Archive for June, 2008

Apakah yang ada pada dirimu?

.  .  .  .

…tiga hari telah berlalu, isteri sahabatku dikejarkan ke
hospital kerana denggi… dan masih di hospital.

Kejang….

Suaminya cuba bersabar, namun… keadaan menjadi seolah-olah
kejang… dia termenung-menung…

Resah, bimbang… tiap kali solat jemaah bersama, dia
menitiskan airmata….

Bimbang jika punca rezeki dia kah yang menyebabkan isterinya
sakit? Dia kerja makan gaji,..safe and comfort zone... namun kepalanya pusing memikirkan perkara
keberkatan rezeki…

Dia juga terfikir, zakat sudah di selesaikan… apa lagi
silapnya?

Syubhah di sucikan dengan zakat dan sedekah…

tapi tidak sekali-kali yang haram…

“Sudah-sudahlah fikir begitu sahabat… lebih mudah jika
bersangka baik kepada Allah swt, Dia nak mengampunkan dosa isteri engkau tu….mungkin
dosa engkau sendiri…”.. aku cuba tenteramkan dia…

“Tapi hati aku lemah untuk melawan perasaan resah ni…mcm
mana lagi?”…. sambil dia meneruskan bilangan tasbih..

“Ya..tanpa ujian begini, bisakah kau terus mengadapNya dan
berdoa dengan tangisan”?
…aku cuba bermain soalan

“Sejujur aku sahabat.. tidak pernah seumur hidupku berdoa
dengan tangisan…kerana aku merasa cukup dengan dunia ku….tapi kali ini… aku
resah amat pada kesihatan isteriku…walaupun hakikatnya aku tahu, semuanya dari
Allah s.w.t…dengan izinNya”….
Terang dia tentang kepercayaan tauhid dia.

Aku diam sebentar, mungkin rasionalnya disini.. aku pernah
berdoa agar umurku adalah dalam kebaikan dan kebajikan…

Mungkin inilah jalannya..Dia menemukan aku dengan masalah,
agar aku bisa membantu dan berfikir…Dia membuka ruang bagiku untuk membantu…tanpa izin Dia…
takkan aku jumpa sahabat aku dalam keadaan sebegini?

Aku cuba berpusing arah… sambil menyapu bahunya…

“Yer.…itulah hati manusia…., mana bisa terus menerus ceria
dengan musibah walaupun sabar itu pada goncangan pertama
… kataku yang juga
lemas dengan kata-kata sendiri..bisakah sahabatku ini memahami ayat itu?…..

hati manusia manalah yang tidak bimbang tentang isteri
walaupun cinta utama adalah kepadaNya dan KekasihNya.. kerana isteri itu
mawaddah wa rahmah..

dia bangun dari termelengu, cuba untuk senyum, tapi herot
pipi dia… ada kesan rupanya menyapu bahu sahabat… patutlah dalam solat kita
sebolehnya dituntut rapat saff hingga bersentuh bahu…

penukaran dan penstabilan cas negatif dan positive…..badan..

“Aku tak tahu nak kata apa, engkau belum ada zaujah…tapi kau
boleh nasihat orang yang dah ada zaujatain”
… dia cuba memuji… mungkin cuba untuk menaikkan semangat aku
untuk menasihat?

“Sahabat…. Orang di dalam masalah, selalunya rasional hilang…kerana
dipikul masalah…walaupun ilmu dan iman stabil…rasional kadangkala terganggu
kerana masalah….”
… aku cuba bermain kata-kata

“Ya… aku membaca…dan aku diluar masalah seperti engkau alami
ini sekarang…tentunya aku dapat memikirkan sesuatu luar dari masalah… tanpa
kepentingan bagi diri dan mengutamakan kepentingan engkau”….
Harap-harap engkau
fahamlah sahabat… kata aku dalam hati.

“Oh..mcm kau beritahu aku tentang kotak? Jika di dalam kotak…
hanya nampak dari arah dalam dan tak tahu bentuk kotak dan luarnya… dan orang
yg di luar kotak itulah yang tahu kotak itu bentuknya bagaimana kan? Tapi orang luar tu kena masuk kotak juga if
nak tahu kan?
… sambil dia melihat jam yang menunjukkan 11.30pm..

hujan renyai..

tak ramai di wad ini….
Sunyi…siapalah yang suka masuk wad bukan?

Adus… aku pula terasa dipusing-pusing..tapi oklah… dia faham…

“Iyer… masuk kotak itu bukan masuk ke dalam masalah…tapi
memahami masalah.. Sequences dan consequences… ada melalui pengalaman diri,
orang lain, dan buku.”
…gitu-gitu aku… bukan apek..

“oh!.. rasional aku hilangla? … aku nak rujuk apa?”… tanya dia..

Aik.. awal tadi dia sendiri dah jawap soalan ni…

“Rujuk pada Tauhid yg engkau cakap awal tadi… yang Dia
berikan kita melalui KalamNya dan dari KekasihNya penjelasan-penjelasan
perjalanan hidup manusia…suka duka…ceria… Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang…..”
… aku cuba menguatkan kembali tauhid sahabat
aku ni…

“Sedangkan KekasihNya yang maksum juga bersedih dengan
kisah-kisah sedih, termasuk kisah isteri baginda..…itu maksum…siapalah kita?..tapi
kita sewajarnya mencontohi yang maksum walaupun kita tidak akan maksum”
…. Aku cuba
berikan ayat yang ustaz aku ajarkan….

“Oh!!..sekali lagi aku diluar rasional”… kata dia..

“Bukan..engkau bukan hilang rasional… itu tanda mawaddah
engkau pada hambaNya yang dianugerahkan kepada engkau”?
… aku cuba tekan sikit

Dia tersenyum…seronok dipuji agaknya yang dia suami
penyayang… tak salah memuji untuk memberi semangat dan kebaikan…. Itu bukan
bodek atau ampuism…

“Assalamualaikum….encik…encik ni suami kepada al-mumtahanah”?..
tiba-tiba perbualan kami disapa oleh seorang nurse…

“Ya saya…bagaimana isteri saya? Sudah sembuh? sudah sihat? Sudah
3 hari di hospital…bila dia boleh balik? Ada treatment tambahan?”…

Deras.

Deras soalan-soalan keluar dari mulut dia… refleks…  tanda kasih…tanda mawaddah…

“Esok kami akan adakan rawatan tambahan, insyaAllah lusa dia
boleh keluar dari wad”…
ringkas jawapan nurse..

Tapi….

Melegakan..

“Alhamdulillah…”…. Terpacul dua suara..

“Encik tanda tangan disini.”… sambung nurse sambil tersenyum..

Lewat malam masih boleh tersenyum…mungkin kerana swasta?

kemudian meninggalkan kami berdua..

“Sahabat, selain berdoa kepadaNya sebagai hablumminAllah..
apa lagi yang kau lakukan untuk hablumminannas”?…
tanya aku…

“ Bawa ke hospital?”… menjawap sambil menyoal pulak dia…

Macam cuba buat kelakar untuk diri sendiri..tapi aku tertawa
jugak…

“lain?”.. tanya aku lagi.

“Suapkan ubat waktu siang”… dia tersenyum…hampir tersengih
..

Mungkin asbab berita gembira dari nurse tadi..

“Kau kan pandai melukis dan design…”

“Kau lukis dan design lah kad…. Simple2 pon takpe.. just
tulis..”

“Semoga cepat sembuh zaujahku..boleh balik rumah lekas.. dan
makan masakan yang abi masak”….

Design warna yang dia suka…. Warna tu aura-sihat…..perempuan
ni suka if kita susah-susah sesuatu untuk dia… if kau reti guna jarum dan benang…. Kau buatlah…lagi
extreme!”
Bebel aku…..

Ah!! betul rasional aku hilang… kenapa aku tak terfikir begini? tertutupkah kotak aku? tanya sahabat aku…

aku diam tak jawap…

taknak suap…fikirlah dulu…..

mungkin dia faham kenapa aku diam..dia terus menyambung….

“aku upah kau design ok? Berapa kau charge”?….tanya dia
sambil sengih lebih lebar… menguji…

“Ish!!!….isk!!...” herot muka aku sket…

Kami sampai ke kenderaan masing-masing…

dengan payung
masing-masing….

“Salam sejahtera ke
atas mu ya sahabat!…. Semoga kita jumpa lagi…“

“Jika bukan di dunia…“ …..

“kita jumpa di syurga firdaus!!” …..

“Mcm ustaz cakap, nak doa…doalah yang terbaik pada Allah” ….

“Maafkan aku menyusahkan kau malam-malam begini”….penutup kata
dari sahabat..

Panjang juga penutup perjumpaan dengan sahabat ni..tapi
hikmahnya…

Indah…

Menceriakan jiwa…

“InsyaAllah… Salam sejahtera ke atas engkau juga sahabatku”….

Dan pulang..

……

Sakit itu ujian dan pengampunan dosa…

Firaun tak pernah Sakit!

dan

…berbahasa dengan hati agar boleh di fahami oleh yang pekak dan bisu….

……………………………………………………………………..

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Ertinya : ” Sesungguhnya
selepas kesukaran itu adalah kemudahan, dan sesungguhnya selepas
kesukaran itu adalah kemudahan” (As-Syarh : 8)

………………………………………………………………………

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )

…………………………………………………………………………………….

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat
Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih
kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791
)

……………………………………………………………………

Tatayyur / Tiyarah ( Sial Menyial) :

Tatayyur atau Tiyarah berasal
dari perkataan ( الطَّيْرُ ) : burung. Menurut kepercayaan orang Arab
jahilyyah jika mereka akan mengadakan safar (perjalanan) maka mereka
terlebih dahulu akan melepaskan burung. Jika burung tersebut terbang ke
arah kanan rumah maka mereka akan gembira tetapi jika sebaliknya
terbang ke arah kiri maka mereka akan bersedih hati kerana itu petanda musibah akan menimpa dan mereka selanjutnya akan menangguhkan pemergian.

Mengambil sempena perbuatan
inilah maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras
tatayyur / tiyarah. Rasulullah s.a.w. bersabda :

اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ

Ertinya : Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik ( HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi : Sahih )

Tiyarah atau Tatayyur atau
‘sial menyial’ dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau
pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung tetapi juga berkaitan dengan
nama-nama tertentu, ucapan-ucapan tertentu, tempat-tempat tertentu,
orang-orang tertentu dan sebagainya.

Jadi jika ada perasaan murung
mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck - unlucky)
yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan
lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan
tertentu tidak elok mengadakan walimah, membina rumah, maka
contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah.

Tiyarah dihukumkan syirik
kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini
musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa
mendatangkan manfa’at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca
daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini
terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza
Wa Jalla.

Tiyarah sebenarnya penyakit
yang muncul sejak zaman silam lagi. Allah menerangkan orang-orang kafir
telah melakukan tiyarah terhadap manusia pilihan Allah dari kalangan
para rasul dan orang-orang yang beriman.

قَالُوا إِنَّا
تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ
وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ
مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)

Mereka menjawab : ” Sesungguhnya kami bernasib malang
kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami),
niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang
pedih dari kami “. Utusan-utusan itu berkata: ” Kemalangan kamu
itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan
(kamu mengancam kami)? Sebinarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas
“. ( Yaasiin : 18 - 19 )

Oleh itu Rasulullah s.a.w.
mengajar umatnya jika ditimpa perasaan tersebut maka ia jangan hiraukan
perasaan tersebut dan hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah
dengan membaca doa ini :

اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang
dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat
menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan
melainkan dengan izin Engkau. ( Riwayat  Abu Daud )

wallahua’lam. wassalam.

sambung belajar…=D yeehu…

alhamdulillah

TheBigPicturesOriented

Ps: Buatlah apa saja yang engkau suka di atas muka bumi ini, TETAPI..pastikan engkau mempunyai hujah di hadapan Allah s.w.t Kelak… =)


4 comments June 27th, 2008

science or sunnatullah?

Di dalam surah Fussilat 41: 11, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap
lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ´Datanglah kamu berdua dengan
tunduk atau terpaksa.´ Keduanya menjawab: ´Kami datang dengan tunduk.´”

Di dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, jilid 9, halaman 5010, Said Hawa
menyatakan: “Sesungguhnya di sana memang sudah ada suatu keyakinan
bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan adalah di dalam
bentuk gas nebula seperti asap. Dan pandangan yang seperti ini boleh
dianggap sahih kerana ia begitu hampir dengan hakikat kalimat ´dukhan´
di dalam al-Quran.´

PENCIPTAAN ALAM SEMESTA

Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik
angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai
´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian
dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak
berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada
asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas).

Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan
galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi
bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam
semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak
sengaja adalah sifar.

Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam
semesta: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai
bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” (surah
Al-Anbiyaa´: 30)

Persamaan di antara ayat Al-Quran dengan teori Big Bang tidak dapat
dinafikan lagi. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab
1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini?

WUJUD JISIM GAS SEBELUM PENCIPTAAN GALAKSI
Ahli sains berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini
dibentuk, yang ada pada mulanya ialah bahan-bahan gas. Dengan kata
lain, bahan-bahan atau awan gas yang besar wujud sebelum pembentukan
galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini, perkataan ´asap´ adalah
lebih sesuai berbanding gas.

Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh
perkataan ´dhukhan´ yang bermaksud asap: “Kemudian Dia menujukan
kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan langit sedang langit itu masih berupa
asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: ´Turutlah kamu
berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau paksa!´ Keduanya
menjawab: ´Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela.´” (Surah
Fussilat: 11)

Lagi sekali, fakta ini juga tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman
Nabi Muhammad s.wa.w. Justeru, dari mana pula sumber ilmu ini?

BENTUK BUMI BULAT

Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun
lamanya, manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka
akan jatuh di tebing bumi. Sir Francis Drake ialah orang pertama yang
membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi
pada tahun 1907.

Lihat maksud petikan ayat al-Quran ini yang membincangkan mengenai
pertukaran siang dan malam: “Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah
SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih
berganti).” (Surah Luqman: 29)

Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara
perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian
begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah
tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan
perlahan-lahan.

Berikut ialah maksud petikan ayat al-Quran yang juga membayangkan bumi
ini bulat: “Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna
yang sebenar; Dia juga menjadikan malam melingkari siang (dengan
gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya).”
(Surah Az-Zumar: 5)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´kawwara´ bermakna ´untuk
menindihkan´ atau ´melingkari´ - seperti serban yang dilingkarkan
mengelilingi kepala. Penindihan dan pelingkaran malam dan siang hanya
boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi ini bukanlah bulat seperti
bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), iaitu leper di
hujung.

Ayat berikut mengandungi keterangan mengenai bentuk bumi: “Dan bumi
sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.” (surah An-Naazi´aat: 30)*

(*Perkataan Arab dahaha diterjemahkan oleh Mufti Haji Muhammad Noor
Haji Ibrahim sebagai ´dihamparkannya´, yang juga betul. Perkataan
dahaha juga bermakna telur burung unta. Lihat ayat ini yang berkaitan
dengan sifat cahaya matahari dan bulan: “Dialah yang menjadikan
matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya….´
(Surah Yunus: 5))

Perkataan Arab untuk telur di sini ialah ´dahaha´ yang bermaksud telur
burung unta. Bentuk telur buurng unta menyerupai bentuk bumi yang
geo-bulat (geo-spherical). Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi
dengan tepat, walaupun anggapan umum pada masa Al-Quran diturunkan
ialah bumi ini rata.

CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN

Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya
sendiri. Sains kini memberitahu kita bahawa cahaya bulan ialah cahaya
yang dipantulkan. Walau bagaimanapun, fakta ini telah disebut di dalam
al-Quran 1400 tahun dahulu di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Maha
Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran
bintang, dan menjadikan padanya lampu dan bulan yang menerangi.” (Surah
Al-Furqan: 61)

Perkataan Arab untuk matahari di dalam Al-Quran ialah ´syams´. Ia
merujuk kepada ´siraaj´, yang bermaksud api pelita (torch) atau
´wanhaaj ´yang bermakud ´lampu yang menyala´ atau ´diya´ yang bermaksud
´kemegahan yang menyinari.´ Ketiga-tiga keterangan itu memang sesuai
untuk matahari memandangkan ia mengeluarkan haba dan cahaya oleh sebab
kebakaran dalamannya.

Perkataan Arab untuk bulan pula ialah ´qamar´ dan ia diterangkan di
dalam al-Quran sebagai ´muneer´, iaitu sesuatu yang mengeluarkan nur,
iaitu cahaya. Sekali lagi, keterangan al-Quran menyamai sifat semula
jadi bulan yang tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan merupakan
benda yang tidak aktif yang hanya memantulkan cahaya matahari. Tidak
pernah sekalipun di dalam al-Quran, bulan disebut sebagai ´siraaj´,
´wanhaaj´, atau ´diya´ atau matahari sebagai nur atau ´muneer´.
Ini menunjukkan Al-Quran menyedari perbezaan di antara cahaya matahari dan cahaya bulan.

Lihatlah maksud ayat-ayat firman-Nya ini yang berkaitan dengan cahaya matahari dan bulan:

1. “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya.” (Surah Yunus: 5)

2. “Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah
menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Dia menjadikan
padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu
(yang terang benderang).” (Surah Nuh: 15-16)

MATAHARI TIDAK BERPUTAR

Sejak sedemikian lama ahli falsafah dan ahli sains Eropah percaya bumi
ini berkedudukan tetap di tengah-tengah pusat alam semesta dan semua
benda lain beredar mengelilinginya. Di Barat, konsep alam semesta
berpusatkan bumi (geocentric) ini berleluasa dari zaman Ptolemy pada
kurun kedua Sebelum Masihi lagi.

Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus membentangkan teorinya yang
dipanggil Heliocentric Theory of Planetary Motion (Teori Heliocentric
Mengenai Pergerakan Planet), yang mendakwa matahari itu yang
berkedudukan tetap di pusat sistem matahari dengan planet-planet lain
beredar mengelilinginya.

Pada tahun 1609, ahli sains Jerman Yohannus Keppler menerbitkan
Astronomia Nova. Di dalamnya dia menyimpulkan bahawa planet-planet
bukan hanya beredar dalam orbit bujur (elliptical) mengelilingi
matahari, mereka juga berputar di paksinya pada kelajuan yang tidak
menentu. Dengan pengetahuan ini, ahli-ahli sains Eropah mampu
menerangkan secara tepat beberapa corak perjalanan sistem matahari
termasuklah kejadian malam dan siang.

Selepas penemuan-penemuan ini, matahari dianggap sebagai berkedudukan
tetap dan tidak berputar di paksinya seperti bumi. Penulis masih ingat
ketika belajar kesilapan ini dari buku Geografi pada zaman persekolahan
penulis. Lihatlah maksud ayat-ayat al-Quran ini:

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar *terapung-apung di tempat
edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Surah Al-Anbiyaa: 33)
(*Mufti Haji Muhaamd Noor Haji Ibrahim menterjemahkan beredar terapung-apung). Sila lihat keterangan ini:

Perkataan Arab yang digunakan di atas ialah ´yasbahun´. Perkataan
´yasbahun´ diambil dari perkataan ´sabaha´. Ia membawa makna pergerakan
dari benda-benda yang bergerak. Jika anda menggunakan perkataan itu
untuk manusia, ia tidak bermakna orang itu bergolek tetapi ia bermakna
orang itu berjalan atau berlari. Jika anda menggunakan perkataan itu
untuk manusia di dalam air, ia tidak bermakna orang itu sedang
terapung-apung, tetapi bermakna dia sedang berenang.

Begitu juga, jika anda gunakan perkataan ´yasbah´ untuk benda-benda di
angkasa raya seperti matahari ia tidak bermakna ia terbang melalui
angkasa tetapi ia bermakna berputar sambil bergerak melalui angkasa.
Kebanyakan buku teks telah memasukkan hakikat matahari berputar di atas
paksinya.

Putaran matahari di paksinya boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan
yang boleh mengimbas imej matahari ke atas meja supaya seseorang itu
boleh mengkaji imej matahari tanpa menjadi buta. Kita boleh perhatikan
matahari menyempurnakan putarannya setiap 25 hari, yakni matahari
mengambil masa 25 hari untuk berputar di paksinya.

Sebenarnya, matahari bergerak melalui angkasa pada kelajuan lebih
kurang 150 batu sesaat, dan mengambil masa 200 juta tahun untuk
menyempurnakan satu pusingan mengelilingi pusat galaksi kita iaitu
Galaksi Bima Sakti.

“Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah baginya mengejar
bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap
satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
(Surah Yaa Siin: 40)

Ayat ini memberitahu fakta penting yang ditemui oleh astronomi moden,
iaitu wujudnya orbit tersendiri untuk matahari dan bulan, dan mereka
beredar melalui angkasa dengan pergerakannya sendiri. ´Tempat tetap´,
di mana matahari bergerak menuju ke arahnya dan membawa bersamanya
sistem matahari telah dikenal pasti tempatnya oleh astronomi moden. Ia
digelar Solar Apex. Sistem matahari sesungguhnya bergerak di angkasa ke
arah satu tempat di ´constellation of Hercules ´(alpha layer) yang
telah dikenalpasti dengan sahih di mana letaknya.

Bulan berputar di paksinya dalam tempoh yang sama diambilnya untuk
mengelilingi bumi. Ia mengambil masa 29 1/2 hari untuk menyempurnakan
satu pusingan. Seseorang itu tentunya terkejut dengan ketepatan
saintifik yang ditunjukkan dalam ayat-ayat al-Quran. Justeru, tidak
perlukah kita fikirkan: Apakah sumber ilmu-ilmu yang terkandung di
dalam al-Quran ini?´

MATAHARI AKAN PADAM SELEPAS TEMPOH TERTENTU

Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah
berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa
nanti apabila matahari kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan
kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini:
´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan
beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang
Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaa Siin: 38)

(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di
dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna
tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan
matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu
akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan -
bermakna ia akan padam atau tamat.

KEWUJUDAN BAHAN DI RUANG ANGKASA

Ruang di luar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai
apa-apa bahan dan vakum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui
kewujudan bahan-bahan yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada
gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah elektron bebas dan
ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan bahan
yang keempat (selain daripada tiga keadaan yang diketahui- pepejal,
cecair, dan gas).

Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat: “Tuhan yang
menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.”
(Surah Al-Furqaan: 59)

Amat tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui 1400 tahun dahulu.

ALAM SEMESTA YANG SENTIASA MENGEMBANG

Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble,
membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin
menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini
sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai
fakta sains.

Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan
langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang
kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas
tidak terhingga.” (Surah Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada
´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang
amat besar dan sedang mengembang.

Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata,
´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah
satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´

Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia
belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di
dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di
bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di
bidang astronomi.

Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum
orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan
fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti
asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab
walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.

Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan
disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan,
yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi
disebut di dalam al-Quran.

GAS HIDROGEN DAN HELIUM DAN PERMULAAN LANGIT DAN BUMI

Salah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan
alam selepas berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa
pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan
penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum dengan
neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy
hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan
sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga
sebagai ´primary nebula´.

Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu
didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang sejuta
tahun, gas di angkasa membeku dan kemudiannya bercantum mengikut
proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi.
Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan al-Quran.

PERMULAAN ALAM MENURUT AL-QURAN DAN SAINS

Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30, Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya
langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian
Kami pisahkan keduanya…”

Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi
telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, ´Atha,
Ad-Dahhak dan Qatadah: “Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada
asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah s.w.t
pisahkan di antara kedua-duanya dan dijadikan di antara kedua-duanya
udara.”

Di dalam Al-Asas fit Tafsir Jilid 7 halaman 3454, Said Hawa telah
mendatangkan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair
berhubung dengan ayat ini: “Bahkan… sebelum ini langit dan bumi melekat
dan bercantum di antara satu dengan yang lainnya. Ketika Allah s.w.t
meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah
s.w.t memisahkan di antara kedua-duanya.”

Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal Al-Jawahi´ yang
ditulisnya sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan: “Apa yang telah
dijelaskan oleh al-Quran dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di
dalamnya, adalah semua bercantum lalu Allah s.w.t pisahkan semuanya. Di
sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat, kerana ilmu ini belum
diketahui kecuali pada zaman sekarang.”

Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa
alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan
mengikut yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

TEORI ´BIG BANG´

Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah
teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah
bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic
explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big
Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan
(expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan
yang seumpamanya

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of
Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander
Friedmann, telah mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkan lagi
teori Big Bang ini.

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah
menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan
menggunakan alat yang canggih, beliau telah mendapati bahawa alam ini
sedang berkembang sekali gus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini
bercantum padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang
menyebabkan pengembangan itu.

Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang
tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Big
Bang. Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh
pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada
tahun 1965.

Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993, dengan
menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai ´COBE
Spacecraft,´ juga telah mengesahkan tentang perkara ini.

Pada hari ini dengan alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti
makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva, banyak kajian baru
yang dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah
mengukuhkan lagi teori Big Bang.

Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu
teori yang berlawanan dengan Big Bang, iaitu, Teori ´Steady State´ yang
mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan, malah berkeadaan sama
sejak dahulu hinggalah sekarang. Pada tahun 1964, dengan penemuan
gelombang-gelombang tertentu di udara yang mengesahkan tentang
kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak.

Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu
adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah
disebutkan oleh al-Quran.

love to read these :
http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php

http://www.harunyahya.com/en.m_book_index.php

http://www.miraclesofthequran.com/index2.html


Add comment June 21st, 2008

Berbaik sangka? Mengapa Perlu sangka buruk?

Mulakan bacaan dengan lafaz bismillah
agar hati tenang, pembacaan dengan nada tenang dan dilindungi Allah
dari gangguan syaitan pada hati..dan beroleh hati yang
sejahtera.InsyaAllah.

Berbaik Sangka Sesama Muslim

Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha
Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.

Sama-samalah kita berlumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta
memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman
Allah Ta’ala (yang bermaksud):

“Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]

Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan
syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah,
berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita
untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang
ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu
manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis.
Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia,
menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan
(aqidah) dan perkataan mereka.

Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu
fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik
dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan
prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus,
tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan
begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti
ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan
perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat,
menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan,
menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa
banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa
berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada
tempatnya.

Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa
kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang,
suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik
rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’
uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara
ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat.
Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan
jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan
maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila
hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka
sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap
seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan
memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah
melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada
lagi sikap saling percaya-mempercayai , bahkan mereka akan sering
berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini
merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan
keutuhan umat.

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau
amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan
di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka
dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga
kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang
yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak
berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya
terhadap saudaranya.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah
dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan,
demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau
sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan
berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu
mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan
setengahnya yang lain”.
[Al-Hujurat: 12].

Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim
dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada
bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka
mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka:
“Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata:
‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah:
“Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin,
menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua
yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu
terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan
hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah
hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih
perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam
masyarakat yang bersih dari prasangka.

Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan
yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan
yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram,
wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya seseorang itu dari kalangan orang
yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak
amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini
berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang
sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara
terang-terangan” .

Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka
buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa
berprasangka tidak baik terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik”.

Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: :r‘Telah menulis kepada saya
beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah Hendaklah engkau
meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya
selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan
kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu
tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.

Manhaj ini sangatlah dituntut apabila berdepan dengan orang yang
mempunyai kelebihan dan kebaikan (ulama’, pendakwah dan lain-lain), ini
adalah termasuk dalam fiqh Al-Maqasid dan niat, yang mungkin tidak
disedari oleh setengah golongan, menyebabkan mereka sering menjatuhkan
hukuman salah ke atas orang lain dengan tidak mengambil kira keadaan,
niat dan tujuan orang tersebut.

Mungkin kesalahan itu merupakan satu perkara yang tidak disengajakan
dan beliau tidak bermaksud dengan kejahatan sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim rh dengan katanya: “Satu kalimah yang
sama, diucapkan oleh dua orang yang berbeza, seorang bermaksud dengan
kebatilan dan seorang lagi bermaksud dengan kebenaran, yang diambil
kira (iktibar) ialah cara, pemikiran, mazhab dan ideologi yang didokong
oleh orang yang berucap juga pegangan yang dipertahankannya” .

Kerana itu tidak dihukum kafir seorang yang kerana terlalu gembira
sehingga tersalah mengatakan: ‘Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah
tuhanMu’, kerana dia tidak bermaksud menjadikan dirinya sebagai tuhan.

Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyah rh menukilkan tulisan orang yang
bercanggah dengan pendapatnya kemudian beliau mengatakan: “Kalam ini
terlalu umum, orang yang inginkan kebenaran akan meletakkannya di
tempat yang baik dan sebaliknya orang tidak menginginkan kebenaran akan
memasukkan (menambah, menafsir, mentakwil) nya dengan bermacam-macam…”.

Inilah manhaj yang tinggi, sikap terbuka yang telah diterima oleh
As-Salafussoleh. .. adil dan insaf yang telah digariskan oleh ulama’
ummah… mereka telah meletakkan perkataan yang mengandungi berbagai
maksud di tempat yang baik… melapangkan dada yang terbuka, bebas dari
pengaruh hawa nafsu, baik diri dan menasihati ummah… di mana kita
dengan manhaj ini?

Bukan dari manhaj salaf menambah (menafsir, menghurai..) kan lafaz
(yang tidak disebut) sehinggakan mengubah maksud, gembira dengan
menyebarkan kesilapan orang dan bermuamalah sesama muslim dengan su’
uzzan, sangkaan jahat.

Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan
orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan
dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau
mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud
yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah!
Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam
diri orang lain?.

Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk
memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang
Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia
tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir,
inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka
dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.

Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada
Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab
ra berkata: “Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw
diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang
hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu,
sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan
dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang
tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang
menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya,
walaupun dia berkata niatnya baik”.

Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap
kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya,
sentiasalah mengingati firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan
janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”.
[Al-Isra’ 36].

Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang
paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam
suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada
di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan
mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan
dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan
tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya,
akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka
dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga
sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan
menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.

Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan
dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah,
membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan
menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.
Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di
zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan
(wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan
satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi
cabaran dari dalam dan luar.

Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan
orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah
dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata
orang dahulu: ‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’.

Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya
sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, firman Allah
Taala (yang bermaksud): “Dan
orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman
dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta
dan berbuat dosa yang amat nyata”.
[Al-Ahzab 58].

Setelah jelas kepada kita –wahai saudara- bahawa buruk sangka adalah
satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk
membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.

Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia,
jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan
atau hukuman. Sekiranya engkau tersalah kerana berbaik sangka adalah
lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk
sangka. Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat
sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara
mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk
meletakkannya di tempat yang baik”.

Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan
manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek
keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam
dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan
meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha
Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.

Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Mereka tidak lain hanyalah
mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak
dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”.
[An-Najmi, 28].

Sumber:
PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW
Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti
(Imam Masjid An-Nabawi)

……………………………………….

Mengapa Perlu Sangka Buruk ?

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika
diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi
s.a.w bersabda :-

Ertinya : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang
berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” (Riwayat
At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau
cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam
senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya
sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya
tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya
agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku :
mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk” lalu seorang lelaki
bertanya : “apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?”

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah
kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu
membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku,
abaikan dan jangan endahkannya” ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ;
Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat
melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka
apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya,
bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu
bersangka jangan kamu membenarkannya” ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar
: hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk
itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap
orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu
sudah membenarkannya

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi
keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’.
Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk’ apabila
melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada
kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil
penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak
berdosa.

Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru.
Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi
beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan
mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan
calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV)
sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup
menarik sekali.

Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya
perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk
mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya
interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami
daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi
benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh
perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu
yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda
seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang
dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam
membuat sesuatu perkara.

Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh
berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan
diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah
dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.

JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik
kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya
di zaman isu politik sentiasa hangat.

Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik
segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan
politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang
benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu
tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian
kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar
dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat
jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.

Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat
oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak
pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian
mereka.

Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran
Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun
lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas
berkata :-

“Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu”

Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak,
sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa
(kononnya).

Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan
kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi,
mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut
atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik,
tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka
buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan
diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang
sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh
lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini
kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan
dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah
Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain.
Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis
mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika
pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan
masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh
pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan
ditakwilkan sejahatnya.

Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku
kepada S.S Mufti Perlis. Akhir-akhirnya ini S.S Mufti Perlis semakin
berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat
sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,

*Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihnraya 8 Mac,
iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu
barulah dia bersuara untuk ‘membodek’ kerajaan pakatan rakyat untuk
melantiknya pula.

*Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin
pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di
penghujung.

*Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi,
nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!” Tempelak mereka.

Dan macam-macam lagi.

Saya kerap dengar komen “mengapa baru sekarang!!?” sebagai hujjah
untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?

Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.

Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, Overridding Commission
dalam MLM, Pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata

“Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu
awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak
sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join
skim lain dan sekarang dah rugi kot” Katanya.

Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan
sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu
baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?

Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan
kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa
dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang
menghinggapi kita lalu berkata

“hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.

Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja:


Mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.

Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.

Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.

Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.


JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN

Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah
mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan
seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.

Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya
dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan
haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada
saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim
haram.

Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :”puas aku fikir dan cari
di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini
sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia
hendak sebenarnya?”

“akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni”

Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman
ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di
sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup
bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.

Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh lain.

Ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-

a- “Ustaz ada dengar tak slot Dr Zainol Hadja pengasas ayam organik di
radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang
tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang
dakwaan Dr Zainol dan perjuangannya memartabatkan makanan yang
betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak
perkayakan diri sendiri jer”

b- “PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam,
mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet”

c- “Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang
begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!”, simpul
seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)

d- “eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak’ dari
penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual
agamanya untuk popular di televisyen”

e- “Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya
mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu
tidak berani berterus terang”

f- “Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan
jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah
ke?” Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.

g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa :
“jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah
sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan”

Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma
beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad
begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita
bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada
seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka
buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.

Ada tersirat ke?

Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal, apa
salahnya. Selagi mana zahir tindakan semua mereka tadi adalah baik dan
menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar
bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah
dosa dan menyubur kebencian di hati.

Allah swt mengingatkan :-

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa…” [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

Ertinya : “Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha
bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam” (
Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran
dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati
seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal
dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh
imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.

Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati
busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk
seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

“Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah” ( Sebagai tanda tidak
puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : “Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah.”

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

“Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada
pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : “Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat”.

Khalid berkata : “Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya
berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya
(merujuk kepada orang munafiq)”

Baginda membalas :-

Ertinya : “Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka” ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan
mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya
dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

KESIMPULANNYA

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa.
Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan
Allah.

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang
mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka
sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “”Ini adalah suatu berita bohong
yang nyata.
( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang
berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah
dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan
dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada
kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat
kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya
anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia
dinamakan berhati-hati yang sebenar.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
12 Mei 2008


Add comment June 19th, 2008

artistik ketagihan & fenomena mencariNya

[01:54] artistikketagihan: pandangan dalam “mencari
erti kebabasan dalam diri…” terangkan pade aku oto…

[01:54] artistikketagihan:
aslalamualaikum..

[01:55] zulhafidz: waalaikumussalam

[01:55] zulhafidz: pekabo?

[01:55] artistikketagihan: baik..

[01:55] artistikketagihan: pandangan dalam “mencari
erti kebabasan dalam diri…” terangkan pade aku oto…

[01:55] zulhafidz: erti kebebasan dalam diri

[01:55] zulhafidz: pandangan aku

[01:55] artistikketagihan: yup..

[01:56] zulhafidz: bergantung pada erti kebebasan yg diri
nak

[01:56] zulhafidz: dan situasi

[01:56] zulhafidz: dan suasana

[01:56] artistikketagihan: maksud ko?

[01:56] zulhafidz: contoh mcm seorang penagih

[01:56] zulhafidz: dalam diri dia sebenarnya dia nak bebas
dari ketagihan

[01:57] zulhafidz: situasi dia… dia
“terperangkap” pada mulanya dengan penagihan

[01:57] zulhafidz: “suasana” semasa awalnya dia
rasa tidak terperangkap bahkan bebas

[01:57] zulhafidz: tapi lama-lama

[01:57] zulhafidz: “suasana” itu berubah

[01:57] zulhafidz: bila dia mula sedar dia terperangkap
dengan ketagihan

[01:57] zulhafidz: dan waktu itu dia mencari kebebasan dalam
diri dia

[01:58] zulhafidz: agar dia boleh lepas dari perangkap

[01:58] zulhafidz: lalu bebas

[01:58] zulhafidz: dalam diri

[01:58] zulhafidz: sendiri

[01:58] zulhafidz: contoh dua

[01:58] artistikketagihan: ermm..

[01:58] zulhafidz: hmm

[01:59] zulhafidz: ape ye

[01:59] zulhafidz: hehe

[01:59] artistikketagihan: kebebasan berarti ade dlm diri
sendiri?

[01:59] zulhafidz: yes

[02:00] zulhafidz: langsungnya di liputi oleh kawalan juga

[02:00] artistikketagihan: bagaimane klu sesuatu kebebasan
di sekat oleh individu lain..

[02:00] zulhafidz: lihat pada sekatan itu

[02:00] zulhafidz: kenapa ada sekatan

[02:00] zulhafidz: bagaimana individu itu menyekat

[02:00] artistikketagihan: contoh

[02:00] zulhafidz: apakah jenis sekatan

[02:01] artistikketagihan: agama/sistem

[02:01] artistikketagihan: dan perundangan

[02:01] zulhafidz: jika sekatan itu agama

[02:01] zulhafidz: aku pasti ianya baik

[02:02] zulhafidz: sbb agama itu turun dari pencipta manusia

[02:02] zulhafidz: untuk kebaikan manusia

[02:02] zulhafidz: seperti mana

[02:02] zulhafidz: sebuah komputer

[02:02] zulhafidz: dari kilang apple

[02:02] zulhafidz: akan diberikan sama dengan guideline dari
kilang apple

[02:02] zulhafidz: jika ada masalah pada komputer

[02:02] zulhafidz: itu

[02:02] zulhafidz: makanya akan rujuk pada guideline yg
diberikan

[02:03] zulhafidz: takboleh plak nak rujuk buku manual dari
komputer biasa

[02:03] artistikketagihan: ia akan di kembalikan dan di
betulkan

[02:03] zulhafidz: sama jugak kalo guna kereta proton

[02:03] zulhafidz: tentu rujuk dari kilang proton

[02:03] zulhafidz: kilang di mana ia tercipta

[02:03] zulhafidz: bukan dari kilang toyota

[02:03] zulhafidz: hehe

[02:03] artistikketagihan: ok.

[02:03] zulhafidz: yep

[02:03] artistikketagihan: aku sgt faham maksud ko..

[02:03] zulhafidz: akan dikembaikan dan dibetulkan

[02:04] zulhafidz: setuju dgn statement ko tu

[02:04] zulhafidz: best

[02:04] artistikketagihan: berarti kita tak perlu bebas di
atas muka bumi ini?

[02:04] zulhafidz: bebas tapi terbatas

[02:04] zulhafidz: banyak maksud

[02:05] zulhafidz: masih bebas mencari rezeki, tetapi ada
hadnya

[02:05] zulhafidz: masih bebas untuk berpakaian, tapi ada
had nya

[02:05] zulhafidz: seperti kereta

[02:05] zulhafidz: kau bebas memandu kemana saja

[02:05] zulhafidz: tapi ada hadnya, jika tidak…ia rosak

[02:05] zulhafidz: dan dalam pemanduan ke destinasi

[02:05] artistikketagihan: ya!!!!

[02:05] zulhafidz: ada panduan signboard

[02:06] zulhafidz: sebagai peringatan

[02:06] artistikketagihan: arah

[02:06] zulhafidz: untuk sampai ke destinasi

[02:06] zulhafidz: ada slow

[02:06] zulhafidz: ada speed control

[02:06] zulhafidz: ada arah

[02:06] zulhafidz: bahkan tanda putus2 pada jalan tu pun

[02:06] zulhafidz: guide

[02:06] zulhafidz: agar tak masuk jalan sebelah

[02:06] zulhafidz: tersesat

[02:06] zulhafidz: boleh cari arah semula

[02:06] zulhafidz: untuk sampai ke destinasi

[02:07] artistikketagihan: ya..amat sempurna..

[02:07] zulhafidz: ………….

[02:07] artistikketagihan: hanya untuk buakaan minda aku..

[02:07] zulhafidz: aku pon dapat jugak

[02:07] zulhafidz: terima kasih amat

[02:08] artistikketagihan: supaya aku tidak terus melanggar
line jalan..

[02:08] zulhafidz: tak ape

[02:08] zulhafidz: semua manusia pernah terlanggar dan
melanggar …

[02:08] zulhafidz: bahkan mungkin lebih dalam dari kao

[02:08] zulhafidz: mungkin lebih jauh terpatah arah dari kao

[02:08] zulhafidz: slow2 kita cari jalan

[02:08] zulhafidz: heh

[02:09] artistikketagihan: aku takut ada kereta laju di
depan ku ingin melanggarku..

[02:09] artistikketagihan:
aku takut

[02:09] zulhafidz:
jgn takut sgt

[02:09] zulhafidz: anggap ini tanda tuhan sayangkan ko

[02:09] zulhafidz: agar tak terus dilanggar kereta laju tu

[02:10] artistikketagihan: oh ya..

[02:10] artistikketagihan: so aku kne trus ngan kelajuanku?

[02:12] artistikketagihan: tanpa kembali kejalan asalku?

[02:12] zulhafidz: ….

[02:12] zulhafidz: pada peringkat awal

[02:13] zulhafidz: bukan meneruskan kelajuan

[02:13] zulhafidz: tapi mengawal pemanduan

[02:13] zulhafidz: dan berhati2 mengikut signboard

[02:13] zulhafidz: kelajuan sederhana

[02:13] zulhafidz: agar bila tersalah arah..tidak terlajak
jauh

[02:14] artistikketagihan: tetapi dalam situasi sekang aku

[02:14] artistikketagihan: dalam keadaan melangar line jalan
dan menuju kejalan sbelah

[02:14] zulhafidz: kembali ke jalan asal

[02:14] zulhafidz: punca dan pangkal

[02:14] zulhafidz: serta “punca” kuasa

[02:15] zulhafidz: kehidupan dan kematian

[02:15] artistikketagihan: antara jalan telah ditetapkan
untuk aku pilih?

[02:15] zulhafidz: tentunya jalan kebaikan

[02:15] zulhafidz: untuk diri

[02:15] zulhafidz: pada masa depan

[02:15] zulhafidz: yg hidup

[02:15] zulhafidz: dan masa depan

[02:15] zulhafidz: setelah mati

[02:16] zulhafidz: setelah enjin berhenti seketika

[02:16] zulhafidz: untuk meneruskan perjalanan abadi

[02:17] zulhafidz: tentunya kereta kau akan berhenti kan?

[02:17] zulhafidz: kau akan keluar dari kereta

[02:17] artistikketagihan: oya

[02:18] zulhafidz: selepas keluar dari kereta

[02:18] zulhafidz: ke mana kita?

[02:18] zulhafidz:
dan tentunya dalam perjalanan itu

[02:18] zulhafidz: ada gangguan

[02:19] zulhafidz: yg telah ditentukan

[02:19] zulhafidz: mungkin ada halangan perjalanan

[02:19] zulhafidz: duri

[02:19] zulhafidz: paku

[02:19] zulhafidz: tajam

[02:19] zulhafidz: mengempiskan tayar

[02:19] zulhafidz: tapi kau masih tetap perlu meneruskan
perjalanan

[02:19] zulhafidz: maka kau akan buang paku tajam

[02:19] zulhafidz: repair semula tayar

[02:19] artistikketagihan: ya…

[02:20] artistikketagihan: tetapi itu adanya dugaan

[02:20] artistikketagihan: menaiki kereta

[02:20] zulhafidz: yep

[02:20] zulhafidz: kadang ada penumpang yg baik

[02:20] zulhafidz: kadang ada penumpang yg menggangu
perjalanan dan pemanduan

[02:20] artistikketagihan: menolong

[02:20] artistikketagihan: tapi klu takada kita akan
berusaha sendiri..

[02:21] artistikketagihan: untuk membetulkanya.

[02:21] zulhafidz: tapi kau diberikan dan diizinkanNya untuk
tefikir pemanduan kao

[02:21] zulhafidz: maka itu tanda pertama yg diberikanNya

[02:22] artistikketagihan: aku cuba berusaha

[02:22] zulhafidz: Dia Maha Pengasih

[02:22] zulhafidz: oksigen masih free

[02:22] zulhafidz: walaupun minyak naik harga

[02:22] zulhafidz: …..

[02:22] artistikketagihan: untuk membawa pemanduan ini
kejalan yang hakiki

[02:23] artistikketagihan: oto thanks byak2

[02:23] zulhafidz: artistik pulak bahasa aku mlm nie

[02:23] artistikketagihan: aku cuba untuk lahir semula

[02:23] zulhafidz: aku pun masih merangkak dalam perjalanan
ke destinasi

[02:23] artistikketagihan: dan bukakan minda aku dengan
cebisan ilmu dari kamu

[02:24] artistikketagihan: terimakasih sgt…

[02:24] zulhafidz: aku akan sentiasa

[02:24] artistikketagihan: ko tak wish bday aku pon smlam

[02:24] zulhafidz: cuba bimbing yg aku mampu

[02:24] artistikketagihan: hahahhahah

[02:24] zulhafidz: alamak

[02:24] zulhafidz: yeke

[02:24] zulhafidz: selamat ulang tahun keluar dari perut mak

[02:24] zulhafidz: dah ciom mak?

[02:24] artistikketagihan:
aku jauh..

[02:25] artistikketagihan: nk cium jauh..

[02:25] artistikketagihan:
aku rindu mak aku..

[02:25] artistikketagihan: aku rindu mak aku..

[02:25] artistikketagihan: terima kasih kerana menjadi polis
di jalanan

[02:25] zulhafidz: sama-sama cuba

[02:25] zulhafidz: secara perlahan

[02:25] zulhafidz: apa yg terdaya

[02:25] zulhafidz: untuk kasihkan rakan

[02:25] zulhafidz: dunia dan akhirat

[02:25] artistikketagihan: ya aku mahukan itu..

[02:25] artistikketagihan: mahukan apa yang abadi buat aku..

[02:25] zulhafidz: teruskan kerja seni kau

[02:26] zulhafidz: kerana seni itu indah

[02:26] zulhafidz: tambah pula seni berjiwa

[02:26] artistikketagihan: yaaa,,

[02:26] zulhafidz: dan juga jiwa berseni

[02:26] zulhafidz: kehidupan itu sendiri satu seni Maha Agung

[02:26] zulhafidz: yg
bisa dinikmati… sementara dan….tentunya

[02:26] zulhafidz: selamanya

[02:26] artistikketagihan: amin

[02:31] artistikketagihan:
syukur kepada tuhan

[02:31] zulhafidz: syukur

[02:31] zulhafidz: dia mengurniakan hidayahNya kepada
sesiapa yang dia mahu… Maha Pengasih Maha Penyayang…Dia… kau sujudlah pada dia malam ini, jika kau
rasa malam ini… kelahiran baru kau semula ke arahNya…

[02:31] artistikketagihan: lalu kau menjadi sahabatku untuk perjalananku dan destinasiku yg baru ku sedar dan ku tahu…

[02:31] zulhafidz: Jika itu takdirnya, aku redha dan aku cuba sedaya upayaku, untuk sama-sama kita tiba di destinasi, tanpa kerosakan kereta yang teruk dan kerosakan yang sempat diperbaiki sebelum ia diambil semula… kau istimewa bagiku

[02:31] artistikketagihan: punca kuasa yang menggerakkan hatiku kepadamu sahabat baru ku..alhamdulillah.aku masih hidup sbg minimelis…

…………chat terhenti… artistikketagihan menangis.. dan aku turut menangis merasakan MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG… memberikan HidayahNya kepada sesiapa yang Dia mahu…

…….

[02:41] artistikketagihan: urmm

[02:41] artistikketagihan: aku bkan polis

[02:41] artistikketagihan: hanya

[02:41] artistikketagihan: polis bantuan

[03:05] artistikketagihan: ilang pertimbgn

[03:05] artistikketagihan: btul

[03:05] artistikketagihan: aku jahat..

[03:06] zulhafidz: Dia Maha Pengampun

[03:06] zulhafidz: waktu begini

[03:06] zulhafidz: kau jangan dengar kata syaitan

[03:06] zulhafidz: lawan

[03:06] zulhafidz: jgn terlalu takut

[03:06] zulhafidz: atau terkenang dosa secara melampau.. kau
terkenang boleh..tapi kau terus tadah tangan padaNya..minta keampunanNya..

[03:06] artistikketagihan: dosa besa kecik

[03:06] zulhafidz: dosa terhapus

[03:06] artistikketagihan: smua dah ade

[03:07] artistikketagihan: dosa ngan manusia lagi..

[03:07] zulhafidz: bukankah kau tahu ada yg bunuh 99 orang

[03:07] zulhafidz: tetapi dosa dia tetap terampun?

[03:07] zulhafidz: =)

[03:07] zulhafidz: jgn bimbang

[03:07] artistikketagihan: betul ke?

[03:08] zulhafidz: ya!

[03:08] zulhafidz: itu kisah benar

[03:08] artistikketagihan: aku sangat jahil tentang ini

[03:09] artistikketagihan: urm..

[03:09] artistikketagihan: moga Allah beri dengan jelas atas
petunjuknya ini..

[03:11] artistikketagihan: aku ingin mula….

[03:11] artistikketagihan: amin….

[03:11] zulhafidz: mungkin ada 1 kebaikan yg kau buat yang
Dia menyembunyikan RahmatNya untuk kau.. Dia juga sembunyikan murkaNya dalam
kejahatan-kejahatan kau…

[03:11] zulhafidz: lalu Dia

[03:11] zulhafidz: memberikan jalan baru kau ni

[03:12] artistikketagihan: insyaallah..

[03:13] artistikketagihan: esok hari baru buat aku..

[03:13] zulhafidz: tidur

[03:13] zulhafidz: sebelum tidur

[03:13] zulhafidz: cuba kau wuduk

[03:13] zulhafidz: dan tidur

[03:13] zulhafidz: esok hari baru

[03:13] zulhafidz: tinggalkan semalam

[03:13] zulhafidz: sebagai satu catatan

[03:14] artistikketagihan: ya aku dipersinggahkan kereta ini di rNr keindahan dan ketenangan…..poster mu ttg HIDUP..

[03:18] artistikketagihan: tuhan memberikan satu kemahiran
sahabat aku ini…

[03:18] artistikketagihan: tahniah

[03:18] zulhafidz: kau juga

[03:18] zulhafidz: ada kelebihan yg aku tak ada

[03:18] artistikketagihan: aku cukup kagum…

[03:18] zulhafidz: kau kagumlah pada Pencipta aku..Pencipta
Kau..Pencipta seluruh Alam ini..yg Maha Esa…. aku akan binasa…tak tahu bila.. jika kau kagum pada ku…setelah aku binasa..hilanglah kekagumanmu… tetaplah kau kagum pada Dia..

[03:18] artistikketagihan: ya…

[03:19] artistikketagihan: alhamdullillah

[03:19] artistikketagihan: tanda syukur

[03:27] artistikketagihan: ya… tuhan maha pengampun lagi maha mengasihani…

[03:28] zulhafidz: bismillahirahmanirrahim

[03:28] zulhafidz: tidurlah sahabatku

[03:29] zulhafidz: dalam ketenangan yg kau cari

[03:29] artistikketagihan: ok..bismillahirahmanirahim…

[03:29] artistikketagihan: terimakasih sahabatku…

[03:29] zulhafidz: assalamualaikum

[03:30] artistikketagihan: waalaikumussalam

ianya membaiki…..  TRUE STORY  =)

aku sentiasa bz mendampingi insan sebegini di dalam masyarakat….mereka tak perlu di hina…mereka perlu di dekati….bukan di perangi…..maafkan aku…jika kau tidak faham..kau dan kau dan kau…dan juga aku sendiri…..wahai pembaca yg budiman… wahai pembaca yg memulakan bacaan dengan bismillah…

kasihan, syahdu, dan tangis keranaNya…sayang..dan kasihan.. dia amat sedih kerana terbuat dosa…tapi aku yakin, jika dia mendapat bimbingan jalan yang benar..tentu dia menjadi hebat… kerana kesedaran dia lebih mendalam…mungkin sedalam yang dia pernah jatuh…… kesedaran dia bukan minimelis…atau retorik normal… juga bukan pada stagnant yang rata…. tetapi graf hidupnya akan memuncak…. semoga ia husnul khatimah…dan juga..nafsulmutmainnah… doakan diri ini juga… =)

(sorry ada email tak sempat nak jawap…nanti saya cuba jawap dalam bahasa tanpa artistik..ngeehee)

…………………………

Glosari:

Artistikketagihan: Salah Seorang hambaNya yang aku kenali… yang pernah tersesat jauh dan cuba mencari jalan hakiki dan jalan sebenar

Oto = Nama penaku dalam kerja seni photo… mungkin penyingkapan Ottoman Empire atau mahu jadi otosan.

Kereta = Kehidupan

Destinasi = PadaNya

Jalan = Laluan Hidup

Pemanduan = Cara Hidup

Signboard = Arahan, Larangan dariNya…melalui kalamNya dan
KekasihNya..

Lain-lain… fikir fikir atas Iman dan Amalmu….

Wallahua’lam.=)

Ps: .tumben k pake hai hai. jgn sll telat mkn! makasih ya!


5 comments June 8th, 2008


Pages

Categories

Links

Feeds

Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Recent Posts

Archives

Meta

Tags

Categories