar…=D yeehu…
alhamdulillah
TheBigPicturesOriented
Ps: Buatlah apa saja yang engkau suka di atas muka bumi ini, TETAPI..pastikan engkau mempunyai hujah di hadapan Allah s.w.t Kelak… =)
Tagged: Apa Yang Ada, Denggi, Diri, Hospital June 27, 2008
Previous Posts