Archive for May, 2008
Assalamualaikum,
Minggu ni, ada pengalaman sket ttg benda baru dalam hidup saya, walaupun sebelum-sebelum ni ada pengalaman-pengalaman ttg perkara ni, tetapi tidaklah secara direct… yang ada pun, orang datang baca baca bawak mcm sarang burung ada paku….dan paku tu bergerak gerak mencari “benda” yang tertanam dirumah…tentu boleh agak la tu kalau sebut “benda”….
Ilmu sihir, ilmu sihir mempunyai kaitan rapat dengan waktu malam. ada pesanan supaya kita menjauhkan diri dari keluar rumah waktu malam atau lewat malam tanpa urusan penting. kerana dalam kepekatan malam, terlalu banyak bahaya dan unsur yang membolehkan diri terjerumus kedalam fitnah.. umum sedia maklum, fitnah banyak maknanya, ujian, dugaan, godaan, juga termasuk dalam kata fitnah dari nahu bahasa arablah….
baru-baru ni, kisah seorang rakan, dia pun tak sedar perkara ni berlaku, walhal dia seorang yg dikatakan mengamalkan cara hidup yang sihat, tetapi 2 bulan lalu, dia didatangi batuk yang “maintain” waktunya… gi check doktor, ok..makan ubat batuk…still batuk… Allah s.w.t tak izinkan dia sihat dgn cara tu..
lalu… pergilah ke darul syifa’… niatnya, hanya nak scan-scan.. yelahkan… selain perubatan moden…perubatan islam darul syifa’ ni sangat terkenal… mengubati jangkitan virus tak terlihat oleh mikroskop… yep, makhluk halus… lebih halus dari bakteria…makanya.. guna mikroskop pon tak nampak la kan?
kali pertama jejak kaki, terasa bahang suam-suam…panas ada..sejuk ada.. wallahua’lam..becampur baur keberkatan ayat-ayat suci al-quran dan juga jin-jin atau syaitan yg terlepas dari badan sesiapa agaknya…
satu ruang lapang… dikelilingi ramai pesakit dan pembawa pesakit (bukan pembawa penyakit)…. kelihatan seorang budak remaja…lingkungan belasan tahun, duduk bersila…mukanya suram…mcm baru lepas balik jogging pastu tak mandi…
dalam suasana senyap, kedengaran ayat surah al-baqarah… seorang pemuda bermuka jernih, saya gelar dia ustaz.. meletakkan tangannya keatas kepala budak itu.. jelas bacaan ayat al-qurannya…tiada kemenyan…tiada bilik gelap..semuanya dilakukan ditempat terang dan terbuka kepada mata zahir…..oh..inilah perubatan islam sebenar..
waktu sampai di ubun-ubun…kepala remaja itu tersentak…seolah olah ditarik oleh tangan ustaz tu…tetapi secara zahir..tangan ustaz itu tidak tersentuh pun pada kulit atau rambut budak tu… nafas budak tu tersekat sekat… kemudian ustaz itu bersuara..
” ini kena tambah ayat ni… mungkin dah lama “makhluk” ni bersarang dalam diri dia nie”
dengan wajah separuh berkerut dan separuh tenang, mulut ustaz terus kedengaran bacaan al-baqarah lagi…kali ini sampai kepada “ayat kursi”…
baru separuh ayat… tup…budak tu rebah…
tangan ustaz tu sempat menahan dari dia terhentak kepala..
“pitam agaknya budak ni”… dia terus dibaringkan…
ustaz terus membaca ayat kursi … jelas kedengaran walaupun agak suram bacaannya..
sekujur tubuh bebaring…tangan ustaz terus turun melewati bahagian dada, kepada perut, dan kaki…. dipicit hujung jari kakinya… ayat kursi diulang lagi…
lutut budak itu terangkat…sedangkan dia pitam… subhanallah.. ada makhluk lain menumpang badan budak ini….
tangan ustaz kembali naik ke atas…perlahan-lahan dari kaki ke lutut dan kemudian…sampai ke perut..
“astaghfirullah”!!… orang ramai turut terkejut tiba-tiba ustaz terkasar sikit suaranya..agak tinggi nadanya..
srappp!!… badan budak itu seolah meronta sekali dan perutnya naik turun….mcm orang baru lepas berlari 10km…
“wahai makluk Allah… keluarlah engkau dari jasad manusia ini, engkau tidak berupaya melainkan dengan izin Allah s.w.t untuk mengganggu anak adam” aku memberimu amaran… ayat-ayat suci al-quran… akan terus melewati mu… tidakkah kamu ingat akan Nabi Sulaiman? seluruh keturunanmu tidak berani ingkar kerana jika ingkar..kamu akan terbakar dan lebur”…
Salamun a’la Sulaimana fil a’lamin.
Perut itu masih bergerak…naik turun… agaknya “makhluk itu” terperangkap ataupun cuma makan isi dalam perut anak adam itu…..tak tahu lah.. wallahua’lam…
makin surut..perlahan perut itu turun..
ustaz itu terus membaca ayat kursi.. kali ini lebih kuat dan nyaring bacaan…
dan terus…tangannya seperti mencampakkan sesuatu keluar..
sambil mengambil air..ustaz itu membaca al-fatihah..dan sapukan ke muka budak itu….
dengan izin Allah s.w.t…. matanya terbuka… mukanya pucat dan dia kata perutnya panas….. mungkin terkesan sedikit… jin itu terbakar oleh ayat kursi…
(ayat kursi, diriwayatkan sewaktu dibawa turun dari langir..70ribu malaikat membawanya… dan semua jin merasa bahang kepanasan)
Rujuk Ceramah dr.Ismail Kamus.
Alam Jin 1
Alam Jin 2
Alam Jin 3
sambung cerita…
rakan saya pula, dia pun kemudiannya “scan” lah jugak… ustaz tu kata..oh..ni level rendah ni..tapi tak apa.. kita cuba dengan izin Allah s.w.t..
dalam keadaan merangkak, ustaz tu baca surah al-fatihah dan al-baqarah 10 ayat pertama..
dia dalam keadaan merangkak, ada kain hitam dibawah dadanya… lalu bila habis ayat..ustaz tu tepuk belakang dia…
“tersedak-sedak” tapi tak keluar apa-apa dari mulut dia…..
“cuba lihat pada kain”..
Astaghfirullah… ada serpihan kaca halus-halus… seperti ketulan gula….
“Inilah santau.. orang ilmu sihir… tumbuk kaca… dan dia hantar menggunakan jin melalui angin”.. mungkin makan tak baca bismillah di kedai-kedai kot?
rakan saya merah mukanya..
(pengamal perubatan islam, tiada unsur NUJUM, iaitu mengetahui siapa hantar atau siapa yang “santau”.. kerana tiada yang mengetahui alam ghaib kecuali Allah s.w.t… dan jika ada unsur NUJUM… itu salah, boleh menimbulkan perpecahan didalam masyarakat dan FITNAH MEMFITNAH…) redha saja sebagai ujian dari Allah s.w.t dan peringatan…. mau makan? mulakan dengan bismillah… makan dengan tangan..
makan dengan tangan sunnah….. jika makan dgn sudu..sudah tinggal satu sunnah dan sunnah-sunnah berikutnya….
sbb..makan dgn tangan ..boleh sunnah jilat jari… jika makan pakai sudu.. sila lah jilat sudu… =D
jadi..begitulah serba sedikit pengalaman…walaupun ada pengalaman lebih hebat lagi tentang perkara sihir ini… nantilah jika ada masa..boleh la share kot?
Hendaklah seyakin-yakinnya, segala-galanya berlaku dengan izin Allah s.w.t..
maka amalkanlah, lazimkanlah membaca ayat kursi, selawat, dan fahami makna ayat… betulkan bacaan… salah baca….jin pun tak takut ..
wallahua’lam..
MEMAGARI DIRI DARI
SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di
nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri
anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir
mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama
(1)
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar
(kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah.
Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut,
makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah
S.A.W. yang berbunyi:
‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang
terkena pada hari itu’.
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan
terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang
berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.
Sabda Rasulullah
S.A.W.:
Ertinya: ‘Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan
menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang
bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci”
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad
yang baik]
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat
berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan
seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil
lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang
untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia
akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.’
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar
Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-
mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam
boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila
syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah
seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan
syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah
S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang
tidur hingga
ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun
bersabda: Ertinya: ‘Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya’
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima
(5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu
ia
akan cuba
sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang
muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang
mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan
tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh
syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan
membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: ‘Dengan nama Allah.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan
gangguan syaitan’.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
betina.
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
‘Ya
Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya’
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat
al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap
Dalam satu
hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu
Hurairah:
‘Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
‘Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri
sememangnya
penipu’
[Riwayat al Bukhari.]
YANG BAIK ITU DARI
ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI DAN GANGGUAN SYAITAN YANG MENGGANGGU.
May 29th, 2008
Menara Berkembar Petronas, menjadi daya tarikan bagi
para pelabur asing di Malaysia. Di situ terletak pentabdiran aktiviti
perdagangan utama Malaysia dalam bidang petroleum. Pekerjanya, dari
pelbagai bangsa dan keturunan bahkan pelbagai kepercayaan.
Smith, bukan nama sebenar, bekerja sebagai engineer di bahagian cari
gali. Kerjanya memerhatikan proses dan penjadualan cari gali minyak di
seluruh pusat cari gali luar pantai milik petronas.
Waktu kerjanya adalah waktu biasa, cuma kadangkala terdapat lebihan kerja baginya untuk di siapkan sehingga waktu malam.
Minggu pertama dia bekerja, dia terperasaan akan kedengaran suatu suara
yang baginya memedihkan telinga. Yakni suara Bilal Masjid Assyakirin,
Masjid KLCC yang indah, walaupun saiznya sederhana besar. Namun ia
tetap Rumah kepada yang Maha Pencipta.
“I hate this sound, I want to take my lunch, but I’m not comfortable
with this sound!”
Kata Smith kepada rakan kerjanya yang sama-sama tidak memahami maksud suara seruan itu..
Why? Kata rakannya…
“Ya, can’t you see? can’t u hear it? I’ve noticed that every time I
want to take my lunch, they keep hurting my ears!! I hate it! I thought
Malaysia is a peaceful country but not with this sound!!…
“I’m agreed with you, but hey, just treat it as your alarm, when we
hear it, we know it is time to take our lunch ha ha”… ….kata kawan dia
sambil bergurau..
Smith tersenyum… reda sedikit marahnya….
Hari demi hari… timbul persoalan dalam benak hatinya, ..
“Is it really an alarm for Muslims”? But why cant they just remind
among themselves, not suppose to hurt others ears with those lousy
sound… terdetik di hati Smith buat kali pertama..
Minggu seterusnya, Smith tidak makan, kerana sudah makan pagi yang
berat, waktu lunch itu dia hanya ambil angin sambil menghisap rokok dan
minum minuman keras di sebuah café dan bar ternama disitu.
…………………..
Allahuakbar….. Allahuakbar!!
Laungan azan bermula… Smith geram!! Dia membuang rokoknya dan membayar
harga minuman keras lalu bergegas menghala ke Masjid As-syakirin.
Dalam keadaan amat marah, dia bertekad mahu senyapkan laungan bising itu atas dasar keharmonian alam ….benak hatinya..
“I must stop this!! If it is not for others, but for me myself!!!”
Dia berlari-lari anak ke arah masjid As-syakirin, dalam perjalanan itu, dia ditegur sapa oleh seseorang hamba Allah s.w.t,
” Assalamualaikum, hi there my brothers, why so hurry for prayers?
It’s an early call for reminder, suppose not to run to mosque, better
walk with calm” sambil tersenyum…
Smith terhenti bergerak, dia tergamam! Dalam hatinya,
“I’m not going for prayers; I’m going to stop the lousy singing voice!!!
Tapi, seolah-olah hati dia tertawan dengan teguran seseorang itu. Mungkin juga senyuman itu ikhlas …
Dia membalas sapaan,
“Err…Nothing… I just want to check here, why the sound keeps
repeating everyday? At lunch hour, at the time I want to go back from
work, and also sometimes at the time that I want to hangout with my
friends in the evening”…
“Oh! So then, come with me, we check it together… We check it for you”….
Dengan senyuman hamba Allah s.w.t itu mengajak Smith teruskan perjalanan ke masjid.
Sampai di masjid, Smith ikut membuka kasut dan ikut kawan baru dia ke bilik wuduk,
“I want to wash my face, hand, forehead, ears, and legs…if u want to
watch it, u can stay there, if u want to wash with me, come, do what I
do”
Bagaikan dipukau, Smith ikut, mungkin kerana cuaca panas di Malaysia, Smith sukakan air sejuk Masjid Assyakirin itu.
Selepas selesai, kawan baru Smith itu memberikan satu nota kecil…
“This is the meaning of the lousy singing voice to your ears” I hope u like to read it, translated in English…
Smith kebingugan, kenapa pula diberikan nota ini, tadi kata sama-sama nak hentikan suara itu dari berulang lagi…
Smith membaca…
Perkataan demi perkataan dia membaca sambil duduk…rakan barunya meminta izin,
“I want to pray, I want to go toward success, and this is His House…
U can stay there if u likes. I’ll come back after 10 minutes”…
Smith ditinggalkan, Smith duduk dan membaca berulang kali makna suara
yag dia benci selama ini. Keadaan sejuk di tingkat bawah masjid itu,
dengan angin tengahari, memberikan satu perasaan kelegaan bagi Smith,
satu perasaan baru bagi dirinya, tak pernah dia rasai…
Mungkin juga kerana air basuhan kepada muka, tangan, kepala, telinga
dan kakinya tadi…. Di sapa dengan angin..tentunya tenghari menjadi
sejuk.
Dia bangun, memberanikan diri menaiki tangga masjid dan membuka pintu ruang solat,
Dia terkejut, Ramai!! Sejuk!! Tenang!!! Ada juga yang berkulit putih berbaju kot bertali leher di dalamnya..
Tapi dia tak berani meneruskan langkah, dia hanya memerhati dari luar,
kadangkala dipintas oleh orang yang mahu menunaikan solat, masuk ke
masjid dengan memberikan senyuman pada Smith.
Smith terasa seolah-olah dia penjaga pintu tempat laungan suara yang dia benci.. kenapa jadi begini???… benak hati Smith.
Selepas dia melihat semua orang menadah tangan… dia turun kebawah.. kembali duduk..
Ada beberapa helaian kertas tazkirah di capai dia, dia baca…
Ada tentang haram arak, ada tentang waktu solat, dan ada risalah tentang pakaian wanita agama ini….
Melihat kepada jam, masih ada waktu katanya. Dia membaca lagi…..
…… lalu terdetik di hati dia untuk membandingkan dengan agama yang dia anuti……
Hebatnya agama ini…!!!
Setiap hari menghadap tuhan mereka, jika mereka lupa, 5 kali sehari
diingatkan tentang tuhan , dan kenapa malam tiada reminder ini?
Dia terdetik, oh…malam adalah waktu rehat yang tenang….. tentunya orang
takkan di ganggu dengan suara reminder ini… agama yang dia anuti…tiada
pula reminder tentang tuhan dalam sehari..hanya ada hari-hari
tertentu…. Bahkan makin ramai lupa tentang tuhan, benak hatinya…
Oh! Indahnya agama ini..
Jika benar agama lain itu benar… kenapa tiada undang-undang larangan
untuk meminum arak …tiada agama lain yang melarang minum arak secara
detail dan terperinci!!…kerana dia pernah nyaris maut akibat mabuk
memandu…..
Jika benar agama lain itu benar….kenapa tiada reminder seharian untuk
mengingati tuhan?
Adakah hanya mengingati tuhan hanya waktu-waktu
tertentu?
Sedangkan agama ini mengingatkan penganutnya kepada tuhan 5
kali sehari!! Bahagianya mereka!! Ini baru hidup bertuhan!!
Jika benar agama lain itu benar….kenapa tiada undang-undang pakaian
yang menjaga wanita penganut agama itu, kerana Smith tahu, yang seksi
itu adalah penggoda untuk seks bebas…di negara asalnya dan di negara
ini juga!! tetapi agama lain tidak pernah melarang mereka nak
berpakaian apa pun hatta berbogel pun boleh!!
….Tetapi agama suara yang menyakitkan telinga aku ini ada semua ini….
Ada panduan untuk hidup!! Ada panduan untuk keselamatan! Ada waktu
untuk segarkan diri seharian!!
Mengapa aku tidak pernah temui semua ini?
Mengapa dulu aku hanya tahu agama ini hanyalah untuk mereka yang suka membunuh diri dengan bom!
Smith kebingungan…dia rasa otaknya tidak pernah seligat ini walaupun
pada waktu kerja yang paling sibuk, tetapi hatinya merasakan sesuatu
yang redup dan sejuk..
Seribu macam persoalan dibenak hatinya….perlu dijawab..jika tidak..aku takkan tenang!!
Itu lah dibenak hati Smith…
Dia bingung, dia cuba mencari jawapan dengan logic otak dan benak
hatinya, masih tidak terungkai, masih beku, masih celaru, tetapi
seolah-olah ada sesuatu yang sangat baik pada agama ini. Seolah olah
ini adalah panduan baru hidup baginya.
Smith menunggu rakan barunya itu turun. Jejak kaki rakan baru dia
menuruni tangga di amatinya dengan teliti, harapannya rakan baru itu
cepat menghabiskan langkah ke anak tangga paling bawah.
Smith melihat, rakan barunya membawa seseorang bersamanya, berpakaian hitam panjang.
” Long and black jacket in a hot country?” Smith tersenyum sendiri, dia merasakan agak lucu lelaki itu berpakaian begitu.
Mereka bersua,
“Ustaz, this is Smith, my new friend, he works at the petronas tower, he want to ask you a favor”…
“Yes Smith? Is there anything that I can help you?”
Err… Actually there is nothing about favor, at first, I’m so sick to hear the voice from this place but then….
“Yes Smith?”… tanya ustaz sambil memegang bahu Smith..
Then, this guy just like controlling me to follow him to this place of calmness….I aaa…I aaa….I aaaa
Suara Smith tersekat-sekat…
“Please, have a seat…we can talk more about what’s inside your mind and heart now”…
“I hope it won’t take long because I will be hurry to work…”
“Depends on you Smith, we’ll be here again at 4.30pm…” dengan senyuman kedua-dua rakan baru Smith itu menyapa.
For a very first time in my life, I’ve never questioned and compare my
whispered to this calmness feeling. I don’t know what to tell, and I
don’t know how to strike out this feeling from my heart to both of
you….i don’t know what to…make u understand me now….
Perlahan suara Smith, dia seolah-olah malu untuk bercakap, mungkin
terasa malu kerana mulanya marah, tetapi kini seolah-olah dia merasakan
dirinya bersalah kerana marah…
Its ok Smith, don’t push yourself, let it come smoothly to you…hold the calmness inside your heart now…
The feeling u feel now, it’s just the same feeling after we finished our pray I guess…
“Is this the true religion? Believe? Why before this, I dint noticed of
this feeling? I didn’t know this place is calm and …and…and…”……
…………………
“Smith, God put His blessed on you today… He wants you to know the truth that you’ve questioned in your mind and your heart…”
“I’m not so sure about that, but from this pieces of paper, I’ve
compared, there must be something special in this believe, the rule of
good behavior is clear for believers to adapt in real life nowadays”….
Smith, it’s not only for the present, but it was from the past until
the future… This religion surely has rules for the human need. It
makes people safe for their surroundings.
Yes, I’m quite agree with that, look at here, the statement of man
shouldn’t take alcohol for drinks, I know it wasn’t good for health,
and nearly kill me in a car accident….but then, no other religion
stated this clearly as it is..… also…you know….Woman…in club..…..their
dressing…….being bad in attitude..…lifestyle…sex…hiv….freedom but
chaos inside…..from the midnight till the early
morning…headache…dark…not even remember of god…..oh my!..
Kedua rakan barunya tersenyum, seolah-olah Smith pula yang sedang berceramah tentang kebenaran agama suci ini…
Smith tertunduk dan seperti malu kepada kedua rakan barunya kerana mereka tersenyum…
“Smith, your heart is telling you the truth… do you agree with that?”
“…. For the first time of my life… my heart is brilliant than my mind… …
“….I guesses…”
“….. Please tell me more…”
“……About this…religion of the 5 times reminder a day and smiles…”
“…Yes Smith, of course…with pleasure…”
Smith meninggalkan kedua-dua rakan barunya, dengan lemah longlai
memakai kasut dan membetulkan seluarnya, dia melihat ke atas…mungkin
melihat dimanakah corong yang mengeluarkan suara yang dia benci selama
ini….tetapi hari ini..dia telah jatuh cinta pada suara itu… mungkin dia
memandang ke langit…melihat cahaya baru dalam hidupnya…
Sebelum asar petang itu, sebelum satu perkumpulan ramai…Smith datang
dengan wajah ceria..dalam keadaan keyakinan… dia datang untuk belajar
lagi..
Tentang agama 5 kali peringatan sehari..dan senyuman.. =D
Smith..menemui cahaya baru dalam hidupnya…



Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang,
mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan.
Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. Al-Maaidah ayat 58
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke
masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)
dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Al-Jumu’ah ayat 9
Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan di olah menjadi
jalan cerita pada hari kempen Masih Ada Yang Sayang Masjid
Assyakirin. Kuala Lumpur City Center. Ilovethismosque. Ramai foreigner
reverted to ISLAM… =D suka jugak masjid s.alam…pun sama =D
Ps: Lepas baca balik ayat surah Al-jumu’ah ayat 9 tu baru
terperasan. Dari kisah di atas..Smith telah “bergegas“ ke masjid
setelah mendengar azan dengan terus buang rokok dan tinggalkan minuman
dia berbanding sesetengah yang dengar azan then buat-buat tak tahu …hmmm… so…be aware to this reminder always yerrrr!!!
……………………………
Forgive me my friends..all of you…man and woman..
if i make u feel close… aku nak kau lebih dekat dengan Allah..bukan dengan aku….kerana aku akan hancur lebur dalam kubur..(tapi aku doa nak jadi mayat tak reput) =D
if i make u feel mad….. aku nak kau benci aku kerana Allah…kerana aku manusia biasa…pinjamanNya belaka…
if i make u feel lost…. aku nak kau terus bergantung pada Allah..
kerana itulah Tali terkukuh….
if i make u feel sad... aku nak kau perbanyakkan doa kepada Allah..
dan menangis kepadaNya dalam taubat dari dosa….
if i make u feel hard...aku nak kau lembutkan hati dgn zikrullah..
kerana itu adalah semaian dunia yang akan kau tuai di akhirat kelak..
if i make u feel crazy…aku nak kau tenangkan hati mengingatiNya..
kerana aku juga hambaNya seperti engkau dan engkau dan engkau…
if i make u feel what ever you feel… aku nak kau dan kau dan kau dan engkau…ketahui bahawa segala-gala adalah dari Allah dan dengan keizinanNya…..
if i make u feel i cant help you… aku nak kau terus berdoa meminta bantuanNya…
if i make u feel im so sorry…. aku nak kau memaafkan aku kerana aku takut berdosa dengan manusia…
if i make u feel happy…. aku nak kau mendoakan aku bahagia di SANA
if i make u feel “im gone”… aku nak kau sedar…segala-gala di dunia ini adalah sementara…tiada yang kekal kecuali Allah s.w.t….dan carilah bekal..
if i make u feel beware….. aku nak kau sedar hakikat Allah s.w.t menciptakan kita…apa tujuan kita diciptakan?
if i make u feel be careful… aku nak kau sedar..syaitan sentiasa menggoda kita… dan aku nak sama-sama bertaubat dari segala dosa…
if i make u feel “im away”…. aku bz … cari ilmu..aku amat kurang ilmu…..
**********************************
terima kasih kerana memaafkan…
terima kasih kerana sabar…
terima kasih kerana doa…
terima kasih kerana tindakan…
terima kasih kerana perkataan…
terima kasih kerana perbuatan…
Dan aku tak mampu sedikitpun membalasnya..hanya Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan..
Dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah medan ujian…tiada kegusaran kerana segalanya adalah dariNya…maka tetaplah ceria =D
akhirat itulah KEHIDUPAN SEBENAR dan KEKAL ABADI..
“nak yang KEKAL atau SEMENTARA?”
nak utamakan yang sementara atau yang kekal abadi?
tepuk sejadah…tanya iman dalam diri.. =D
……………………….
Hadis Dari
May 20th, 2008
iqra’! iqra’! iqra!!
baca! baca! baca!
ilmu! ilmu! ilmu!!
jangan ada jemu!
dalam tuntut ilmu!
lepas baca buku!
refer pada cikgu!
refer pada sifu!
mahupun tok guru!
atau ahli ilmu bidang itu!
walau tidak sekutu!
cari yang jitu!
tetap rujuk pada yang kalam yang satu!
juga sabda kekasih itu!
agar dapat di tuai pada hari itu!
hari yang satu!
semua makhluk berkumpul disitu!
tiada lain pilihanku!
melainkan keredhaanMu dan rahmatMu!
perkenankahlan pintaku,
wahai Tuhan yang Satu,
tiada lain melainkanMu,
Pemilik segala-galanya itu,
di bumi di langit mahupun yang tidak ku tahu,
Segala puji bagiMu,
Rabbku, Rabbmu…
………………………………………………….
ps: ilmu=
ilmu camera ke, ilmu agama ke, ilmu alam ke, ilmu hisab ke, ilmu komputer ke, ilmu sunnatullah ke(science), apa-apa jualah ilmu yang bermanfaat. =D
………………………………………………….
Sedang dalam mode research, tapi keluar syair pulak? nak buat macam mane? =D
PERHATIAN!!!!
OLEH SAUDARA FUAD SYAZWAN
May 17th, 2008
Panduan Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong
BAHAYA SIFAT SOMBONG
SIFAT SOMBONG adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlulah sentiasa kita berusaha untuk menjauhi sifat ini dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Amr Berlalu dan Ibnu Umar berdiri menangis: mereka bertanya, “Mengapa engkau menangis, hai Abi Abdurrahman?” Dia Berkata, “Itu”!, Yakni Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka”.
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.Al-A’raaf 146
Hayatilah Azan Kerana Terdapatnya Cara - cara untuk berjaya .
Renung2kanlah Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih muliadaripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Cermin diri - membentuk keperibadian mulia.
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?” Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
“Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku ada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya.”Hadis riwayat Bukhari
ATAU BOLEH BACA BUKU
MUKASHAFAH AL-QULUB = PENENANG JIWA (PENGUBATAN DAN RAWATAN)
PENULIS ASAL: IMAM AL-GHAZALI
PENTERJEMAH: MUHAMMAD QADIRUN NUR
CETAKAN KEDUA BELAS 2008
CETAKAN TRIPLEPRINT WMBP SDN BHD CHERAS
TERBITAN WHOLESALEMAT SDN BHD
ISBN: 967-96-0159-8
SIRI GAYA HIDUP ISLAM
RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA
PENULIS: DATO’ DR. HARUN DIN AL HAFIZ
TERBITAN PERTAMA 2007
TERBITAN PTS MILENNIA :
ISBN 978-983-3604-27-2
MARILAH KITA BERDOA AGAR KITA DIJAUHI DARI SIFAT SOMBONG DAN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG LAIN.
AMALKAN SETIAP KALI SEBELUM TIDUR, MAAFKAN DIRI SENDIRI, MAAFKAN SEMUA INSAN YANG DIKENALI.
HATI AKAN MENJADI LAPANG DAN TENANG DAN INSYAALLAH CERIA
Salam Ceria, Salam Maaf, Salam Indah, Salam Seakidah
Selamat Memperbaiki Amal! =D
Jangan Sesekali menganggap diri itu sudah cukup baik,
tetapi perbaikilah diri dan amalan selalu.
ps: akan lama tak menulis disini..research kene start dah.. wallahua’lam =D
May 17th, 2008
PADANG MAHSYAR….
Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat
ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang
Masyar dalam keadaan berbogel..
“Wahai tubuh-tubuh yang
telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang
bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari
perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut
bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.”
Lantas mereka berkata : “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?”
Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..
Duduk
berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan
manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka,
cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban
lapar dan dahaga..
Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..
Ketika
Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu
Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah
Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)
Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.
Kemudian,
Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan
bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…
Menjelang
kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana
masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka
dahulu… Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah
Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad
sambil menangis berkata..
“Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang
yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.
Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya
sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah
Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari
ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan,
Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril!
Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan
Jahanam!”
Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik
bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik
menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu
Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata
seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya
menangis).
Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah
terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak
mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.
Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..
“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.
“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.
“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Selepas
ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang
panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:
Aku
di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang
menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..
Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..
Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.
Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di
sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab
untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah
neraka, lalu kepalapun mendidih..
Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa
yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik
sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah
akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)
Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad,dermawan, Qari dan pejuang berani mati,
maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa
selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah
sangat luas… tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar
Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan
menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka
bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..
Dan ada tujuh
golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain
kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang
sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..
Panjang cerita, boleh
rujuk ustaz, moral cerita aku adalah, padang masyar itu benar, maka
selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…
Bila dah marah atau
kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan
cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!
Kalau
nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…,
jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…
……………..
petikan dari orang yang suka kereta mayat
……………..
syurga neraka bukan amalan yang membayarnya
hanya keredhaan Rabbul A’lamin dan rahmatNya menentukan penentuan hari pembalasan.
maka, bagaimana mahu mendapatkan redhaNya? =D
ikut apa yang disuruh oleh TuhanMu!!,
Tinggal jauh jauh apa yang di larang dan jangat ulang langsung….!!
mengajak kepada kebaikan… mencegah kemungkaran…..!!
Maafkan diri sendiri dan maafkan semua Insan!!
TERUS!! teruss!! maju kehadapan!! menujuNya!!
ikut jalan kekasihNya dan orang-orang yang telah diredhaiNya!!.. =D
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan)
berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. Al-Baqarah ayat 201:
rujuk ustaz dan ustazah yang korang kenal untuk keyakinan jitu =D
May 17th, 2008
Assalamualaikum wbt.
RE ENTRY: DEMI MASA.
dari email dan pm dan forum. saya respon yer…
maafkan saya para sahabat dan pembaca sekalian =D maafkan saya dunia dan akhirat..saya tak sangka kisah itu mendapat sambutan pembaca.. asalnya saya
tulis untuk kesedaran diri sendiri … berdasarkan kisah sahabat saya
tu…. (ceria dia sekarang dalam ketaatan.. dalam telifon pon
ceria..bila call…sure dia tanya saya..apa khabar imanmu sahabat? ) =D
sungguh tidak berdaya untuk mereka-cipta sambungan cerita itu…kerana
mereka masing-masing merapatkan diri dalam mendekatiNya dengan si
lelaki terus beramal soleh dan berdakwah…. wanita itu pula sedang
jihad ilmu dan hampir menamatkan pengajian di sebuah kolej ternama di
kota…
..insyaAllah…terima
kasih kepada yang mendoakan kebaikan untuk saya…semoga Allah s.w.t
membalas doa itu dengan berlipat kali ganda..hanya Allah s.w.t
sebaik-baik pemberi balasan…
….saya bawakan satu lagi
kisah..yang pendek…insyaallah… mana-mana kebaikan dan keindahan
serta kebijaksaan itu …teruslah memuji Allah s.w.t sebagai pencipta
dan pemilik mutlak segala di langit dan di bumi.…..mana-mana
kelemahan itu adalah dari kegagalan saya mengawal godaan nafsu dan
syaitan…..dan pengurusan masa akhir-akhir ini…. sibuk banyak..tak
sikit..keje..research..keje..family….ampun!! =D
…………………………
kisah… seorang anak muda…yang pulang dari kota pada paginya untuk
bertemu ibu tercinta…. selepas solat berjemaah asar mengimamkan
ibu….
mereka berdoa bersama….setelah itu…..sedang ibu melipat kain sembahyangnya…. si anak mula mencelah…. nadanya….
“mak…mak dulu kawin umur berapa? ”
19…kenape?
“kenapa mak kawin awal?”
….. atuk kamu suruh..sbb dia nak cucu soleh solehah cepat..
“kalu nak kate, kena pasangan yang bersedia ekonomi dan lain2 ke mak?
…..masa kawin dulu2..ayah dah steady ke ekonominya mak?”
….ayah kamu dulu…masa kawin ngn mak..tak ada apa2..sekarang
alhamdulillah…. berkat kami usaha sama-sama untuk kamu adik
bradik…..kan ada surah al-waqiah kan mak ajar kamu tu…
“ha…ataupun lepas kawin mak ngn ayah sama-sama build keluarga dgn ekonomi?
…ha’ala..mak tak perasan pula tentang ni….
“tentu lebih mesra dan berkat ye mak?”.
….yer.. mak dgn ayah kamu tak reti mcm orang-orang muda sekarang
ni…..waktu ayah kamu ada dulu… mak buat kuih2 dan nasi kerabu….
ayah kamu lepas subuh hantar ke pasar…. ramai orang suka..sampai ada
menteri tempah nasi kerabu mak… ayah kamu takde ni..mak tak buat..mak
tak berani nak ke pasar sorang diri….takut fitnah dan
macam2…..maklumla..ibu tunggal ni…orang pandang macam2…..
….eh..kamu ni beriya tanye kenape? dah berhajat ke? ..mak ni bukan apa…mak taknak kamu susah2 dgn isteri kamu nanti…..
“ala mak? dari susah di akhirat..susah di dunia sekejap je mak…lagipun boleh usaha sama-sama dgn pasangan”
kamu mmg nak la ni ye?… nanti mak doakan…. kamu dah ade calon ke nak mak carikan?
“ala mak..kan mak kata ada orang risik-risik dan kenen-kenen kat mak…
yang mana ada ciri-ciri solehah dan membahagiakan mak…menceriakan
mak…menggembirakan mak…dunia dan akhirat…. ok le tu mak..”
kamu ni.. mana hadiah untuk mak ni?..hari ibu ni…minggu depan pulak
hari guru..mak pun guru mengaji kamu kan… dua hadiah untuk mak ni….
“ni la hadiah besar saya untuk mak… tunggu mak nak je!” tapi takkan mak nak dua kot?
….kamu ni…!!!! kene pulas telinga tapi mak tersenyum….
“terima kasih mak!! iloveyou mak!! nanti mak bagi nama untuk cucu mak yer… selamat hari ibu!!!”
pandai la anak mak ni..bertuah sungguh!…
….kata mak sambil senyum2… sambil menuju ke dapur.. buat pisang goreng, dan buat teh untuk minum di pangkin……sambil hirup udara segar…dan bau-bau….rumput.. sekam padi dibakar waktu petang….
…dan anak lelakinya berlari-lari di batas sawah…sambil menerbangkan layang-layang berwarna-warni……
…walaupun tidak pasti…
…sejuta harapan dihati…
…sebelum mati…
…menemui ilahi sebagai kekasih di hati…
…tetap berdoa semoga diberkati…
…teguh iman dihati…
…girang wajah berseri…
=D
SANG MURABBI. “abi&ummi”
TETAPLAH SAMPAIKAN FIRMAN TUHANMU..SABDA NABIMU…
Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi
serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.Al-Maaidah 120

May 16th, 2008
QUESTIONS:
Assalamualaikum..
Kepada sahabat…iman kita seperti roda..ada masanya di atas dan ada kalanya di bawah..Justeru, masing-masing yang berakal ada cara dan kaedah tersendiri untuk memelihara dan menguruskan soal iman…Oleh itu, suka saya bertanyakan cara sahabat dalam memelihara iman..Mungkin ada yang ingin berkongsi kaedah yang mereka gunakan..kerana masing-masing ada kreativiti yang tersendiri…Apa saja cerita, kata-kata nasihat dan motivasi tentang iman amatlah di alu-alukan..Semoga perkongsian pendapat dan nasihat dapat memberi inspirasi pada kita semua dalam usaha memelihara iman dalam diri…Wassalam…
…………………………………………………………………………
ANSWER:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum wbt:
TENTANG IMAN…aiman ambil kisah tentang ini.. =D
1. Jaga Solat:
Sedaya upaya solat berjemaah dan mendapat takbiratul ula bersama imam.
Sedaya upaya awal ke masjid, dan bersihkan diri, sedia diri, iktikaf dan sebagainya.
Muliakan Rumah Allah s.w.t dengan tidak bersuara tinggi, jaga adab dan pakai dengan
pakaian cantik dan bersih dan wangi.. kerana hendak mengadap Raja segala Raja.
2. Mata: apabila melihat keindahan alam, rasa kecil diri, dan
ucap subhanallah. elakkan melihat perkara-perkara dosa walaupun paling
remeh..kerana 1 dosa..1 titik hitam pada hati jika tidak terus
istighfar…. jika dosa besar..selalulah bertaubat…ini peranan solat
5 waktu sehari….dan solat2 sunat yang lain… =D
3. Lidah: apabila berkata-kata atau berkomunikasi dalam apa jua
perkara, selitkan dengan ayat al-quran dan hadith….elakkan bercakap
perkara tidak perlu atau tiada kaitan atau tidak berunsurkan nasihat
atau apa saja yang tidak bermanfaat dalam kata lain..lagho… cam..
muda mudi slalu sebut skang..”siol” “poyo” “siot” “suwel” atau apa saja
yg tidak baik..kerana kata-kata kadangkala menjadi doa kan? elakkan
perkara sebegini…..
4. Sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah s.a.w di dalam hati:
zikir bukan hanya di lidah..tetapi sentiasa ingat..diri adalah
hambaNya..ciptaanNya… makanya, bila ingat diri hamba..akan ingat
siapa pemilik dan pencipta. ingat siapa yang bersusah payah menyebarkan
ISLAM ..siapa yang menyebut2 kita tatkala dia nazak…Rasulullah
s.a.w…baginda mencintai umatnya…apakah kita mampu membalasnya?
5: Kecilkan nafsu: akal akan terarah kepada iman jika nafsu
dapat dikecilkan. kecilkan nafsu dengan selalu berpuasa… selalu
mengingati mati agar tidak ketawa selalu..sebab ketawa selalu boleh
mematikan hati dari mengingati Allah s.w.t.
6. Rendah diri: sehebat mana pemikiran dan idea dan apa saja
kebaikan dari manusia….adalah secara mutlak dari Allah s.w.t… tiada
langsung milik kita atau milik sesiapa..semuanya adalah pinjaman dan
amanah dari Allah s.w.t. bab ini penting sebagai penyampai kebenaran…
jaga niat dan hati… takut2 syaitan cucuk dengan perasaan
riak..takabbur..ujub..bangga diri…walhal..segalanya adalah MILIK
ALLAH S.W.T…
untuk pembaca dan penerima dan penasihat …
selayaknya, PUJILAH ALLAH S.W.T……jgn
dipuji manusia sangat….. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, baling
pasir kepada mereka yang memuji….
takut2 syaitan cucuk TAKSUB kepada
orang yg memuji……
dan syaitan cucuk RIAK TAKKABBUR kepada orang yg
kena puji….
syaitan kan kerja 24jamkan..
baca ma’thurat selalu.. baca
pagi..dilindungi sehingga petang..baca petang..dilindungi sehingga
bangun tidur semula….InsyaAllah!!!
Rasulullah s.a.w pun melarang kita dari terlalu taksub kepada
Baginda…supaya jangan jadi mcm kaum nasrani yang taksub kepada Isa
Alaihissalam… taksub kepada makhluk bahaya…saidina umar pun di
tegur oleh saidina abu bakar dalam hal ini ketika rasulullah s.a.w
wafat….
……………………………………………………………..
Jaga RUKUN IMAN.. apabila menghadapi sesuatu perkara, ingat semula pada rukun iman:
contohnya:
1. Dalam keadaan apa pun…tetapkan rasa dilihat oleh yang Maha Melihat..tentunya malu untuk berbuat dosa walaupun bersendirian walaupun dosa kecil… malunya..Allah s.w.t sedang melihatku….
2. Dalam keadaan apa pun.. cuba kaitkan apa yang berlaku dengan hadith2 rasulullah s.a.w. tentang akhir zaman
pun bagus… akan ada kesedaran diri bahawa apa yang diucapkan oleh
Rasulullah s.a.w itu telah berlaku, sedang berlaku, dan pasti akan
berlaku.
3. Dalam keadaan apa pun.. cari dan kaitkan peristiwa2 pada diri atau alam atau apa saja tentang persekitaran dengan ayat al-quran… contoh..apabila melihat awan… ingat ayat quran yang menceritakan tentang awan (photographer kena ingat ni!! =p)
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di
padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta
Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami
telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab
mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya
diri sendiri.AL-BAQARAH=AYAT 57
bila tengok burung..kaitkan dengan surah al-mulk ayat 19:
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya(daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.
Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.Al-Mulk = Ayat 19
dan sebagainya…sebenar2nya… terlalu banyak perkara yang dinyatakan
dalam al-quran terzahir pada mata kita…kejadian siang dan
malam…subuh..dan mcm2 lagi…. dan yang paling menakutkan ayat-ayat
ancaman …”tidakkah kamu berfikir?” ” tidakkah kamu mahu berfikir”?
… “hanya sedikit dikalangan kamu bersyukur”….
4. sentiasa ingat ada malaikat:
bila terkena tiupan
angin..ingat ada malaikat pembawa angin…. bila makan nasi…ingat ada
malaikat pembawa rezeki…. bila duduk bersendirian..ingat ada malaikat
yang mencatit amalan dibahu kiri dan kanan… bila tidur..ingat ada
malaikat menjaga lubang telinga, hidung supaya tiada serangga
masuk…dan juga malaikat-malaikat lain yang sentiasa ada disekeliling
kita.. =D syok..tak takut pon!!! =D
5. qada’ dan qadar’ : selalu perkara-perkara yang terjadi,
janganlah terlalu gembira atau terlalu kecewa.. sama ada kejayaan atau
kegagalan…DUNIA ADALAH MEDAN UJIAN..akhiratlah tempat HIDUP
sebenar-benarnya HIDUP TANPA MATI….. jangan selalu berkata “kalau aku buat ini..kalau
aku buat itu..kalau aku tak buat ini mesti tak jadi itu..” No!! dont
say that… teruskan hari berikut dengan sebaik-baiknya… makanya, harini ini
adalah lebih baik dari semalam… dalam sehari..tumpu buat kebaikan
pada hari itu…. tiap2 hari..jadi genap seminggu..tiap2 minggu jadi
genap sebulan…tiap2 bulan jadi genap setahun…hingga akhir hayat..
FOKUS PADA HARI KEJADIAN… jangan panjang angan-angan tanpa
tindakan… ingat mati pon boleh tambah iman..sebab kita akan lebih
bersedia, kerja lebih keras untuk amaljariah, kerja lebih keras untuk
nafkah, malah boleh jadi tajam fikiran sebab ingat mati, kerana nafsu
akan kecil…akal akan mengatasi nafsu……malah boleh jadi jutawan
dunia dan akhirat =D
6: Hari Kiamat.. baca dan fahami ayat-ayat al-quran tentang
perkara ini. dan terus iktikad dan percaya… selalu mengingatkan diri
dan kawan2 tentang MIZAN, PADANG MAHSYAR, TITIAN SIRAT, ARASY, DAN APA
JUA PERKARA selepas Hari Kiamat… Dunia Hancur…dan tibalah hari
pembalasan sebenar-benarnya….HIDUP TANPA MATI.. =D
Juga baca perkara2 ttg perjalanan usia dunia kepada hari kiamat..
terlalu banyak perkara sudah berlaku…hanya tinggal sikit2 saja lagi
petanda2 besar ttg kiamat…. baca al-quran dan terjemahan..jika ada
koleksi tafsir ibnu katsir dirumah lebih baik…jika tiada tafsir..baca
buku2 yg telah diolah supaya faham dan jika khuatir..rujuk pada
ustaz2…
Inilah beberapa perkara yang cuba diterapkan dan amalkan…kurangkan
menyebut dan melihat yang sia-sia, kurangkan bergelak ketawa yg luar
kawalan…… boleh bergembira…..tetapi sekadar terhibur hati..mmg
hati cepat letih dan bosan…tetapi kegiatan variatif untuk hati adalah
perkara berhikmah dan ma’rifah..(pengetahuan)
yang paling penting..membaca dan menuntut ilmu..
jangan sesekali ingat diri sudah cukup baik atau dah best…dgn ilmu
ke..dgn amalan ke..ataupun dengan harta benda….. jangan sesekali
fikir begini…bahaya..walaupun dah ada title mcm2…Dr. ke.. Dato’
ke.. apa ke.. Ulama’ ke..jgn fikir diri sudah baik….syaitan akan
cucuk perasaan bangga diri (ujub)..riak..takabbur…dan sebagainya yang
buruk dan merugikan amalan… jaga niat betul betul…. sentiasa
kembali pada Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak semua itu…. Allah
s.w.t akan tambah jika kita bersyukur…. Allah s.w.t akan tarik jika
kita tidak bersyukur….. ataupun Allah s.w.t akan laknat dengan
ISTIDRAJ! semoga dielakkan dari segala sifat mazmumah…..
nak dunia? cari ilmu
nak akhirat? cari ilmu
nak dunia akhirat? juga ilmu..
itu kata-kata siapa ya?.. =D
amalkan apa yg diketahui.walaupun sedikit..tapi istiqamah..mcm kisah
pemuda yang mengamalkan apa jua tindakan dimulakan dengan bismillah….
penuh keyakinan walau apa pun terjadi..
DEMI MASA, MANUSIA DALAM KERUGIAN, KECUALI YANG BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN DAN KESABARAN
Allah s.w.t dah bersumpah, demi masa… setiap masa kita dalam
kerugian…kecuali yang berpesan-pesan…ingat mengingati…tazkirah…pada kebenaran…apa lagi kebenaran selain
al-quran dan hadith? yakni perkara-perkara baik sepertinya mengajar
ilmu yang bermanfaat dan sebagainya….bagaimana pula dengan kesabaran?
ya..sabar dalam mentaati perintah Allah s.w.t dan Rasulullah
s.a.w…sabar dalam menuntut ilmu…sabar dalam menunggu jawapan di blog juga! =D ..he he hee..
wallahua’lam thanks kepada pembaca dari indon, jawa timur, jawa tengah, singapura, brunei, thailand, dan lain2 negara yg ada bendera..hehe.. kene beli banyak kamus lagi nih!!! =P
apa karna mrk tak pernah ngomong? Amiiinnn? Mun kelawasan tapinya ulun kada’ paham jua
ps: Tolong translate dalam bahasa arab or english!!! = P
……………………………………………………………………………..
ZAHIR manusia perlukan makanan untuk sihat..disini perlu adanya usaha untuk makan..cari makan…cara makan….. dsb…
Dan kemudian perlukan riadah..perlukan berpeluh untuk buang kotoran toksin dari
badan…melalui sistem-sistem perkumuhan yang lain… untuk kitaran
badan yang sihat.. itu JAZMANI..yang berjisim dan berjirim. jika tiada
sistem perkumuhan buang bahan kotor dari badan nie…jadi pusat kotoran
lah badan manusia..
indah dan complete kan ciptaan ALLAH S.W.T? =D
RUHANIAH manusia juga perlukan makanan untuk sihat..termasuklah IMAN!
IMAN perlu diusahakan .selalulah berfikir melalui panduan
al-quran dan hadith… kerana iman juga perlukan makanan…. selalulah
berusaha untuk IMAN melalui ilmu, amal, dan selalu bercakap ttg perkara
yang menambahkan iman……..
Tak boleh dah dapat dan dibiarkan….kesian aiman….eh..kesian IMAN…
kerana IMAN ada pencurinya yakni SYAITAN …. kerana syaitan tahu NILAI
IMAN dapat menyelamatkan manusia di akhirat kelak..makanya…..sebesar zarah iman….akan dikira
oleh Allah s.w.t sebagai bekalan… zarah tu..yg atom atom tu…kalo
rajin ..kira lah =D
KOTORAN JIWA juga perlu dibuang dengan proses istighfar, taubat,
zikir dan sebagainya…agar titik2 noda pada hati terpadam atau
terkikis…. cuba buat dan rasakan kesejukan zikir dalam hati mengikis
noda-noda hitam……insyaAllah.
Allah s.w.t MAHA PENGASIH, MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG bagi mereka
yang mencari dan berusaha untuk itu….IMAN PERLU DI USAHAKAN..PERLU DI
SEMAI….tuainya nanti diakhirat…kita akan dilihatkan nilai
IMAN…insyaAllah menjadi bekalan yang baik…
kenali diri..kenali Pencipta…kenali kekasihNya..kenali kalamNya…. insyaAllah.
ps: Jangan asyik sangat berblog sampai lupa solat jemaah di masjid ya! =D
ps2: Ini bagi jawapan soalan terkumpul insyaAllah..soalan2 lain tunggu haaa!! baru touched down!! =D
selamat beramal!!
wallahua’lam =D
………………………………………………………………………
May 12th, 2008
PESANAN AWAL BAGI DIRI SENDIRI DAN PEMBACA:
ustaz dan ustazah saya pesan,
jangan sesekali menganggap diri sudah baik, walaupun dapat title Dr. sbb Philosophy, walaupun dilantik Dato’ untuk exco agama, hatta sesiapa pun yang alim ulama’…. semua itu hanya pengiktirafan manusia…
tetapi, sentiasalah perbaiki diri dan amalan..
amat bahaya jika dah rasa diri tu dah best dan baik.. bahaye!! bahaye!!..nanti syaitan cucuk riak dan takabbur dan bangga diri (u’jub)..sentiasalah doa untuk elakkan benda2 gini.. amin!!
…………………………………………………………………………………..
Alhamdulillah…setelah pulang dari bercuti jalan jauh jauh ke timur ke barat….
…oksigen masih percuma walaupun berdosa…… walaupun beras makin sikit dan mahal… aku boleh makan daun rupanya..walhal boleh makan kulit kayu rupanya…percuma juga..sedap!! =D cuba lah..mulakan dengan bismillah.. =D
hehe…
Salam sejahtera ke atas kamu semua,
sungguh peringatan-peringatan di dalam al-quran adalah sesuai sepanjang zaman.
gay…kisah zaman nabi Luth a’laihissalam
itu satu kisah satu umat canggih dalam pembinaan pada gunung ganang…tetapi ada jugak sifat jahiliyyah…
zaman kita pon canggih dalam pembinaan..tetapi…
segala sifat jahillyah umat terdahulu,
(ZINA, ARAK, BUNUH ANAK, TAK TUTUP AURAT, LUPA ALLAH, SYIRIK KECIL & BESAR, RIBA, TAK JUJUR, TAK AMANAH, MENIPU, GAY, RASUAH, TAK BERIMAN PADA AYAT ALLAH, TAK MENYAMPAIKAN KEBENARAN..DSB.. ermm..banyaknye)
terkumpul pada zaman kita ni,
makanya, atas kesesuaian al-quran sepanjang zaman dan penceritaan sepanjang zaman dari dunia tercipta hingga dunia hancur balik nanti……segala jalan penyelesaian sifat jahillyah-jahiliyyah itu telahpun termaktub dalam al-quran.
hebatkan al-quran? =D
takkan nak tunggu dibalikkan bumi malaysia ke atas ke bawah..
aceh dah kena…
filipina dah kena..
kalimantan dah kena..
myanmar dah kena..
thailand dah kena..
malaysia??
kena jugak kang..baru ainul yaqin..hmmmm……
tentu pembaca-pembaca disini..mempunyai al-quran dan tafsir yang cantik-cantik…
Tapi, tetapinya, ramai yang hanya membaca al-quran, langsung tak faham apa makna ayat…ramai yang faham makna ayat…tapi tak mampu nak amalkan…. ramai yang cuba amalkan…tetapi masih belum selesai masalah rakyat jahilliyah..kenapa??
sebab dalam masyarakat lagi ramai yang tak tahu nak sebut bismillah mahupun baca al-fatihah….
malah ada yg tak tahu..al-quran tu apa yer? siap boleh hina lagi..hmm..kasihan…
Bila diutarakan masalah komputer…pandai pula rujuk dgn manual komputer…dari kilang buat komputer…kalo apple rujuk manual apple..kalo gigabyte rujuk gigabyte….apsal tak rujuk acer? ataupun IBM?
gitu juga dgn kereta..rujuk manual kereta bwm dari kilang bwm..tak rujuk manual dari toyota plak?
hehe… aku tak pakai bmw..hehe
masalah manusia? kenapa rujuk logik manusia? bukan pencipta manusia? kilang manusia kat mana? di tiupkan roh manusia dari mana? hehe..
penyelesaian masalah manusia, kata mereka…kena rujuk dengan Pencipta manusia…
tapi rujukan hanya separuh2..yg sesuai..nikah kawin, jadi mayat, dan perebutan harta lepas cerai.. yang lain? padahal dah complete untuk setiap perbuatan harian..hmm..lemahnye kepercayaan pada rukun iman ini…
kata mereka….lagi sesuai guna yang ditulis logik akal manusia+nafsu+rasional kononnya..rasional zaman..
adakah al-quran dan hadith tidak rasional?
Padahal tahu ia dari Allah s.w.t yang menciptakan kita..melalui Rasulullah s.a.w ..
Sebabnya ainul yaqqin dan haqqul yaqin itu berbeza…
sesetengahnya…selepas melihat pembuktian melalui kajian sunnatullah (kajian alam)..barulah nak yakin dan beriman…..
sesetengah lagi… tetap yakin dan beriman..walaupun tidak terbukti depan mata…tetap iktikad sekuat hati..yaqin..penyelesaian masalah ada dalam al-quran dan hadith..
adakah mahu selepas jadi mayat baru nak yakin dan beriman?
“oh…ada rupanya siksaan kubur..oh..ada syurga neraka, alam barzakh, padang mahsyar, mizan, titian sirat…” semua ini tak dapat dibuktikan melalui sains..tak sempat la nak ainul yaqin…
mmg kena haqqul yaqin…
kalo nak ainul yaqin… dah duduk kat sana..dah nampak..baru nak beriman… wallahua’lam..sefaham saya..sudah tidak berguna lagi…
persoalan ni datang dari email..camne nak approach golongan suka sama jenis nie: mereka selalu jawap itu adalah fitrah mereka..jgn salahkan mereka.. abis nak salahkan sape? media? tv? suratkabar? atau komputer?
Jika mereka yang gay mahupun lesbian mahupun boleh taram dua-dua itu kata fikrah mereka…eh..fitrah mereka..
apakah dalam kandungan..mereka sudah merasakan fitrah itu? waktu baby2..waktu dalam perut mak? waktu dalam perut mak… bukankah kita telah beriktikad, bahawa “ALLAHURABBI”… dalam perut mak?
(gi ucap selamat hari ibu sambil cium mak)
Bagi muallaf juga sekarang ni digunakan istilah revert..bukan convert…sebabnya..fitrah asal adalah semua manusia lahir menyebut waktu ditiup roh… “ALLAHURABBI”…
Tapi ramai langgar sumpah setia tu lepas dapat sedut oksigen free….kang kena bayar oksigen kang..haaa…
Tetaplah berbuat baik dan bersangka baik pada Allah s.w.t….Dia yang memegang hati-hati manusia dan memiliki dosa dan pahala dan seluruh alam ciptaanNya….
Walau apa pun ujian tertipu atau menipu
(yang tertipu tetaplah maafkan..apakah kau tidak suka Allah s.w.t maafkan kamu? maka kamu maafkanlah mereka..) ok aku maafkan orang yg tipu aku..hehee
(pada yang menipu..say sorry pada diri sendiri…sbb tertipu oleh syaitan dan nafsu..heheheeh…taubat dan doa orang yg ditipu terbuka hati nak maafkan)ok maafkan dah jugak..hehehe…
Yang gay..kena approach mereka..bagi ingat ttg kematian dan zuriat…mane nak dapat zuriat kalo sejenis..iskkk…. dan kematian..sbb semua orang tahu akan mati…itulah penasihat paling berguna…dan itulah sebijak2 manusia..itu kata nasihat dari Rasulullah s.a.w yg sempurna….
Bukan iq tinggi atau otak besar. itu kata2 manusia-manusia yang tidak sesempurna macam Rasulullah s.a.w
kita cacat..sbb tak sempurna, ada saja kelemahan diri dalam menyampaikan kebenaran.. tetapi tetaplah menyampaikan kebenaran walau apa pun natijahnya.. kerana kita hanya diizinkan untuk berusaha, natijah sampai atau tidak sampai hidayah Allah s.w.t kepada target..itu kita serah kembali kepada Allah s.w.t..
Dan tentunya..kita dalam kembara ke alam yg kekal..makanya..pengembara yang bijak..hanya bawa bekalan yang perlu..tak bubuh semua isi dunia dalam beg kembara…sebab di destinasi yang dituju..terdapat semua yang kita nak..malah tak tercapai akalmu nak fikirkan langit ketujuh cik artis uii…
eh..nak fikirkan keindahan kehidupan disana..cukuplah rasa terhibur dan bahagia dengan pernyataan indah dalam al-quran tuu.
hmm..panjangnye…wassalam..
maafkan saya
=D ngeheee
MAU PIALA DUNIA ATAUPUN PIALA AKHIRAT?
elakkan tengok bola sebab pemain bola tak tutup aurat…rugi jek! kecuali bila dah semua orang main bola kat tv pakai seluar panjang.. heh heh heh…
nak dunia kena tuntut ilmu, nak akhirat pun kena tuntut ilmu, nak dunia dan akhirat pun tuntut ilmu… rajin rajin lah membaca yer..
Selamat beramal !! =D
………………………………………………………………
Teruskan menyampaikan kebenaran walauapapun natijahnya.. itu adalah Hak Allah s.w.t untuk memberikan HidayahNya kepada sesiapa pun =D
……………………………………………………………….
“Barangsiapa meninggalkan dosa-dosa,nescaya hatinya menjadi lembut;dan barangsiapa meninggalkan perkara yang haram dan makan makanan yang halal,maka fikirannya menjadi jernih” “Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan hawa nafsunya menjadi tawanan.Dan malanglah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai pemimpin,dan akalnya sebagai tawanan.”
……………………………………………………………….
LET THE UMMAH RISE AGAIN!!!
Ertinya “Sesiapa yang merasa gembira apabila ia
melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah
ciri Mukmin sejati ” (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi :
Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid,
1/86 )
Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta
ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan
terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan
perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan
menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas
dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam
taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan
Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)
Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya “Risalah Qusyairiah”: taubat
yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba
melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan
mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak
melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan:
“penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim”.
(Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam’an).
……………………………………………………………
philosophy = philos + sofia. “love of wisdom and knowledge” =D
May 12th, 2008
PENYAMPAI KEBENARAN,
NO 1, JALAN AKHIRAT,
3 / 7 KAKI, OFF JALAN KUBUR,
000000, DUNIA SEMENTARA,
BUMI ALLAH.
………………………………………………………………………….
ABDULLAH BIN ABDULLAH
NO 80 JALAN UMUR,
3/7 KAKI, JALAN TAMAN DUNIA,
100000, DUNIAJAYA AKHIRATJGNLUPA,
BUMI ALLAH JUGA .
TARIKH: 1429 TAHUN SUDAH BERLALU
…………………………………………………………………..
ASSALAMUALAIKUM,
Dengan suka duka nya saya seperti nama dan alamat di atas ingin
menyampaikan satu kebenaran yang bakal tuan dan saya hadapi kelak
walaupun kubur kita masing-masing.
“wahai pemimpinku yang ku kasihi” atas dasar sayang sesama agama dan
seakidah dan satu ucapan syahadah dan hamba kepada Tuhan yang sama
yakni Allah s.w.t, maka dengan ini saya dan tuan maklum bahawa pemimpin
adalah golongan yang paling berat dan lama beratur di padang mahsyar
kerana bertanggungjawab ke atas setiap rakyat jelatanya.
maka dengan ini, saya sebagai hambaNya dan rakyat yang sayangkan
pemimpin dan membantu pemimpin sedar akan hakikat kita akan mati dan
akan melalui padang mahsyar, dengan ini saya mencadangkan sukan bola
sepak di negara kita hendaklah mengikut apa yang Tuhan kita tetapkan
dalam etika berpakaian sebagai seorang manusia, jika kita taknak
menjadi haiwan atau bersifat seperti haiwan.
saya dengan rasa rendah diri dan tidak berkuasa dalam kerajaan
mencadangkan atlet-atlet negara yang beragama Islam dan mengaku dia
beragama Islam serta Mengaku bahawa Allah s.w.t itu adalah Tuhan, maka
wajibkanlah mereka berpakaian menutup aurat.
Saya yakin, dengan pakaian menutup aurat bagi sukan bola sepak, ia
mampu memajukan sukan tersebut, bahkan boleh menang PIALA DUNIA, kerana
kita mengutamakan perintah Allah, dan insyaAllah Allah akan menghantar
para malaikat membantu pemain bola sepak untuk menendang bola dan masuk
tepat ke dalam gol pihak lawan. Ini bukan tahyul, kerana Allah s.w.t
telah menghantar pasukan malaikat dalam bentuk tentera di perang BADAR
untuk membantu tentera yang beriman itu menang walaupun jumlahnya
sedikit.
(saya harap pemimpin saya juga mengutamakan tentera dari kalangan yang
beriman, bukan dari kalangan mereka yang lemah iman, kerana dengan iman
yakni YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH,RASUL,MALAIKAT,AL-QURAN barulah
tentera boleh menang dengan bantuan Allah s.w.t jika diserang musuh
dari golongan kafirun)
Dengan ini, saya harap pihak tuan sebagai pemimpin negara bersetuju
dengan cadangan ini, dan memberikan seluar panjang dengan percuma
kepada atlet2 bola sepak negara, kerana kami sebagai pembayar cukai
juga akan beroleh pahala jariah dari penggunaan duit negara untuk
seluar yang menutup aurat.
Jika pihak tuan tidak bersetuju, maka di padang mahsyar nanti ramai
rakyat tuan akan meletakkan tanggungan dosa akibat memakai seluar
pendek yang menggunakan duit cukai rakyat yang tidak meredhai duit
mereka digunakan untuk jalan dosa.
Perkara ini juga tertaklu bagi sukan renang, angkat berat, dan juga
sukan2 yang selalu kita kalah akibat tidak menutup aurat. tentang suka
bina badan yang hanya memakai pakaian dalam, itu adalah tanggungjawab
atlet tersebut kerana saya rasa pihak tuan telahpun menegur sazali
supaya menutup aurat waktu tunjuk badan supaya tidak menggelikan pihak
wanita yang sedang makan nasik bersama anak-anak dan suami. kami cuba
mengalih siaran televisyen kepada rancangan lain, tetapi semuanya tidak
menutup aurat. jadi nak salahkan siapa?? takkan nak salahkan tv kerana
tv itu tidak bernyawa.
saya berharap posmen yang menghantar surat ini juga mendapat pahala,
bahkan pak guard yang membenarkan surat ini sampai juga mendapat
pahala, serta setiausaha pihak tuan yang membuka surat ini dan
membacakannya untuk tuan juga mendapat pahala (setiausaha tuan tutup
aurat tak? jika tak…tolong pesan pada dia tutup aurat..syaitan banyak
kat dunia ni..bahaya..)
Saya akhiri surat saya ini dengan ucapan “wahai pemimpinku ingatlah”
MATI ITU BENAR, MALAIKAT PENCABUT NYAWA ITU BENAR, MUNGKAR NANGKIR ITU
BENAR, SIKSAAN DAN RAHMAT KUBUR ITU BENAR, MIZAN ITU BENAR, PADANG
MAHSYAR ITU BENAR, DAN SYURGA SERTA NERAKA ITU BENAR”
YANG BENAR,
PENYAMPAI KEBENARAN
……………………………………
(”BERKHIDMAT UNTUK ALLAH S.W.T DAN RASULULLAH S.A.W”)
(”MAJULAH AGAMA UNTUK AKHIRAT”)
surat ini tidak memerlukan tandatangan kerana ianya menyatakan
KEBENARAN dan tidak memerlukan persetujuan hanya memerlukan tindakan.
……………………………………………..
S.K PM
S.K TPM
S.K MENTER SUKAN
S.K MENTERI-MENTERI KABINET BERKERUSI
S.K MENTERI-MENTERI KABINET TIDAK BERKERUSI
S.K MENTERI-MENTERI KABINET BERKERUSI RODA
S.K MENTER PELAJARAN BAHAGIAN SUKAN
…………………………………………………………
SAMBIL2 DRAFT SURAT KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK TUKAR BILLBOARD DGN GAMBAR TUTUP AURAT MCM KELANTAN!
May 9th, 2008
Kira-kira 1228 tahun yg lalu lahir seorang tokoh ilmuan Islam yg
terkenal iaitu Abu Ja’far Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi.Beliau
terkenal sbg guru algebra di eropah.(Korang pun tahu kan..hehe)
1148
tahun selepas itu kita berbangga kerna anak gadis kita yg berusia 13
tahun berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti tertua di
dunia atas kebijaksanaannya dlm ilmu matematik@ilmu hisab@ilmu
kira-kira(ahhh..apasajalah).
Tapi beberapa minggu yg lepas kita
dikejutkan dgn berita dari tanah orang inggeris yang membongkar kisah
siapakah shilpa lee yg sebenarnya.Adapun shilpa lee ini tiada kaitan
dgn bruce lee,brandon lee or jenama pakaian lee atau lee lam
thye.(ahh,apa aku merepek ni)
Setelah berita itu tersebar di
seantero dunia,maka banyaklah pihak yg ingin menghulurkan bantuan utk
‘memulihkan’ shilpa lee itu. Berbondong-bondonglah manusia berbicara
tentang shilpa lee. Berbicara ttg sebutir permata yang terpalit lumpur.
Berbicara ttg layang2 yg terputus talinya. Berbicara ttg katak yg baru
kluar dari tempurung. Dan byk lagi perumpamaan2 yg boleh
dikaitkan.(Sila rujuk DBP untuk maklumat lanjut)
Tp jgn sampai ibarat kuman di seberang laut nampak, tapi gajah di depan mata buat2 xnampak.
…………………………………………………………………………………….
ada tak sesiapa yg terer matematik.. hebat..dan pandai serta bijak.. tolong saya buat kira-kira.. buat formula pengiraan tentang pahala ok tak??
SOALAN:
Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya
pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan
hari raya, berapakah pahala solat berjemaah Ali..(soalan bonus)
(HINT)pahala sembahyang jumaat bergantung kepada masjid mana dia sembahyang:
-di masjid jamek pada hari jumaat ialah 150 kali ganda,
-di masjidil haram 100,000 kali ganda
-di masjid nabi 1,000 - 10,000 kali ganda (minimum dan maximum)
Sekiranya sembahyang jumaat pada bulan Ramadhan digandakan 70 kali ganda, campur pahala gandaan masjid .
JAWAPAN:………………………………….
(SOALAN BONUS)
MAKA..BERAPAKAH PERSAMAAN SERENTAK JIKA SESEORANG ITU MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH ATAU LEBIH TERUK MENINGGALKAN SOLAT??(TOLONG KIRAKAN)
SOALAN:
Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh
satu pohon yang besar dalam shurga di mana kuda yang paling pantas akan
mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut,
maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?,Dan seandainya
selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang
di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.
JAWAPAN: (JGN TEKAN BUZZER!!)…………………………………………
SOALAN:
Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan
perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat, sekiranya di ambil
perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30
tahun, berapakah panjang sebenar ular tersebut?
JAWAPAN:…………………………….ISI TEMPAT KOSONG
SOALAN:
Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana
sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi, maka semua tumbuh-tumbuhan
akan mati, berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan
tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun
bisa tadi, berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?.
JAWAPAN:………………………………………………..
SOALAN:
Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan, 500 tahun mendaki,
500 tahun mendatar, dan 500 tahun menurun, sekiranya ummat bani Israel
enggan masuk shurga dengan rahmat tapi ingin masuk shurga dengan
amalannya, berapakali lallatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas
titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)
pernah dengar satu cerita dari ustaz burnama, ada seorang ahli ibadah
beribadat selama 500 tahun tanpa henti..namun masih tak dpat nak bayar
nikmat sebiji mata…
JAWAPAN:………………………………………
SOALAN:
Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s, batu dari atas neraka telah jatuh
dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, berapakah kedalaman
neraka yang sebenar?
(HINT)
Sekiranya saiz batu itu adalah sebesar kepala manusia dan berjisim 3.56
kg, dan isipadunya di anggap tumpat, dan dengan mengaggap graviti
neraka adalah sama dengan bumi iaitu 9.81 Newton, berapakah kedalaman
neraka sekiranya 70 tahun masa yang di ambil untuk batu itu jatuh.
Jawab, jangan tak jawab…………………..
mungkin adik adiputra atau kak shilpalee boleh tolong jawapkan soalan matematik ini..
May 6th, 2008
Previous Posts