rahasia | enclosed?
September 3, 2008
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Zulhafidz, rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat
menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada anda! Jika
Ramadhan ini dianggap seperti berniaga, puasa di siang hari adalah
modalnya dan ibadah waktu malam itu adalah untungnya!
Sempena Ramadhan ini, setiap minggu saya akan hantar tips
perniagaan menurut sejarah Islam untuk tatapan anda. Mudahan,
memberi inspirasi dan manfaat dalam meraih 9/10 rezeki melalui
perniagaan.
Salam hormat,
-Irfan Khairi
=============================================
Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf
=============================================
Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf
adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual
unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan
pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh
usahawan-usahawan Yahudi.
Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga
kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke
Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual
pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali
pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa
tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.
Hebat!
Zulhafidz, strategi ini walaupun telah dilakukan pada zaman
Rasulullah, kalau di lihat zaman ini, banyak perniagaan menggunakan
kaedah yang sama. Air Asia adalah antara yang menggunakan kaedah ini.
Cuba fikirkan bagaimana Air Asia mengenakan tambang rendah (ada yang
pada RM0), dan mengenakan bayaran pada produk dan perkhidmatan lain.
Hmmm… nampaknya kaedah Air Asia bukanlah kaedah yang baru
-IK
……………………………
salam alaik. tak sempat nak mengeteh banyok2..
wslm wbt.. =D
Entry Filed under: Uncategorized. Tags: Rahsia, Secret.
Leave a comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Subscribe to the comments via RSS Feed