Pelakon sama Watak Berbeza?
salam,
cerita satu..
ada seorang perempuan cina baru memeluk islam secara sah selepas umurnya baru 19thn 2 bulan sudah. jadi dia masih di bawah tanggungjawab ibu bapanya yg dia wajib hormat dan taat pada yg tidak melanggar perintah Allah.
dia masik sorok2 KEISLAMAN beliau kerana takut ibu dan ayah nya marah…dia masih sayangkan ayah dan ibunya… walaupun ibu nya selalu melarang jangan jangan jangan
dia amat teringin bertudung elok, tutup apa yang patut tutup dan lindung apa yg patut lindung, berpakaian sopan, tidak ketat, tidak menonjol, tidak tembus atau telus atau pendek…mcm perempuan2 cina dok pakai sekarang nie…pendek kalah seluar pendek orang main bola….atas alasan hatinya…
dia keluar dari rumah selalu bawa pakaian idaman dia… tudung etc2..dalam beg besar MNG dia…
dia jalan jauh sikit…dia akan pakai tudung dan pakaian2 seorang perempuan Islam, tutup apa yang patut, lindung apa yang patut…tidak menunjukkan bentuk…
dia gembira dalam hatinya……
…………………………………………………………………………………
dan cerita dua… ada seorang perempuan melayu yg mmg lahir dalam keluarga islam dan penyayang… ayah si polan seorang imam, di rumah dia sangat bersopan..pakaiannya dan tingkahlakunya…….
tapi apabila dia keluar rumah..
jalan jauh sikit….
dia pakai tudung kecik, kilas ke belakang, berbaju sendat, pendek dan ketat….mcm nak tunjuk semua aset yg dia ada…. orang ramai kata dia penggoda tapi dia kata…”eh taklah…saya ikut perkembangan dan keperluan zaman”..
dia gembira dalam hatinya?
……………………………………………………………………………………
????????????
13 comments March 30th, 2008