Di dalam surah Fussilat 41: 11, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap
lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ´Datanglah kamu berdua dengan
tunduk atau terpaksa.´ Keduanya menjawab: ´Kami datang dengan tunduk.´”
Di dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, jilid 9, halaman 5010, Said Hawa
menyatakan: “Sesungguhnya di sana memang sudah ada suatu keyakinan
bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan adalah di dalam
bentuk gas nebula seperti asap. Dan pandangan yang seperti ini boleh
dianggap sahih kerana ia begitu hampir dengan hakikat kalimat ´dukhan´
di dalam al-Quran.´
PENCIPTAAN ALAM SEMESTA
Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik
angkasa) sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai
´Big Bang.´ Ia disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian
dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak
berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada
asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas).
Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan
galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi
bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam
semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak
sengaja adalah sifar.
Al-Quran mengandungi ayat berikut, berkenaan asal kejadian alam
semesta: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai
bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” (surah
Al-Anbiyaa´: 30)
Persamaan di antara ayat Al-Quran dengan teori Big Bang tidak dapat
dinafikan lagi. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab
1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini?
WUJUD JISIM GAS SEBELUM PENCIPTAAN GALAKSI
Ahli sains berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini
dibentuk, yang ada pada mulanya ialah bahan-bahan gas. Dengan kata
lain, bahan-bahan atau awan gas yang besar wujud sebelum pembentukan
galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini, perkataan ´asap´ adalah
lebih sesuai berbanding gas.
Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh
perkataan ´dhukhan´ yang bermaksud asap: “Kemudian Dia menujukan
kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan langit sedang langit itu masih berupa
asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: ´Turutlah kamu
berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau paksa!´ Keduanya
menjawab: ´Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela.´” (Surah
Fussilat: 11)
Lagi sekali, fakta ini juga tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman
Nabi Muhammad s.wa.w. Justeru, dari mana pula sumber ilmu ini?
BENTUK BUMI BULAT
Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun
lamanya, manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka
akan jatuh di tebing bumi. Sir Francis Drake ialah orang pertama yang
membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi
pada tahun 1907.
Lihat maksud petikan ayat al-Quran ini yang membincangkan mengenai
pertukaran siang dan malam: “Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah
SWT memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih
berganti).” (Surah Luqman: 29)
Memasukkan di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara
perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian
begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ia rata, sudah
tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan
perlahan-lahan.
Berikut ialah maksud petikan ayat al-Quran yang juga membayangkan bumi
ini bulat: “Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna
yang sebenar; Dia juga menjadikan malam melingkari siang (dengan
gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya).”
(Surah Az-Zumar: 5)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´kawwara´ bermakna ´untuk
menindihkan´ atau ´melingkari´ - seperti serban yang dilingkarkan
mengelilingi kepala. Penindihan dan pelingkaran malam dan siang hanya
boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi ini bukanlah bulat seperti
bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), iaitu leper di
hujung.
Ayat berikut mengandungi keterangan mengenai bentuk bumi: “Dan bumi
sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.” (surah An-Naazi´aat: 30)*
(*Perkataan Arab dahaha diterjemahkan oleh Mufti Haji Muhammad Noor
Haji Ibrahim sebagai ´dihamparkannya´, yang juga betul. Perkataan
dahaha juga bermakna telur burung unta. Lihat ayat ini yang berkaitan
dengan sifat cahaya matahari dan bulan: “Dialah yang menjadikan
matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya….´
(Surah Yunus: 5))
Perkataan Arab untuk telur di sini ialah ´dahaha´ yang bermaksud telur
burung unta. Bentuk telur buurng unta menyerupai bentuk bumi yang
geo-bulat (geo-spherical). Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi
dengan tepat, walaupun anggapan umum pada masa Al-Quran diturunkan
ialah bumi ini rata.
CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN
Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya
sendiri. Sains kini memberitahu kita bahawa cahaya bulan ialah cahaya
yang dipantulkan. Walau bagaimanapun, fakta ini telah disebut di dalam
al-Quran 1400 tahun dahulu di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Maha
Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran
bintang, dan menjadikan padanya lampu dan bulan yang menerangi.” (Surah
Al-Furqan: 61)
Perkataan Arab untuk matahari di dalam Al-Quran ialah ´syams´. Ia
merujuk kepada ´siraaj´, yang bermaksud api pelita (torch) atau
´wanhaaj ´yang bermakud ´lampu yang menyala´ atau ´diya´ yang bermaksud
´kemegahan yang menyinari.´ Ketiga-tiga keterangan itu memang sesuai
untuk matahari memandangkan ia mengeluarkan haba dan cahaya oleh sebab
kebakaran dalamannya.
Perkataan Arab untuk bulan pula ialah ´qamar´ dan ia diterangkan di
dalam al-Quran sebagai ´muneer´, iaitu sesuatu yang mengeluarkan nur,
iaitu cahaya. Sekali lagi, keterangan al-Quran menyamai sifat semula
jadi bulan yang tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan merupakan
benda yang tidak aktif yang hanya memantulkan cahaya matahari. Tidak
pernah sekalipun di dalam al-Quran, bulan disebut sebagai ´siraaj´,
´wanhaaj´, atau ´diya´ atau matahari sebagai nur atau ´muneer´.
Ini menunjukkan Al-Quran menyedari perbezaan di antara cahaya matahari dan cahaya bulan.
Lihatlah maksud ayat-ayat firman-Nya ini yang berkaitan dengan cahaya matahari dan bulan:
1. “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya.” (Surah Yunus: 5)
2. “Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah
menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Dia menjadikan
padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu
(yang terang benderang).” (Surah Nuh: 15-16)
MATAHARI TIDAK BERPUTAR
Sejak sedemikian lama ahli falsafah dan ahli sains Eropah percaya bumi
ini berkedudukan tetap di tengah-tengah pusat alam semesta dan semua
benda lain beredar mengelilinginya. Di Barat, konsep alam semesta
berpusatkan bumi (geocentric) ini berleluasa dari zaman Ptolemy pada
kurun kedua Sebelum Masihi lagi.
Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus membentangkan teorinya yang
dipanggil Heliocentric Theory of Planetary Motion (Teori Heliocentric
Mengenai Pergerakan Planet), yang mendakwa matahari itu yang
berkedudukan tetap di pusat sistem matahari dengan planet-planet lain
beredar mengelilinginya.
Pada tahun 1609, ahli sains Jerman Yohannus Keppler menerbitkan
Astronomia Nova. Di dalamnya dia menyimpulkan bahawa planet-planet
bukan hanya beredar dalam orbit bujur (elliptical) mengelilingi
matahari, mereka juga berputar di paksinya pada kelajuan yang tidak
menentu. Dengan pengetahuan ini, ahli-ahli sains Eropah mampu
menerangkan secara tepat beberapa corak perjalanan sistem matahari
termasuklah kejadian malam dan siang.
Selepas penemuan-penemuan ini, matahari dianggap sebagai berkedudukan
tetap dan tidak berputar di paksinya seperti bumi. Penulis masih ingat
ketika belajar kesilapan ini dari buku Geografi pada zaman persekolahan
penulis. Lihatlah maksud ayat-ayat al-Quran ini:
“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar *terapung-apung di tempat
edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Surah Al-Anbiyaa: 33)
(*Mufti Haji Muhaamd Noor Haji Ibrahim menterjemahkan beredar terapung-apung). Sila lihat keterangan ini:
Perkataan Arab yang digunakan di atas ialah ´yasbahun´. Perkataan
´yasbahun´ diambil dari perkataan ´sabaha´. Ia membawa makna pergerakan
dari benda-benda yang bergerak. Jika anda menggunakan perkataan itu
untuk manusia, ia tidak bermakna orang itu bergolek tetapi ia bermakna
orang itu berjalan atau berlari. Jika anda menggunakan perkataan itu
untuk manusia di dalam air, ia tidak bermakna orang itu sedang
terapung-apung, tetapi bermakna dia sedang berenang.
Begitu juga, jika anda gunakan perkataan ´yasbah´ untuk benda-benda di
angkasa raya seperti matahari ia tidak bermakna ia terbang melalui
angkasa tetapi ia bermakna berputar sambil bergerak melalui angkasa.
Kebanyakan buku teks telah memasukkan hakikat matahari berputar di atas
paksinya.
Putaran matahari di paksinya boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan
yang boleh mengimbas imej matahari ke atas meja supaya seseorang itu
boleh mengkaji imej matahari tanpa menjadi buta. Kita boleh perhatikan
matahari menyempurnakan putarannya setiap 25 hari, yakni matahari
mengambil masa 25 hari untuk berputar di paksinya.
Sebenarnya, matahari bergerak melalui angkasa pada kelajuan lebih
kurang 150 batu sesaat, dan mengambil masa 200 juta tahun untuk
menyempurnakan satu pusingan mengelilingi pusat galaksi kita iaitu
Galaksi Bima Sakti.
“Dengan ketentuan yang demikian, matahari tidak mudah baginya mengejar
bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap
satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
(Surah Yaa Siin: 40)
Ayat ini memberitahu fakta penting yang ditemui oleh astronomi moden,
iaitu wujudnya orbit tersendiri untuk matahari dan bulan, dan mereka
beredar melalui angkasa dengan pergerakannya sendiri. ´Tempat tetap´,
di mana matahari bergerak menuju ke arahnya dan membawa bersamanya
sistem matahari telah dikenal pasti tempatnya oleh astronomi moden. Ia
digelar Solar Apex. Sistem matahari sesungguhnya bergerak di angkasa ke
arah satu tempat di ´constellation of Hercules ´(alpha layer) yang
telah dikenalpasti dengan sahih di mana letaknya.
Bulan berputar di paksinya dalam tempoh yang sama diambilnya untuk
mengelilingi bumi. Ia mengambil masa 29 1/2 hari untuk menyempurnakan
satu pusingan. Seseorang itu tentunya terkejut dengan ketepatan
saintifik yang ditunjukkan dalam ayat-ayat al-Quran. Justeru, tidak
perlukah kita fikirkan: Apakah sumber ilmu-ilmu yang terkandung di
dalam al-Quran ini?´
MATAHARI AKAN PADAM SELEPAS TEMPOH TERTENTU
Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah
berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa
nanti apabila matahari kelenyapan bahan api yang akan membawa kepupusan
kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini:
´Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan
beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang
Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yaa Siin: 38)
(Mesej yang sama difirmankan oleh Allah s.w.t sebagaimana terkandung di
dalam al-Quran menerusi ayat-ayat 13: 2, 35: 13, 39: 5 and 39: 21)
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah ´mustaqarr´, yang bermakna
tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, al-Quran menyatakan
matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu
akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan -
bermakna ia akan padam atau tamat.
KEWUJUDAN BAHAN DI RUANG ANGKASA
Ruang di luar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai
apa-apa bahan dan vakum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui
kewujudan bahan-bahan yang dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada
gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah elektron bebas dan
ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan bahan
yang keempat (selain daripada tiga keadaan yang diketahui- pepejal,
cecair, dan gas).
Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat: “Tuhan yang
menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.”
(Surah Al-Furqaan: 59)
Amat tidak logik sekali untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan di antara galaksi telah diketahui 1400 tahun dahulu.
ALAM SEMESTA YANG SENTIASA MENGEMBANG
Pada tahun 1925, ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubble,
membentangkan bukti hasil kajiannya bahawa semua galaksi semakin
menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini
sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai
fakta sains.
Inilah yang al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini: “Dan
langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang
kukuh rapi) Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas
tidak terhingga.” (Surah Dzaariyaat: 47)
Perkataan Arab ´musi´u´n diterjemahkan dengan betul kepada
´mengembangkannya´, dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang
amat besar dan sedang mengembang.
Stephen Hawking, dalam bukunya, A Brief History of Time, berkata,
´Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah
satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21.´
Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia
belajar membuat teleskop. Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di
dalam al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di
bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di
bidang astronomi.
Bagaimanapun mereka gagal menyedari bahawa al-Quran diturunkan sebelum
orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain daripada itu, kebanyakan
fakta-fakta saintifik yang disebut di atas mengenai astronomi, seperti
asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab
walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka.
Oleh hal yang demikian itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan
disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang astronomi. Malahan,
yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi
disebut di dalam al-Quran.
GAS HIDROGEN DAN HELIUM DAN PERMULAAN LANGIT DAN BUMI
Salah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan
alam selepas berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahawa
pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan
penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum dengan
neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy
hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan
sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga
sebagai ´primary nebula´.
Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu
didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang sejuta
tahun, gas di angkasa membeku dan kemudiannya bercantum mengikut
proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi.
Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan al-Quran.
PERMULAAN ALAM MENURUT AL-QURAN DAN SAINS
Dalam surah Al-Anbiya ayat 21: 30, Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya
langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian
Kami pisahkan keduanya…”
Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi
telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, ´Atha,
Ad-Dahhak dan Qatadah: “Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada
asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah s.w.t
pisahkan di antara kedua-duanya dan dijadikan di antara kedua-duanya
udara.”
Di dalam Al-Asas fit Tafsir Jilid 7 halaman 3454, Said Hawa telah
mendatangkan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair
berhubung dengan ayat ini: “Bahkan… sebelum ini langit dan bumi melekat
dan bercantum di antara satu dengan yang lainnya. Ketika Allah s.w.t
meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah
s.w.t memisahkan di antara kedua-duanya.”
Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal Al-Jawahi´ yang
ditulisnya sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan: “Apa yang telah
dijelaskan oleh al-Quran dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di
dalamnya, adalah semua bercantum lalu Allah s.w.t pisahkan semuanya. Di
sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat, kerana ilmu ini belum
diketahui kecuali pada zaman sekarang.”
Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa
alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan
mengikut yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
TEORI ´BIG BANG´
Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah
teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah
bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic
explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big
Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan
(expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan
yang seumpamanya
Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of
Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander
Friedmann, telah mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkan lagi
teori Big Bang ini.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah
menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan
menggunakan alat yang canggih, beliau telah mendapati bahawa alam ini
sedang berkembang sekali gus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini
bercantum padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang
menyebabkan pengembangan itu.
Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang
tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Big
Bang. Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh
pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada
tahun 1965.
Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993, dengan
menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai ´COBE
Spacecraft,´ juga telah mengesahkan tentang perkara ini.
Pada hari ini dengan alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti
makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva, banyak kajian baru
yang dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah
mengukuhkan lagi teori Big Bang.
Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu
teori yang berlawanan dengan Big Bang, iaitu, Teori ´Steady State´ yang
mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan, malah berkeadaan sama
sejak dahulu hinggalah sekarang. Pada tahun 1964, dengan penemuan
gelombang-gelombang tertentu di udara yang mengesahkan tentang
kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak.
Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu
adalah bercantum padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah
disebutkan oleh al-Quran.
love to read these :
http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php
http://www.harunyahya.com/en.m_book_index.php
http://www.miraclesofthequran.com/index2.html
Tagged: Astronomi, Big Bang, Ilmu Falak, Islam, Science, Tafsir June 21, 2008
Mulakan bacaan dengan lafaz 
agar hati tenang, pembacaan dengan nada tenang dan dilindungi Allah
dari gangguan syaitan pada hati..dan beroleh hati yang
sejahtera.InsyaAllah.
Berbaik Sangka Sesama Muslim
Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha
Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.
Sama-samalah kita berlumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta
memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman
Allah Ta’ala (yang bermaksud):
“Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]
Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan
syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah,
berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita
untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang
ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu
manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis.
Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia,
menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan
(aqidah) dan perkataan mereka.
Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu
fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik
dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan
prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.
Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus,
tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan
begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti
ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan
perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat,
menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan,
menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa
banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa
berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada
tempatnya.
Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa
kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang,
suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik
rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’
uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara
ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat.
Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan
jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan
maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila
hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka
sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap
seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan
memusnahkan makna mahabbah.
Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah
melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada
lagi sikap saling percaya-mempercayai , bahkan mereka akan sering
berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini
merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan
keutuhan umat.
Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau
amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan
di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka
dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga
kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang
yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak
berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya
terhadap saudaranya.
Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah
dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan,
demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau
sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan
berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu
mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan
setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].
Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim
dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada
bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka
mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka:
“Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata:
‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah:
“Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin,
menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua
yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu
terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan
hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah
hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih
perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam
masyarakat yang bersih dari prasangka.
Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan
yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan
yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram,
wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya seseorang itu dari kalangan orang
yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak
amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini
berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang
sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara
terang-terangan” .
Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka
buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa
berprasangka tidak baik terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik”.
Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: :r‘Telah menulis kepada saya
beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah Hendaklah engkau
meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya
selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan
kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu
tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.
Manhaj ini sangatlah dituntut apabila berdepan dengan orang yang
mempunyai kelebihan dan kebaikan (ulama’, pendakwah dan lain-lain), ini
adalah termasuk dalam fiqh Al-Maqasid dan niat, yang mungkin tidak
disedari oleh setengah golongan, menyebabkan mereka sering menjatuhkan
hukuman salah ke atas orang lain dengan tidak mengambil kira keadaan,
niat dan tujuan orang tersebut.
Mungkin kesalahan itu merupakan satu perkara yang tidak disengajakan
dan beliau tidak bermaksud dengan kejahatan sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim rh dengan katanya: “Satu kalimah yang
sama, diucapkan oleh dua orang yang berbeza, seorang bermaksud dengan
kebatilan dan seorang lagi bermaksud dengan kebenaran, yang diambil
kira (iktibar) ialah cara, pemikiran, mazhab dan ideologi yang didokong
oleh orang yang berucap juga pegangan yang dipertahankannya” .
Kerana itu tidak dihukum kafir seorang yang kerana terlalu gembira
sehingga tersalah mengatakan: ‘Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah
tuhanMu’, kerana dia tidak bermaksud menjadikan dirinya sebagai tuhan.
Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyah rh menukilkan tulisan orang yang
bercanggah dengan pendapatnya kemudian beliau mengatakan: “Kalam ini
terlalu umum, orang yang inginkan kebenaran akan meletakkannya di
tempat yang baik dan sebaliknya orang tidak menginginkan kebenaran akan
memasukkan (menambah, menafsir, mentakwil) nya dengan bermacam-macam…”.
Inilah manhaj yang tinggi, sikap terbuka yang telah diterima oleh
As-Salafussoleh. .. adil dan insaf yang telah digariskan oleh ulama’
ummah… mereka telah meletakkan perkataan yang mengandungi berbagai
maksud di tempat yang baik… melapangkan dada yang terbuka, bebas dari
pengaruh hawa nafsu, baik diri dan menasihati ummah… di mana kita
dengan manhaj ini?
Bukan dari manhaj salaf menambah (menafsir, menghurai..) kan lafaz
(yang tidak disebut) sehinggakan mengubah maksud, gembira dengan
menyebarkan kesilapan orang dan bermuamalah sesama muslim dengan su’
uzzan, sangkaan jahat.
Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan
orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan
dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau
mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud
yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah!
Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam
diri orang lain?.
Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk
memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang
Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia
tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir,
inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka
dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.
Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada
Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab
ra berkata: “Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw
diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang
hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu,
sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan
dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang
tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang
menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya,
walaupun dia berkata niatnya baik”.
Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap
kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya,
sentiasalah mengingati firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan
janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. [Al-Isra’ 36].
Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang
paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam
suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada
di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan
mempunyai hati yang busuk.
Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan
dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan
tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya,
akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka
dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga
sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan
menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.
Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan
dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah,
membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan
menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.
Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di
zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan
(wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan
satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi
cabaran dari dalam dan luar.
Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan
orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah
dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata
orang dahulu: ‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’.
Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya
sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, firman Allah
Taala (yang bermaksud): “Dan
orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman
dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta
dan berbuat dosa yang amat nyata”. [Al-Ahzab 58].
Setelah jelas kepada kita –wahai saudara- bahawa buruk sangka adalah
satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk
membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.
Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia,
jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan
atau hukuman. Sekiranya engkau tersalah kerana berbaik sangka adalah
lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk
sangka. Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat
sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara
mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk
meletakkannya di tempat yang baik”.
Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan
manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek
keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam
dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan
meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha
Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Mereka tidak lain hanyalah
mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak
dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. [An-Najmi, 28].
Sumber:
PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW
Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti
(Imam Masjid An-Nabawi)
……………………………………….
Mengapa Perlu Sangka Buruk ?
Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika
diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi
s.a.w bersabda :-
Ertinya : “Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang
berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” (Riwayat
At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)
Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau
cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam
senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya
sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya
tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya
agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.
Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku :
mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk” lalu seorang lelaki
bertanya : “apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?”
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah
kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu
membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku,
abaikan dan jangan endahkannya” ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ;
Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-
Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat
melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka
apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya,
bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu
bersangka jangan kamu membenarkannya” ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar
: hadis mursal, Albani : Dhoif)
Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk
itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap
orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu
sudah membenarkannya
SANGKA BURUK YANG HARUS
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi
keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’.
Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk’ apabila
melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada
kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil
penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak
berdosa.
Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru.
Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi
beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan
mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan
calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV)
sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup
menarik sekali.
Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya
perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk
mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya
interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami
daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi
benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.
SANGKA BURUK YANG HARAM
Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh
perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu
yang dijadikan sasarannya.
Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda
seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang
dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam
membuat sesuatu perkara.
Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh
berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan
diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah
dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.
JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK
Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik
kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya
di zaman isu politik sentiasa hangat.
Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik
segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan
politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang
benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.
Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu
tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian
kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar
dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat
jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.
Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat
oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak
pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian
mereka.
Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran
Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun
lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas
berkata :-
“Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu”
Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak,
sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa
(kononnya).
Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan
kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi,
mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut
atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik,
tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka
buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan
diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang
sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.
JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN
Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh
lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini
kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan
dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.
Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah
Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain.
Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis
mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika
pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.
Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan
masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh
pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan
ditakwilkan sejahatnya.
Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku
kepada S.S Mufti Perlis. Akhir-akhirnya ini S.S Mufti Perlis semakin
berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat
sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,
*Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihnraya 8 Mac,
iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu
barulah dia bersuara untuk ‘membodek’ kerajaan pakatan rakyat untuk
melantiknya pula.
*Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin
pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di
penghujung.
*Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi,
nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!” Tempelak mereka.
Dan macam-macam lagi.
Saya kerap dengar komen “mengapa baru sekarang!!?” sebagai hujjah
untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?
Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.
Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, Overridding Commission
dalam MLM, Pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata
“Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu
awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak
sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join
skim lain dan sekarang dah rugi kot” Katanya.
Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan
sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu
baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?
Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan
kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa
dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang
menghinggapi kita lalu berkata
“hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.
Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja:
Mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.
Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.
Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.
Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.
JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN
Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah
mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan
seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.
Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya
dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan
haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada
saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim
haram.
Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :”puas aku fikir dan cari
di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini
sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia
hendak sebenarnya?”
“akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni”
Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman
ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di
sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup
bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.
Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.
Sebagai contoh lain.
Ada yang menghantar sms, email atau melalui system sms 33221 bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-
a- “Ustaz ada dengar tak slot Dr Zainol Hadja pengasas ayam organik di
radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang
tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang
dakwaan Dr Zainol dan perjuangannya memartabatkan makanan yang
betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak
perkayakan diri sendiri jer”
b- “PPIM ni sebenarnya ustaz bukan nak perjuang isu kepenggunaan Islam,
mereka nak jual nama persatuan mereka, lepas ni senang nak dapat budjet”
c- “Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang
begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!”, simpul
seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)
d- “eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak’ dari
penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual
agamanya untuk popular di televisyen”
e- “Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya
mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu
tidak berani berterus terang”
f- “Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan
jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah
ke?” Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.
g- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa :
“jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah
sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan”
Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma
beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad
begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita
bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada
seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka
buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.
Ada tersirat ke?
Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal, apa
salahnya. Selagi mana zahir tindakan semua mereka tadi adalah baik dan
menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar
bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah
dosa dan menyubur kebencian di hati.
Allah swt mengingatkan :-
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa…” [Surah al-Hujurat, ayat 12]
Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :
Ertinya : “Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha
bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam” (
Tafsir Ar-Razi, 28/115 )
Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran
dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati
seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal
dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh
imam Ar-Razi tadi.
Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.
Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati
busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk
seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :
“Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah” ( Sebagai tanda tidak
puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),
Baginda menjawab : “Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah.”
Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata
“Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada
pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :
Baginda menjawab : “Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat”.
Khalid berkata : “Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya
berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya
(merujuk kepada orang munafiq)”
Baginda membalas :-
Ertinya : “Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka” ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-
Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan
mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya
dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )
KESIMPULANNYA
Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa.
Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan
Allah.
Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang
mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka
sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “”Ini adalah suatu berita bohong
yang nyata.
( An-Nur : 12 )
Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang
berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah
dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan
dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada
kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat
kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya
anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia
dinamakan berhati-hati yang sebenar.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
12 Mei 2008
Tagged: Berbaik Sangka, Buruk Sangka, Husnuzon, Su'uzon June 19, 2008
[01:54] artistikketagihan: pandangan dalam “mencari
erti kebabasan dalam diri…” terangkan pade aku oto…
[01:54] artistikketagihan:
aslalamualaikum..
[01:55] zulhafidz: waalaikumussalam
[01:55] zulhafidz: pekabo?
[01:55] artistikketagihan: baik..
[01:55] artistikketagihan: pandangan dalam “mencari
erti kebabasan dalam diri…” terangkan pade aku oto…
[01:55] zulhafidz: erti kebebasan dalam diri
[01:55] zulhafidz: pandangan aku
[01:55] artistikketagihan: yup..
[01:56] zulhafidz: bergantung pada erti kebebasan yg diri
nak
[01:56] zulhafidz: dan situasi
[01:56] zulhafidz: dan suasana
[01:56] artistikketagihan: maksud ko?
[01:56] zulhafidz: contoh mcm seorang penagih
[01:56] zulhafidz: dalam diri dia sebenarnya dia nak bebas
dari ketagihan
[01:57] zulhafidz: situasi dia… dia
“terperangkap” pada mulanya dengan penagihan
[01:57] zulhafidz: “suasana” semasa awalnya dia
rasa tidak terperangkap bahkan bebas
[01:57] zulhafidz: tapi lama-lama
[01:57] zulhafidz: “suasana” itu berubah
[01:57] zulhafidz: bila dia mula sedar dia terperangkap
dengan ketagihan
[01:57] zulhafidz: dan waktu itu dia mencari kebebasan dalam
diri dia
[01:58] zulhafidz: agar dia boleh lepas dari perangkap
[01:58] zulhafidz: lalu bebas
[01:58] zulhafidz: dalam diri
[01:58] zulhafidz: sendiri
[01:58] zulhafidz: contoh dua
[01:58] artistikketagihan: ermm..
[01:58] zulhafidz: hmm
[01:59] zulhafidz: ape ye
[01:59] zulhafidz: hehe
[01:59] artistikketagihan: kebebasan berarti ade dlm diri
sendiri?
[01:59] zulhafidz: yes
[02:00] zulhafidz: langsungnya di liputi oleh kawalan juga
[02:00] artistikketagihan: bagaimane klu sesuatu kebebasan
di sekat oleh individu lain..
[02:00] zulhafidz: lihat pada sekatan itu
[02:00] zulhafidz: kenapa ada sekatan
[02:00] zulhafidz: bagaimana individu itu menyekat
[02:00] artistikketagihan: contoh
[02:00] zulhafidz: apakah jenis sekatan
[02:01] artistikketagihan: agama/sistem
[02:01] artistikketagihan: dan perundangan
[02:01] zulhafidz: jika sekatan itu agama
[02:01] zulhafidz: aku pasti ianya baik
[02:02] zulhafidz: sbb agama itu turun dari pencipta manusia
[02:02] zulhafidz: untuk kebaikan manusia
[02:02] zulhafidz: seperti mana
[02:02] zulhafidz: sebuah komputer
[02:02] zulhafidz: dari kilang apple
[02:02] zulhafidz: akan diberikan sama dengan guideline dari
kilang apple
[02:02] zulhafidz: jika ada masalah pada komputer
[02:02] zulhafidz: itu
[02:02] zulhafidz: makanya akan rujuk pada guideline yg
diberikan
[02:03] zulhafidz: takboleh plak nak rujuk buku manual dari
komputer biasa
[02:03] artistikketagihan: ia akan di kembalikan dan di
betulkan
[02:03] zulhafidz: sama jugak kalo guna kereta proton
[02:03] zulhafidz: tentu rujuk dari kilang proton
[02:03] zulhafidz: kilang di mana ia tercipta
[02:03] zulhafidz: bukan dari kilang toyota
[02:03] zulhafidz: hehe
[02:03] artistikketagihan: ok.
[02:03] zulhafidz: yep
[02:03] artistikketagihan: aku sgt faham maksud ko..
[02:03] zulhafidz: akan dikembaikan dan dibetulkan
[02:04] zulhafidz: setuju dgn statement ko tu
[02:04] zulhafidz: best
[02:04] artistikketagihan: berarti kita tak perlu bebas di
atas muka bumi ini?
[02:04] zulhafidz: bebas tapi terbatas
[02:04] zulhafidz: banyak maksud
[02:05] zulhafidz: masih bebas mencari rezeki, tetapi ada
hadnya
[02:05] zulhafidz: masih bebas untuk berpakaian, tapi ada
had nya
[02:05] zulhafidz: seperti kereta
[02:05] zulhafidz: kau bebas memandu kemana saja
[02:05] zulhafidz: tapi ada hadnya, jika tidak…ia rosak
[02:05] zulhafidz: dan dalam pemanduan ke destinasi
[02:05] artistikketagihan: ya!!!!
[02:05] zulhafidz: ada panduan signboard
[02:06] zulhafidz: sebagai peringatan
[02:06] artistikketagihan: arah
[02:06] zulhafidz: untuk sampai ke destinasi
[02:06] zulhafidz: ada slow
[02:06] zulhafidz: ada speed control
[02:06] zulhafidz: ada arah
[02:06] zulhafidz: bahkan tanda putus2 pada jalan tu pun
[02:06] zulhafidz: guide
[02:06] zulhafidz: agar tak masuk jalan sebelah
[02:06] zulhafidz: tersesat
[02:06] zulhafidz: boleh cari arah semula
[02:06] zulhafidz: untuk sampai ke destinasi
[02:07] artistikketagihan: ya..amat sempurna..
[02:07] zulhafidz: ………….
[02:07] artistikketagihan: hanya untuk buakaan minda aku..
[02:07] zulhafidz: aku pon dapat jugak
[02:07] zulhafidz: terima kasih amat
[02:08] artistikketagihan: supaya aku tidak terus melanggar
line jalan..
[02:08] zulhafidz: tak ape
[02:08] zulhafidz: semua manusia pernah terlanggar dan
melanggar …
[02:08] zulhafidz: bahkan mungkin lebih dalam dari kao
[02:08] zulhafidz: mungkin lebih jauh terpatah arah dari kao
[02:08] zulhafidz: slow2 kita cari jalan
[02:08] zulhafidz: heh
[02:09] artistikketagihan: aku takut ada kereta laju di
depan ku ingin melanggarku..
[02:09] artistikketagihan:
aku takut
[02:09] zulhafidz:
jgn takut sgt
[02:09] zulhafidz: anggap ini tanda tuhan sayangkan ko
[02:09] zulhafidz: agar tak terus dilanggar kereta laju tu
[02:10] artistikketagihan: oh ya..
[02:10] artistikketagihan: so aku kne trus ngan kelajuanku?
[02:12] artistikketagihan: tanpa kembali kejalan asalku?
[02:12] zulhafidz: ….
[02:12] zulhafidz: pada peringkat awal
[02:13] zulhafidz: bukan meneruskan kelajuan
[02:13] zulhafidz: tapi mengawal pemanduan
[02:13] zulhafidz: dan berhati2 mengikut signboard
[02:13] zulhafidz: kelajuan sederhana
[02:13] zulhafidz: agar bila tersalah arah..tidak terlajak
jauh
[02:14] artistikketagihan: tetapi dalam situasi sekang aku
[02:14] artistikketagihan: dalam keadaan melangar line jalan
dan menuju kejalan sbelah
[02:14] zulhafidz: kembali ke jalan asal
[02:14] zulhafidz: punca dan pangkal
[02:14] zulhafidz: serta “punca” kuasa
[02:15] zulhafidz: kehidupan dan kematian
[02:15] artistikketagihan: antara jalan telah ditetapkan
untuk aku pilih?
[02:15] zulhafidz: tentunya jalan kebaikan
[02:15] zulhafidz: untuk diri
[02:15] zulhafidz: pada masa depan
[02:15] zulhafidz: yg hidup
[02:15] zulhafidz: dan masa depan
[02:15] zulhafidz: setelah mati
[02:16] zulhafidz: setelah enjin berhenti seketika
[02:16] zulhafidz: untuk meneruskan perjalanan abadi
[02:17] zulhafidz: tentunya kereta kau akan berhenti kan?
[02:17] zulhafidz: kau akan keluar dari kereta
[02:17] artistikketagihan: oya
[02:18] zulhafidz: selepas keluar dari kereta
[02:18] zulhafidz: ke mana kita?
[02:18] zulhafidz:
dan tentunya dalam perjalanan itu
[02:18] zulhafidz: ada gangguan
[02:19] zulhafidz: yg telah ditentukan
[02:19] zulhafidz: mungkin ada halangan perjalanan
[02:19] zulhafidz: duri
[02:19] zulhafidz: paku
[02:19] zulhafidz: tajam
[02:19] zulhafidz: mengempiskan tayar
[02:19] zulhafidz: tapi kau masih tetap perlu meneruskan
perjalanan
[02:19] zulhafidz: maka kau akan buang paku tajam
[02:19] zulhafidz: repair semula tayar
[02:19] artistikketagihan: ya…
[02:20] artistikketagihan: tetapi itu adanya dugaan
[02:20] artistikketagihan: menaiki kereta
[02:20] zulhafidz: yep
[02:20] zulhafidz: kadang ada penumpang yg baik
[02:20] zulhafidz: kadang ada penumpang yg menggangu
perjalanan dan pemanduan
[02:20] artistikketagihan: menolong
[02:20] artistikketagihan: tapi klu takada kita akan
berusaha sendiri..
[02:21] artistikketagihan: untuk membetulkanya.
[02:21] zulhafidz: tapi kau diberikan dan diizinkanNya untuk
tefikir pemanduan kao
[02:21] zulhafidz: maka itu tanda pertama yg diberikanNya
[02:22] artistikketagihan: aku cuba berusaha
[02:22] zulhafidz: Dia Maha Pengasih
[02:22] zulhafidz: oksigen masih free
[02:22] zulhafidz: walaupun minyak naik harga
[02:22] zulhafidz: …..
[02:22] artistikketagihan: untuk membawa pemanduan ini
kejalan yang hakiki
[02:23] artistikketagihan: oto thanks byak2
[02:23] zulhafidz: artistik pulak bahasa aku mlm nie
[02:23] artistikketagihan: aku cuba untuk lahir semula
[02:23] zulhafidz: aku pun masih merangkak dalam perjalanan
ke destinasi
[02:23] artistikketagihan: dan bukakan minda aku dengan
cebisan ilmu dari kamu
[02:24] artistikketagihan: terimakasih sgt…
[02:24] zulhafidz: aku akan sentiasa
[02:24] artistikketagihan: ko tak wish bday aku pon smlam
[02:24] zulhafidz: cuba bimbing yg aku mampu
[02:24] artistikketagihan: hahahhahah
[02:24] zulhafidz: alamak
[02:24] zulhafidz: yeke
[02:24] zulhafidz: selamat ulang tahun keluar dari perut mak
[02:24] zulhafidz: dah ciom mak?
[02:24] artistikketagihan:
aku jauh..
[02:25] artistikketagihan: nk cium jauh..
[02:25] artistikketagihan:
aku rindu mak aku..
[02:25] artistikketagihan: aku rindu mak aku..
[02:25] artistikketagihan: terima kasih kerana menjadi polis
di jalanan
[02:25] zulhafidz: sama-sama cuba
[02:25] zulhafidz: secara perlahan
[02:25] zulhafidz: apa yg terdaya
[02:25] zulhafidz: untuk kasihkan rakan
[02:25] zulhafidz: dunia dan akhirat
[02:25] artistikketagihan: ya aku mahukan itu..
[02:25] artistikketagihan: mahukan apa yang abadi buat aku..
[02:25] zulhafidz: teruskan kerja seni kau
[02:26] zulhafidz: kerana seni itu indah
[02:26] zulhafidz: tambah pula seni berjiwa
[02:26] artistikketagihan: yaaa,,
[02:26] zulhafidz: dan juga jiwa berseni
[02:26] zulhafidz: kehidupan itu sendiri satu seni Maha Agung
[02:26] zulhafidz: yg
bisa dinikmati… sementara dan….tentunya
[02:26] zulhafidz: selamanya
[02:26] artistikketagihan: amin
[02:31] artistikketagihan:
syukur kepada tuhan
[02:31] zulhafidz: syukur
[02:31] zulhafidz: dia mengurniakan hidayahNya kepada
sesiapa yang dia mahu… Maha Pengasih Maha Penyayang…Dia… kau sujudlah pada dia malam ini, jika kau
rasa malam ini… kelahiran baru kau semula ke arahNya…
[02:31] artistikketagihan: lalu kau menjadi sahabatku untuk perjalananku dan destinasiku yg baru ku sedar dan ku tahu…
[02:31] zulhafidz: Jika itu takdirnya, aku redha dan aku cuba sedaya upayaku, untuk sama-sama kita tiba di destinasi, tanpa kerosakan kereta yang teruk dan kerosakan yang sempat diperbaiki sebelum ia diambil semula… kau istimewa bagiku
[02:31] artistikketagihan: punca kuasa yang menggerakkan hatiku kepadamu sahabat baru ku..alhamdulillah.aku masih hidup sbg minimelis…
…………chat terhenti… artistikketagihan menangis.. dan aku turut menangis merasakan MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG… memberikan HidayahNya kepada sesiapa yang Dia mahu…
…….
[02:41] artistikketagihan: urmm
[02:41] artistikketagihan: aku bkan polis
[02:41] artistikketagihan: hanya
[02:41] artistikketagihan: polis bantuan
[03:05] artistikketagihan: ilang pertimbgn
[03:05] artistikketagihan: btul
[03:05] artistikketagihan: aku jahat..
[03:06] zulhafidz: Dia Maha Pengampun
[03:06] zulhafidz: waktu begini
[03:06] zulhafidz: kau jangan dengar kata syaitan
[03:06] zulhafidz: lawan
[03:06] zulhafidz: jgn terlalu takut
[03:06] zulhafidz: atau terkenang dosa secara melampau.. kau
terkenang boleh..tapi kau terus tadah tangan padaNya..minta keampunanNya..
[03:06] artistikketagihan: dosa besa kecik
[03:06] zulhafidz: dosa terhapus
[03:06] artistikketagihan: smua dah ade
[03:07] artistikketagihan: dosa ngan manusia lagi..
[03:07] zulhafidz: bukankah kau tahu ada yg bunuh 99 orang
[03:07] zulhafidz: tetapi dosa dia tetap terampun?
[03:07] zulhafidz: =)
[03:07] zulhafidz: jgn bimbang
[03:07] artistikketagihan: betul ke?
[03:08] zulhafidz: ya!
[03:08] zulhafidz: itu kisah benar
[03:08] artistikketagihan: aku sangat jahil tentang ini
[03:09] artistikketagihan: urm..
[03:09] artistikketagihan: moga Allah beri dengan jelas atas
petunjuknya ini..
[03:11] artistikketagihan: aku ingin mula….
[03:11] artistikketagihan: amin….
[03:11] zulhafidz: mungkin ada 1 kebaikan yg kau buat yang
Dia menyembunyikan RahmatNya untuk kau.. Dia juga sembunyikan murkaNya dalam
kejahatan-kejahatan kau…
[03:11] zulhafidz: lalu Dia
[03:11] zulhafidz: memberikan jalan baru kau ni
[03:12] artistikketagihan: insyaallah..
[03:13] artistikketagihan: esok hari baru buat aku..
[03:13] zulhafidz: tidur
[03:13] zulhafidz: sebelum tidur
[03:13] zulhafidz: cuba kau wuduk
[03:13] zulhafidz: dan tidur
[03:13] zulhafidz: esok hari baru
[03:13] zulhafidz: tinggalkan semalam
[03:13] zulhafidz: sebagai satu catatan
[03:14] artistikketagihan: ya aku dipersinggahkan kereta ini di rNr keindahan dan ketenangan…..poster mu ttg HIDUP..
[03:18] artistikketagihan: tuhan memberikan satu kemahiran
sahabat aku ini…
[03:18] artistikketagihan: tahniah
[03:18] zulhafidz: kau juga
[03:18] zulhafidz: ada kelebihan yg aku tak ada
[03:18] artistikketagihan: aku cukup kagum…
[03:18] zulhafidz: kau kagumlah pada Pencipta aku..Pencipta
Kau..Pencipta seluruh Alam ini..yg Maha Esa…. aku akan binasa…tak tahu bila.. jika kau kagum pada ku…setelah aku binasa..hilanglah kekagumanmu… tetaplah kau kagum pada Dia..
[03:18] artistikketagihan: ya…
[03:19] artistikketagihan: alhamdullillah
[03:19] artistikketagihan: tanda syukur
[03:27] artistikketagihan: ya… tuhan maha pengampun lagi maha mengasihani…
[03:28] zulhafidz: bismillahirahmanirrahim
[03:28] zulhafidz: tidurlah sahabatku
[03:29] zulhafidz: dalam ketenangan yg kau cari
[03:29] artistikketagihan: ok..bismillahirahmanirahim…
[03:29] artistikketagihan: terimakasih sahabatku…
[03:29] zulhafidz: assalamualaikum
[03:30] artistikketagihan: waalaikumussalam
ianya membaiki….. TRUE STORY =)
aku sentiasa bz mendampingi insan sebegini di dalam masyarakat….mereka tak perlu di hina…mereka perlu di dekati….bukan di perangi…..maafkan aku…jika kau tidak faham..kau dan kau dan kau…dan juga aku sendiri…..wahai pembaca yg budiman… wahai pembaca yg memulakan bacaan dengan bismillah…
kasihan, syahdu, dan tangis keranaNya…sayang..dan kasihan.. dia amat sedih kerana terbuat dosa…tapi aku yakin, jika dia mendapat bimbingan jalan yang benar..tentu dia menjadi hebat… kerana kesedaran dia lebih mendalam…mungkin sedalam yang dia pernah jatuh…… kesedaran dia bukan minimelis…atau retorik normal… juga bukan pada stagnant yang rata…. tetapi graf hidupnya akan memuncak…. semoga ia husnul khatimah…dan juga..nafsulmutmainnah… doakan diri ini juga… =)
(sorry ada email tak sempat nak jawap…nanti saya cuba jawap dalam bahasa tanpa artistik..ngeehee)
…………………………
Glosari:
Artistikketagihan: Salah Seorang hambaNya yang aku kenali… yang pernah tersesat jauh dan cuba mencari jalan hakiki dan jalan sebenar
Oto = Nama penaku dalam kerja seni photo… mungkin penyingkapan Ottoman Empire atau mahu jadi otosan.
Kereta = Kehidupan
Destinasi = PadaNya
Jalan = Laluan Hidup
Pemanduan = Cara Hidup
Signboard = Arahan, Larangan dariNya…melalui kalamNya dan
KekasihNya..
Lain-lain… fikir fikir atas Iman dan Amalmu….
Wallahua’lam.=)
Ps: .tumben k pake hai hai. jgn sll telat mkn! makasih ya!
Tagged: Artistik, Hidayah, Pulang Ke Pangkal June 8, 2008
Assalamualaikum,
Minggu ni, ada pengalaman sket ttg benda baru dalam hidup saya, walaupun sebelum-sebelum ni ada pengalaman-pengalaman ttg perkara ni, tetapi tidaklah secara direct… yang ada pun, orang datang baca baca bawak mcm sarang burung ada paku….dan paku tu bergerak gerak mencari “benda” yang tertanam dirumah…tentu boleh agak la tu kalau sebut “benda”….
Ilmu sihir, ilmu sihir mempunyai kaitan rapat dengan waktu malam. ada pesanan supaya kita menjauhkan diri dari keluar rumah waktu malam atau lewat malam tanpa urusan penting. kerana dalam kepekatan malam, terlalu banyak bahaya dan unsur yang membolehkan diri terjerumus kedalam fitnah.. umum sedia maklum, fitnah banyak maknanya, ujian, dugaan, godaan, juga termasuk dalam kata fitnah dari nahu bahasa arablah….
baru-baru ni, kisah seorang rakan, dia pun tak sedar perkara ni berlaku, walhal dia seorang yg dikatakan mengamalkan cara hidup yang sihat, tetapi 2 bulan lalu, dia didatangi batuk yang “maintain” waktunya… gi check doktor, ok..makan ubat batuk…still batuk… Allah s.w.t tak izinkan dia sihat dgn cara tu..
lalu… pergilah ke darul syifa’… niatnya, hanya nak scan-scan.. yelahkan… selain perubatan moden…perubatan islam darul syifa’ ni sangat terkenal… mengubati jangkitan virus tak terlihat oleh mikroskop… yep, makhluk halus… lebih halus dari bakteria…makanya.. guna mikroskop pon tak nampak la kan?
kali pertama jejak kaki, terasa bahang suam-suam…panas ada..sejuk ada.. wallahua’lam..becampur baur keberkatan ayat-ayat suci al-quran dan juga jin-jin atau syaitan yg terlepas dari badan sesiapa agaknya…
satu ruang lapang… dikelilingi ramai pesakit dan pembawa pesakit (bukan pembawa penyakit)…. kelihatan seorang budak remaja…lingkungan belasan tahun, duduk bersila…mukanya suram…mcm baru lepas balik jogging pastu tak mandi…
dalam suasana senyap, kedengaran ayat surah al-baqarah… seorang pemuda bermuka jernih, saya gelar dia ustaz.. meletakkan tangannya keatas kepala budak itu.. jelas bacaan ayat al-qurannya…tiada kemenyan…tiada bilik gelap..semuanya dilakukan ditempat terang dan terbuka kepada mata zahir…..oh..inilah perubatan islam sebenar..
waktu sampai di ubun-ubun…kepala remaja itu tersentak…seolah olah ditarik oleh tangan ustaz tu…tetapi secara zahir..tangan ustaz itu tidak tersentuh pun pada kulit atau rambut budak tu… nafas budak tu tersekat sekat… kemudian ustaz itu bersuara..
” ini kena tambah ayat ni… mungkin dah lama “makhluk” ni bersarang dalam diri dia nie”
dengan wajah separuh berkerut dan separuh tenang, mulut ustaz terus kedengaran bacaan al-baqarah lagi…kali ini sampai kepada “ayat kursi”…
baru separuh ayat… tup…budak tu rebah…
tangan ustaz tu sempat menahan dari dia terhentak kepala..
“pitam agaknya budak ni”… dia terus dibaringkan…
ustaz terus membaca ayat kursi … jelas kedengaran walaupun agak suram bacaannya..
sekujur tubuh bebaring…tangan ustaz terus turun melewati bahagian dada, kepada perut, dan kaki…. dipicit hujung jari kakinya… ayat kursi diulang lagi…
lutut budak itu terangkat…sedangkan dia pitam… subhanallah.. ada makhluk lain menumpang badan budak ini….
tangan ustaz kembali naik ke atas…perlahan-lahan dari kaki ke lutut dan kemudian…sampai ke perut..
“astaghfirullah”!!… orang ramai turut terkejut tiba-tiba ustaz terkasar sikit suaranya..agak tinggi nadanya..
srappp!!… badan budak itu seolah meronta sekali dan perutnya naik turun….mcm orang baru lepas berlari 10km…
“wahai makluk Allah… keluarlah engkau dari jasad manusia ini, engkau tidak berupaya melainkan dengan izin Allah s.w.t untuk mengganggu anak adam” aku memberimu amaran… ayat-ayat suci al-quran… akan terus melewati mu… tidakkah kamu ingat akan Nabi Sulaiman? seluruh keturunanmu tidak berani ingkar kerana jika ingkar..kamu akan terbakar dan lebur”…
Salamun a’la Sulaimana fil a’lamin.
Perut itu masih bergerak…naik turun… agaknya “makhluk itu” terperangkap ataupun cuma makan isi dalam perut anak adam itu…..tak tahu lah.. wallahua’lam…
makin surut..perlahan perut itu turun..
ustaz itu terus membaca ayat kursi.. kali ini lebih kuat dan nyaring bacaan…
dan terus…tangannya seperti mencampakkan sesuatu keluar..
sambil mengambil air..ustaz itu membaca al-fatihah..dan sapukan ke muka budak itu….
dengan izin Allah s.w.t…. matanya terbuka… mukanya pucat dan dia kata perutnya panas….. mungkin terkesan sedikit… jin itu terbakar oleh ayat kursi…
(ayat kursi, diriwayatkan sewaktu dibawa turun dari langir..70ribu malaikat membawanya… dan semua jin merasa bahang kepanasan)
Rujuk Ceramah dr.Ismail Kamus.
Alam Jin 1
Alam Jin 2
Alam Jin 3
sambung cerita…
rakan saya pula, dia pun kemudiannya “scan” lah jugak… ustaz tu kata..oh..ni level rendah ni..tapi tak apa.. kita cuba dengan izin Allah s.w.t..
dalam keadaan merangkak, ustaz tu baca surah al-fatihah dan al-baqarah 10 ayat pertama..
dia dalam keadaan merangkak, ada kain hitam dibawah dadanya… lalu bila habis ayat..ustaz tu tepuk belakang dia…
“tersedak-sedak” tapi tak keluar apa-apa dari mulut dia…..
“cuba lihat pada kain”..
Astaghfirullah… ada serpihan kaca halus-halus… seperti ketulan gula….
“Inilah santau.. orang ilmu sihir… tumbuk kaca… dan dia hantar menggunakan jin melalui angin”.. mungkin makan tak baca bismillah di kedai-kedai kot?
rakan saya merah mukanya..
(pengamal perubatan islam, tiada unsur NUJUM, iaitu mengetahui siapa hantar atau siapa yang “santau”.. kerana tiada yang mengetahui alam ghaib kecuali Allah s.w.t… dan jika ada unsur NUJUM… itu salah, boleh menimbulkan perpecahan didalam masyarakat dan FITNAH MEMFITNAH…) redha saja sebagai ujian dari Allah s.w.t dan peringatan…. mau makan? mulakan dengan bismillah… makan dengan tangan..
makan dengan tangan sunnah….. jika makan dgn sudu..sudah tinggal satu sunnah dan sunnah-sunnah berikutnya….
sbb..makan dgn tangan ..boleh sunnah jilat jari… jika makan pakai sudu.. sila lah jilat sudu… =D
jadi..begitulah serba sedikit pengalaman…walaupun ada pengalaman lebih hebat lagi tentang perkara sihir ini… nantilah jika ada masa..boleh la share kot?
Hendaklah seyakin-yakinnya, segala-galanya berlaku dengan izin Allah s.w.t..
maka amalkanlah, lazimkanlah membaca ayat kursi, selawat, dan fahami makna ayat… betulkan bacaan… salah baca….jin pun tak takut ..
wallahua’lam..
MEMAGARI DIRI DARI
SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di
nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri
anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir
mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama
(1)
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar
(kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah.
Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut,
makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah
S.A.W. yang berbunyi:
‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang
terkena pada hari itu’.
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan
terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang
berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.
Sabda Rasulullah
S.A.W.:
Ertinya: ‘Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan
menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang
bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci”
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad
yang baik]
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat
berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan
seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil
lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang
untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia
akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.’
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar
Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-
mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam
boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila
syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah
seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan
syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah
S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang
tidur hingga
ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun
bersabda: Ertinya: ‘Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya’
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima
(5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu
ia
akan cuba
sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang
muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang
mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan
tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh
syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan
membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: ‘Dengan nama Allah.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan
gangguan syaitan’.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
betina.
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
‘Ya
Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya’
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat
al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap
Dalam satu
hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu
Hurairah:
‘Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
‘Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri
sememangnya
penipu’
[Riwayat al Bukhari.]
YANG BAIK ITU DARI
ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI DAN GANGGUAN SYAITAN YANG MENGGANGGU.
Tagged: Dengki, Ilmu Hitam, Irihati, Khianat, Ma Ahsanta. Sihir May 29, 2008
Menara Berkembar Petronas, menjadi daya tarikan bagi
para pelabur asing di Malaysia. Di situ terletak pentabdiran aktiviti
perdagangan utama Malaysia dalam bidang petroleum. Pekerjanya, dari
pelbagai bangsa dan keturunan bahkan pelbagai kepercayaan.
Smith, bukan nama sebenar, bekerja sebagai engineer di bahagian cari
gali. Kerjanya memerhatikan proses dan penjadualan cari gali minyak di
seluruh pusat cari gali luar pantai milik petronas.
Waktu kerjanya adalah waktu biasa, cuma kadangkala terdapat lebihan kerja baginya untuk di siapkan sehingga waktu malam.
Minggu pertama dia bekerja, dia terperasaan akan kedengaran suatu suara
yang baginya memedihkan telinga. Yakni suara Bilal Masjid Assyakirin,
Masjid KLCC yang indah, walaupun saiznya sederhana besar. Namun ia
tetap Rumah kepada yang Maha Pencipta.
“I hate this sound, I want to take my lunch, but I’m not comfortable
with this sound!”
Kata Smith kepada rakan kerjanya yang sama-sama tidak memahami maksud suara seruan itu..
Why? Kata rakannya…
“Ya, can’t you see? can’t u hear it? I’ve noticed that every time I
want to take my lunch, they keep hurting my ears!! I hate it! I thought
Malaysia is a peaceful country but not with this sound!!…
“I’m agreed with you, but hey, just treat it as your alarm, when we
hear it, we know it is time to take our lunch ha ha”… ….kata kawan dia
sambil bergurau..
Smith tersenyum… reda sedikit marahnya….
Hari demi hari… timbul persoalan dalam benak hatinya, ..
“Is it really an alarm for Muslims”? But why cant they just remind
among themselves, not suppose to hurt others ears with those lousy
sound… terdetik di hati Smith buat kali pertama..
Minggu seterusnya, Smith tidak makan, kerana sudah makan pagi yang
berat, waktu lunch itu dia hanya ambil angin sambil menghisap rokok dan
minum minuman keras di sebuah café dan bar ternama disitu.
…………………..
Allahuakbar….. Allahuakbar!!
Laungan azan bermula… Smith geram!! Dia membuang rokoknya dan membayar
harga minuman keras lalu bergegas menghala ke Masjid As-syakirin.
Dalam keadaan amat marah, dia bertekad mahu senyapkan laungan bising itu atas dasar keharmonian alam ….benak hatinya..
“I must stop this!! If it is not for others, but for me myself!!!”
Dia berlari-lari anak ke arah masjid As-syakirin, dalam perjalanan itu, dia ditegur sapa oleh seseorang hamba Allah s.w.t,
” Assalamualaikum, hi there my brothers, why so hurry for prayers?
It’s an early call for reminder, suppose not to run to mosque, better
walk with calm” sambil tersenyum…
Smith terhenti bergerak, dia tergamam! Dalam hatinya,
“I’m not going for prayers; I’m going to stop the lousy singing voice!!!
Tapi, seolah-olah hati dia tertawan dengan teguran seseorang itu. Mungkin juga senyuman itu ikhlas …
Dia membalas sapaan,
“Err…Nothing… I just want to check here, why the sound keeps
repeating everyday? At lunch hour, at the time I want to go back from
work, and also sometimes at the time that I want to hangout with my
friends in the evening”…
“Oh! So then, come with me, we check it together… We check it for you”….
Dengan senyuman hamba Allah s.w.t itu mengajak Smith teruskan perjalanan ke masjid.
Sampai di masjid, Smith ikut membuka kasut dan ikut kawan baru dia ke bilik wuduk,
“I want to wash my face, hand, forehead, ears, and legs…if u want to
watch it, u can stay there, if u want to wash with me, come, do what I
do”
Bagaikan dipukau, Smith ikut, mungkin kerana cuaca panas di Malaysia, Smith sukakan air sejuk Masjid Assyakirin itu.
Selepas selesai, kawan baru Smith itu memberikan satu nota kecil…
“This is the meaning of the lousy singing voice to your ears” I hope u like to read it, translated in English…
Smith kebingugan, kenapa pula diberikan nota ini, tadi kata sama-sama nak hentikan suara itu dari berulang lagi…
Smith membaca…
Perkataan demi perkataan dia membaca sambil duduk…rakan barunya meminta izin,
“I want to pray, I want to go toward success, and this is His House…
U can stay there if u likes. I’ll come back after 10 minutes”…
Smith ditinggalkan, Smith duduk dan membaca berulang kali makna suara
yag dia benci selama ini. Keadaan sejuk di tingkat bawah masjid itu,
dengan angin tengahari, memberikan satu perasaan kelegaan bagi Smith,
satu perasaan baru bagi dirinya, tak pernah dia rasai…
Mungkin juga kerana air basuhan kepada muka, tangan, kepala, telinga
dan kakinya tadi…. Di sapa dengan angin..tentunya tenghari menjadi
sejuk.
Dia bangun, memberanikan diri menaiki tangga masjid dan membuka pintu ruang solat,
Dia terkejut, Ramai!! Sejuk!! Tenang!!! Ada juga yang berkulit putih berbaju kot bertali leher di dalamnya..
Tapi dia tak berani meneruskan langkah, dia hanya memerhati dari luar,
kadangkala dipintas oleh orang yang mahu menunaikan solat, masuk ke
masjid dengan memberikan senyuman pada Smith.
Smith terasa seolah-olah dia penjaga pintu tempat laungan suara yang dia benci.. kenapa jadi begini???… benak hati Smith.
Selepas dia melihat semua orang menadah tangan… dia turun kebawah.. kembali duduk..
Ada beberapa helaian kertas tazkirah di capai dia, dia baca…
Ada tentang haram arak, ada tentang waktu solat, dan ada risalah tentang pakaian wanita agama ini….
Melihat kepada jam, masih ada waktu katanya. Dia membaca lagi…..
…… lalu terdetik di hati dia untuk membandingkan dengan agama yang dia anuti……
Hebatnya agama ini…!!!
Setiap hari menghadap tuhan mereka, jika mereka lupa, 5 kali sehari
diingatkan tentang tuhan , dan kenapa malam tiada reminder ini?
Dia terdetik, oh…malam adalah waktu rehat yang tenang….. tentunya orang
takkan di ganggu dengan suara reminder ini… agama yang dia anuti…tiada
pula reminder tentang tuhan dalam sehari..hanya ada hari-hari
tertentu…. Bahkan makin ramai lupa tentang tuhan, benak hatinya…
Oh! Indahnya agama ini..
Jika benar agama lain itu benar… kenapa tiada undang-undang larangan
untuk meminum arak …tiada agama lain yang melarang minum arak secara
detail dan terperinci!!…kerana dia pernah nyaris maut akibat mabuk
memandu…..
Jika benar agama lain itu benar….kenapa tiada reminder seharian untuk
mengingati tuhan?
Adakah hanya mengingati tuhan hanya waktu-waktu
tertentu?
Sedangkan agama ini mengingatkan penganutnya kepada tuhan 5
kali sehari!! Bahagianya mereka!! Ini baru hidup bertuhan!!
Jika benar agama lain itu benar….kenapa tiada undang-undang pakaian
yang menjaga wanita penganut agama itu, kerana Smith tahu, yang seksi
itu adalah penggoda untuk seks bebas…di negara asalnya dan di negara
ini juga!! tetapi agama lain tidak pernah melarang mereka nak
berpakaian apa pun hatta berbogel pun boleh!!
….Tetapi agama suara yang menyakitkan telinga aku ini ada semua ini….
Ada panduan untuk hidup!! Ada panduan untuk keselamatan! Ada waktu
untuk segarkan diri seharian!!
Mengapa aku tidak pernah temui semua ini?
Mengapa dulu aku hanya tahu agama ini hanyalah untuk mereka yang suka membunuh diri dengan bom!
Smith kebingungan…dia rasa otaknya tidak pernah seligat ini walaupun
pada waktu kerja yang paling sibuk, tetapi hatinya merasakan sesuatu
yang redup dan sejuk..
Seribu macam persoalan dibenak hatinya….perlu dijawab..jika tidak..aku takkan tenang!!
Itu lah dibenak hati Smith…
Dia bingung, dia cuba mencari jawapan dengan logic otak dan benak
hatinya, masih tidak terungkai, masih beku, masih celaru, tetapi
seolah-olah ada sesuatu yang sangat baik pada agama ini. Seolah olah
ini adalah panduan baru hidup baginya.
Smith menunggu rakan barunya itu turun. Jejak kaki rakan baru dia
menuruni tangga di amatinya dengan teliti, harapannya rakan baru itu
cepat menghabiskan langkah ke anak tangga paling bawah.
Smith melihat, rakan barunya membawa seseorang bersamanya, berpakaian hitam panjang.
” Long and black jacket in a hot country?” Smith tersenyum sendiri, dia merasakan agak lucu lelaki itu berpakaian begitu.
Mereka bersua,
“Ustaz, this is Smith, my new friend, he works at the petronas tower, he want to ask you a favor”…
“Yes Smith? Is there anything that I can help you?”
Err… Actually there is nothing about favor, at first, I’m so sick to hear the voice from this place but then….
“Yes Smith?”… tanya ustaz sambil memegang bahu Smith..
Then, this guy just like controlling me to follow him to this place of calmness….I aaa…I aaa….I aaaa
Suara Smith tersekat-sekat…
“Please, have a seat…we can talk more about what’s inside your mind and heart now”…
“I hope it won’t take long because I will be hurry to work…”
“Depends on you Smith, we’ll be here again at 4.30pm…” dengan senyuman kedua-dua rakan baru Smith itu menyapa.
For a very first time in my life, I’ve never questioned and compare my
whispered to this calmness feeling. I don’t know what to tell, and I
don’t know how to strike out this feeling from my heart to both of
you….i don’t know what to…make u understand me now….
Perlahan suara Smith, dia seolah-olah malu untuk bercakap, mungkin
terasa malu kerana mulanya marah, tetapi kini seolah-olah dia merasakan
dirinya bersalah kerana marah…
Its ok Smith, don’t push yourself, let it come smoothly to you…hold the calmness inside your heart now…
The feeling u feel now, it’s just the same feeling after we finished our pray I guess…
“Is this the true religion? Believe? Why before this, I dint noticed of
this feeling? I didn’t know this place is calm and …and…and…”……
…………………
“Smith, God put His blessed on you today… He wants you to know the truth that you’ve questioned in your mind and your heart…”
“I’m not so sure about that, but from this pieces of paper, I’ve
compared, there must be something special in this believe, the rule of
good behavior is clear for believers to adapt in real life nowadays”….
Smith, it’s not only for the present, but it was from the past until
the future… This religion surely has rules for the human need. It
makes people safe for their surroundings.
Yes, I’m quite agree with that, look at here, the statement of man
shouldn’t take alcohol for drinks, I know it wasn’t good for health,
and nearly kill me in a car accident….but then, no other religion
stated this clearly as it is..… also…you know….Woman…in club..…..their
dressing…….being bad in attitude..…lifestyle…sex…hiv….freedom but
chaos inside…..from the midnight till the early
morning…headache…dark…not even remember of god…..oh my!..
Kedua rakan barunya tersenyum, seolah-olah Smith pula yang sedang berceramah tentang kebenaran agama suci ini…
Smith tertunduk dan seperti malu kepada kedua rakan barunya kerana mereka tersenyum…
“Smith, your heart is telling you the truth… do you agree with that?”
“…. For the first time of my life… my heart is brilliant than my mind… …
“….I guesses…”
“….. Please tell me more…”
“……About this…religion of the 5 times reminder a day and smiles…”
“…Yes Smith, of course…with pleasure…”
Smith meninggalkan kedua-dua rakan barunya, dengan lemah longlai
memakai kasut dan membetulkan seluarnya, dia melihat ke atas…mungkin
melihat dimanakah corong yang mengeluarkan suara yang dia benci selama
ini….tetapi hari ini..dia telah jatuh cinta pada suara itu… mungkin dia
memandang ke langit…melihat cahaya baru dalam hidupnya…
Sebelum asar petang itu, sebelum satu perkumpulan ramai…Smith datang
dengan wajah ceria..dalam keadaan keyakinan… dia datang untuk belajar
lagi..
Tentang agama 5 kali peringatan sehari..dan senyuman.. =D
Smith..menemui cahaya baru dalam hidupnya…



Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang,
mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan.
Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. Al-Maaidah ayat 58
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke
masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)
dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah
baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Al-Jumu’ah ayat 9
Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dan di olah menjadi
jalan cerita pada hari kempen Masih Ada Yang Sayang Masjid
Assyakirin. Kuala Lumpur City Center. Ilovethismosque. Ramai foreigner
reverted to ISLAM… =D suka jugak masjid s.alam…pun sama =D
Ps: Lepas baca balik ayat surah Al-jumu’ah ayat 9 tu baru
terperasan. Dari kisah di atas..Smith telah “bergegas“ ke masjid
setelah mendengar azan dengan terus buang rokok dan tinggalkan minuman
dia berbanding sesetengah yang dengar azan then buat-buat tak tahu …hmmm… so…be aware to this reminder always yerrrr!!!
……………………………
Forgive me my friends..all of you…man and woman..
if i make u feel close… aku nak kau lebih dekat dengan Allah..bukan dengan aku….kerana aku akan hancur lebur dalam kubur..(tapi aku doa nak jadi mayat tak reput) =D
if i make u feel mad….. aku nak kau benci aku kerana Allah…kerana aku manusia biasa…pinjamanNya belaka…
if i make u feel lost…. aku nak kau terus bergantung pada Allah..
kerana itulah Tali terkukuh….
if i make u feel sad... aku nak kau perbanyakkan doa kepada Allah..
dan menangis kepadaNya dalam taubat dari dosa….
if i make u feel hard...aku nak kau lembutkan hati dgn zikrullah..
kerana itu adalah semaian dunia yang akan kau tuai di akhirat kelak..
if i make u feel crazy…aku nak kau tenangkan hati mengingatiNya..
kerana aku juga hambaNya seperti engkau dan engkau dan engkau…
if i make u feel what ever you feel… aku nak kau dan kau dan kau dan engkau…ketahui bahawa segala-gala adalah dari Allah dan dengan keizinanNya…..
if i make u feel i cant help you… aku nak kau terus berdoa meminta bantuanNya…
if i make u feel im so sorry…. aku nak kau memaafkan aku kerana aku takut berdosa dengan manusia…
if i make u feel happy…. aku nak kau mendoakan aku bahagia di SANA
if i make u feel “im gone”… aku nak kau sedar…segala-gala di dunia ini adalah sementara…tiada yang kekal kecuali Allah s.w.t….dan carilah bekal..
if i make u feel beware….. aku nak kau sedar hakikat Allah s.w.t menciptakan kita…apa tujuan kita diciptakan?
if i make u feel be careful… aku nak kau sedar..syaitan sentiasa menggoda kita… dan aku nak sama-sama bertaubat dari segala dosa…
if i make u feel “im away”…. aku bz … cari ilmu..aku amat kurang ilmu…..
**********************************
terima kasih kerana memaafkan…
terima kasih kerana sabar…
terima kasih kerana doa…
terima kasih kerana tindakan…
terima kasih kerana perkataan…
terima kasih kerana perbuatan…
Dan aku tak mampu sedikitpun membalasnya..hanya Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan..
Dunia ini tidak lain tidak bukan hanyalah medan ujian…tiada kegusaran kerana segalanya adalah dariNya…maka tetaplah ceria =D
akhirat itulah KEHIDUPAN SEBENAR dan KEKAL ABADI..
“nak yang KEKAL atau SEMENTARA?”
nak utamakan yang sementara atau yang kekal abadi?
tepuk sejadah…tanya iman dalam diri.. =D
……………………….
Hadis Dari
Tagged: Convert, Mengucap, Reminder, Revert, Syahadah May 20, 2008
iqra’! iqra’! iqra!!
baca! baca! baca!
ilmu! ilmu! ilmu!!
jangan ada jemu!
dalam tuntut ilmu!
lepas baca buku!
refer pada cikgu!
refer pada sifu!
mahupun tok guru!
atau ahli ilmu bidang itu!
walau tidak sekutu!
cari yang jitu!
tetap rujuk pada yang kalam yang satu!
juga sabda kekasih itu!
agar dapat di tuai pada hari itu!
hari yang satu!
semua makhluk berkumpul disitu!
tiada lain pilihanku!
melainkan keredhaanMu dan rahmatMu!
perkenankahlan pintaku,
wahai Tuhan yang Satu,
tiada lain melainkanMu,
Pemilik segala-galanya itu,
di bumi di langit mahupun yang tidak ku tahu,
Segala puji bagiMu,
Rabbku, Rabbmu…
………………………………………………….
ps: ilmu=
ilmu camera ke, ilmu agama ke, ilmu alam ke, ilmu hisab ke, ilmu komputer ke, ilmu sunnatullah ke(science), apa-apa jualah ilmu yang bermanfaat. =D
………………………………………………….
Sedang dalam mode research, tapi keluar syair pulak? nak buat macam mane? =D
PERHATIAN!!!!
OLEH SAUDARA FUAD SYAZWAN
Tagged: Ilmu, Iqra May 17, 2008
Panduan Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong
BAHAYA SIFAT SOMBONG
SIFAT SOMBONG adalah satu sifat yang amat bahaya dan perlulah sentiasa kita berusaha untuk menjauhi sifat ini dan memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Amr Berlalu dan Ibnu Umar berdiri menangis: mereka bertanya, “Mengapa engkau menangis, hai Abi Abdurrahman?” Dia Berkata, “Itu”!, Yakni Abdullah bin Amr. Ia mengira Dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barang siapa yang hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka”.
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.Al-A’raaf 146
Hayatilah Azan Kerana Terdapatnya Cara - cara untuk berjaya .
Renung2kanlah Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih muliadaripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Cermin diri - membentuk keperibadian mulia.
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Dari Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Saya bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti ?” Rasulullah (s.a.w.) menjawab :
“Wahai Abu Hurairah, sungguh saya menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadis.
Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku ada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya.”Hadis riwayat Bukhari
ATAU BOLEH BACA BUKU
MUKASHAFAH AL-QULUB = PENENANG JIWA (PENGUBATAN DAN RAWATAN)
PENULIS ASAL: IMAM AL-GHAZALI
PENTERJEMAH: MUHAMMAD QADIRUN NUR
CETAKAN KEDUA BELAS 2008
CETAKAN TRIPLEPRINT WMBP SDN BHD CHERAS
TERBITAN WHOLESALEMAT SDN BHD
ISBN: 967-96-0159-8
SIRI GAYA HIDUP ISLAM
RUJUKAN EFEKTIF AKHLAK MULIA
PENULIS: DATO’ DR. HARUN DIN AL HAFIZ
TERBITAN PERTAMA 2007
TERBITAN PTS MILENNIA :
ISBN 978-983-3604-27-2
MARILAH KITA BERDOA AGAR KITA DIJAUHI DARI SIFAT SOMBONG DAN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG LAIN.
AMALKAN SETIAP KALI SEBELUM TIDUR, MAAFKAN DIRI SENDIRI, MAAFKAN SEMUA INSAN YANG DIKENALI.
HATI AKAN MENJADI LAPANG DAN TENANG DAN INSYAALLAH CERIA
Salam Ceria, Salam Maaf, Salam Indah, Salam Seakidah
Selamat Memperbaiki Amal! =D
Jangan Sesekali menganggap diri itu sudah cukup baik,
tetapi perbaikilah diri dan amalan selalu.
ps: akan lama tak menulis disini..research kene start dah.. wallahua’lam =D
Tagged: Belagak, Sombong May 17, 2008
PADANG MAHSYAR….
Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat
ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang
Masyar dalam keadaan berbogel..
“Wahai tubuh-tubuh yang
telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang
bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari
perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut
bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.”
Lantas mereka berkata : “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?”
Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..
Duduk
berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan
manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka,
cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban
lapar dan dahaga..
Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?
Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..
Ketika
Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu
Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah
Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)
Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.
Kemudian,
Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan
bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…
Menjelang
kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana
masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka
dahulu… Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah
Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad
sambil menangis berkata..
“Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang
yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala.
Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya
sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah
Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari
ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan,
Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril!
Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan
Jahanam!”
Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik
bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik
menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu
Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata
seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya
menangis).
Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah
terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak
mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.
Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..
“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.
“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”
Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.
“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”
Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.
Selepas
ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang
panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:
Aku
di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang
menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..
Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..
Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…
Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.
Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di
sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab
untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah
neraka, lalu kepalapun mendidih..
Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa
yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik
sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah
akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)
Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad,dermawan, Qari dan pejuang berani mati,
maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa
selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah
sangat luas… tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar
Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan
menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka
bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..
Dan ada tujuh
golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain
kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang
sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..
Panjang cerita, boleh
rujuk ustaz, moral cerita aku adalah, padang masyar itu benar, maka
selamatkanlah ummat islam daripada azabnya…
Bila dah marah atau
kecewa, tak payahlah cakap nak jumpa di padang Masyar, bersabarlah dan
cuba selamatkan mereka.., jangan marah dan putus asa.OK?!
Kalau
nak jumpa di padang masyarpun, sama-samalah jumpa di bawah arash…,
jangan jumpa di mahkamah nombor dua, nombor satu apatah lagi..oH!…
……………..
petikan dari orang yang suka kereta mayat
……………..
syurga neraka bukan amalan yang membayarnya
hanya keredhaan Rabbul A’lamin dan rahmatNya menentukan penentuan hari pembalasan.
maka, bagaimana mahu mendapatkan redhaNya? =D
ikut apa yang disuruh oleh TuhanMu!!,
Tinggal jauh jauh apa yang di larang dan jangat ulang langsung….!!
mengajak kepada kebaikan… mencegah kemungkaran…..!!
Maafkan diri sendiri dan maafkan semua Insan!!
TERUS!! teruss!! maju kehadapan!! menujuNya!!
ikut jalan kekasihNya dan orang-orang yang telah diredhaiNya!!.. =D
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan)
berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. Al-Baqarah ayat 201:
rujuk ustaz dan ustazah yang korang kenal untuk keyakinan jitu =D
Tagged: Padang Mahsyar May 17, 2008
Assalamualaikum wbt.
RE ENTRY: DEMI MASA.
dari email dan pm dan forum. saya respon yer…
maafkan saya para sahabat dan pembaca sekalian =D maafkan saya dunia dan akhirat..saya tak sangka kisah itu mendapat sambutan pembaca.. asalnya saya
tulis untuk kesedaran diri sendiri … berdasarkan kisah sahabat saya
tu…. (ceria dia sekarang dalam ketaatan.. dalam telifon pon
ceria..bila call…sure dia tanya saya..apa khabar imanmu sahabat? ) =D
sungguh tidak berdaya untuk mereka-cipta sambungan cerita itu…kerana
mereka masing-masing merapatkan diri dalam mendekatiNya dengan si
lelaki terus beramal soleh dan berdakwah…. wanita itu pula sedang
jihad ilmu dan hampir menamatkan pengajian di sebuah kolej ternama di
kota…
..insyaAllah…terima
kasih kepada yang mendoakan kebaikan untuk saya…semoga Allah s.w.t
membalas doa itu dengan berlipat kali ganda..hanya Allah s.w.t
sebaik-baik pemberi balasan…
….saya bawakan satu lagi
kisah..yang pendek…insyaallah… mana-mana kebaikan dan keindahan
serta kebijaksaan itu …teruslah memuji Allah s.w.t sebagai pencipta
dan pemilik mutlak segala di langit dan di bumi.…..mana-mana
kelemahan itu adalah dari kegagalan saya mengawal godaan nafsu dan
syaitan…..dan pengurusan masa akhir-akhir ini…. sibuk banyak..tak
sikit..keje..research..keje..family….ampun!! =D
…………………………
kisah… seorang anak muda…yang pulang dari kota pada paginya untuk
bertemu ibu tercinta…. selepas solat berjemaah asar mengimamkan
ibu….
mereka berdoa bersama….setelah itu…..sedang ibu melipat kain sembahyangnya…. si anak mula mencelah…. nadanya….
“mak…mak dulu kawin umur berapa? ”
19…kenape?
“kenapa mak kawin awal?”
….. atuk kamu suruh..sbb dia nak cucu soleh solehah cepat..
“kalu nak kate, kena pasangan yang bersedia ekonomi dan lain2 ke mak?
…..masa kawin dulu2..ayah dah steady ke ekonominya mak?”
….ayah kamu dulu…masa kawin ngn mak..tak ada apa2..sekarang
alhamdulillah…. berkat kami usaha sama-sama untuk kamu adik
bradik…..kan ada surah al-waqiah kan mak ajar kamu tu…
“ha…ataupun lepas kawin mak ngn ayah sama-sama build keluarga dgn ekonomi?
…ha’ala..mak tak perasan pula tentang ni….
“tentu lebih mesra dan berkat ye mak?”.
….yer.. mak dgn ayah kamu tak reti mcm orang-orang muda sekarang
ni…..waktu ayah kamu ada dulu… mak buat kuih2 dan nasi kerabu….
ayah kamu lepas subuh hantar ke pasar…. ramai orang suka..sampai ada
menteri tempah nasi kerabu mak… ayah kamu takde ni..mak tak buat..mak
tak berani nak ke pasar sorang diri….takut fitnah dan
macam2…..maklumla..ibu tunggal ni…orang pandang macam2…..
….eh..kamu ni beriya tanye kenape? dah berhajat ke? ..mak ni bukan apa…mak taknak kamu susah2 dgn isteri kamu nanti…..
“ala mak? dari susah di akhirat..susah di dunia sekejap je mak…lagipun boleh usaha sama-sama dgn pasangan”
kamu mmg nak la ni ye?… nanti mak doakan…. kamu dah ade calon ke nak mak carikan?
“ala mak..kan mak kata ada orang risik-risik dan kenen-kenen kat mak…
yang mana ada ciri-ciri solehah dan membahagiakan mak…menceriakan
mak…menggembirakan mak…dunia dan akhirat…. ok le tu mak..”
kamu ni.. mana hadiah untuk mak ni?..hari ibu ni…minggu depan pulak
hari guru..mak pun guru mengaji kamu kan… dua hadiah untuk mak ni….
“ni la hadiah besar saya untuk mak… tunggu mak nak je!” tapi takkan mak nak dua kot?
….kamu ni…!!!! kene pulas telinga tapi mak tersenyum….
“terima kasih mak!! iloveyou mak!! nanti mak bagi nama untuk cucu mak yer… selamat hari ibu!!!”
pandai la anak mak ni..bertuah sungguh!…
….kata mak sambil senyum2… sambil menuju ke dapur.. buat pisang goreng, dan buat teh untuk minum di pangkin……sambil hirup udara segar…dan bau-bau….rumput.. sekam padi dibakar waktu petang….
…dan anak lelakinya berlari-lari di batas sawah…sambil menerbangkan layang-layang berwarna-warni……
…walaupun tidak pasti…
…sejuta harapan dihati…
…sebelum mati…
…menemui ilahi sebagai kekasih di hati…
…tetap berdoa semoga diberkati…
…teguh iman dihati…
…girang wajah berseri…
=D
SANG MURABBI. “abi&ummi”
TETAPLAH SAMPAIKAN FIRMAN TUHANMU..SABDA NABIMU…
Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi
serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.Al-Maaidah 120

Tagged: Buat Baik, Ibu Bapa May 16, 2008
QUESTIONS:
Assalamualaikum..
Kepada sahabat…iman kita seperti roda..ada masanya di atas dan ada kalanya di bawah..Justeru, masing-masing yang berakal ada cara dan kaedah tersendiri untuk memelihara dan menguruskan soal iman…Oleh itu, suka saya bertanyakan cara sahabat dalam memelihara iman..Mungkin ada yang ingin berkongsi kaedah yang mereka gunakan..kerana masing-masing ada kreativiti yang tersendiri…Apa saja cerita, kata-kata nasihat dan motivasi tentang iman amatlah di alu-alukan..Semoga perkongsian pendapat dan nasihat dapat memberi inspirasi pada kita semua dalam usaha memelihara iman dalam diri…Wassalam…
…………………………………………………………………………
ANSWER:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum wbt:
TENTANG IMAN…aiman ambil kisah tentang ini.. =D
1. Jaga Solat:
Sedaya upaya solat berjemaah dan mendapat takbiratul ula bersama imam.
Sedaya upaya awal ke masjid, dan bersihkan diri, sedia diri, iktikaf dan sebagainya.
Muliakan Rumah Allah s.w.t dengan tidak bersuara tinggi, jaga adab dan pakai dengan
pakaian cantik dan bersih dan wangi.. kerana hendak mengadap Raja segala Raja.
2. Mata: apabila melihat keindahan alam, rasa kecil diri, dan
ucap subhanallah. elakkan melihat perkara-perkara dosa walaupun paling
remeh..kerana 1 dosa..1 titik hitam pada hati jika tidak terus
istighfar…. jika dosa besar..selalulah bertaubat…ini peranan solat
5 waktu sehari….dan solat2 sunat yang lain… =D
3. Lidah: apabila berkata-kata atau berkomunikasi dalam apa jua
perkara, selitkan dengan ayat al-quran dan hadith….elakkan bercakap
perkara tidak perlu atau tiada kaitan atau tidak berunsurkan nasihat
atau apa saja yang tidak bermanfaat dalam kata lain..lagho… cam..
muda mudi slalu sebut skang..”siol” “poyo” “siot” “suwel” atau apa saja
yg tidak baik..kerana kata-kata kadangkala menjadi doa kan? elakkan
perkara sebegini…..
4. Sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah s.a.w di dalam hati:
zikir bukan hanya di lidah..tetapi sentiasa ingat..diri adalah
hambaNya..ciptaanNya… makanya, bila ingat diri hamba..akan ingat
siapa pemilik dan pencipta. ingat siapa yang bersusah payah menyebarkan
ISLAM ..siapa yang menyebut2 kita tatkala dia nazak…Rasulullah
s.a.w…baginda mencintai umatnya…apakah kita mampu membalasnya?
5: Kecilkan nafsu: akal akan terarah kepada iman jika nafsu
dapat dikecilkan. kecilkan nafsu dengan selalu berpuasa… selalu
mengingati mati agar tidak ketawa selalu..sebab ketawa selalu boleh
mematikan hati dari mengingati Allah s.w.t.
6. Rendah diri: sehebat mana pemikiran dan idea dan apa saja
kebaikan dari manusia….adalah secara mutlak dari Allah s.w.t… tiada
langsung milik kita atau milik sesiapa..semuanya adalah pinjaman dan
amanah dari Allah s.w.t. bab ini penting sebagai penyampai kebenaran…
jaga niat dan hati… takut2 syaitan cucuk dengan perasaan
riak..takabbur..ujub..bangga diri…walhal..segalanya adalah MILIK
ALLAH S.W.T…
untuk pembaca dan penerima dan penasihat …
selayaknya, PUJILAH ALLAH S.W.T……jgn
dipuji manusia sangat….. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, baling
pasir kepada mereka yang memuji….
takut2 syaitan cucuk TAKSUB kepada
orang yg memuji……
dan syaitan cucuk RIAK TAKKABBUR kepada orang yg
kena puji….
syaitan kan kerja 24jamkan..
baca ma’thurat selalu.. baca
pagi..dilindungi sehingga petang..baca petang..dilindungi sehingga
bangun tidur semula….InsyaAllah!!!
Rasulullah s.a.w pun melarang kita dari terlalu taksub kepada
Baginda…supaya jangan jadi mcm kaum nasrani yang taksub kepada Isa
Alaihissalam… taksub kepada makhluk bahaya…saidina umar pun di
tegur oleh saidina abu bakar dalam hal ini ketika rasulullah s.a.w
wafat….
……………………………………………………………..
Jaga RUKUN IMAN.. apabila menghadapi sesuatu perkara, ingat semula pada rukun iman:
contohnya:
1. Dalam keadaan apa pun…tetapkan rasa dilihat oleh yang Maha Melihat..tentunya malu untuk berbuat dosa walaupun bersendirian walaupun dosa kecil… malunya..Allah s.w.t sedang melihatku….
2. Dalam keadaan apa pun.. cuba kaitkan apa yang berlaku dengan hadith2 rasulullah s.a.w. tentang akhir zaman
pun bagus… akan ada kesedaran diri bahawa apa yang diucapkan oleh
Rasulullah s.a.w itu telah berlaku, sedang berlaku, dan pasti akan
berlaku.
3. Dalam keadaan apa pun.. cari dan kaitkan peristiwa2 pada diri atau alam atau apa saja tentang persekitaran dengan ayat al-quran… contoh..apabila melihat awan… ingat ayat quran yang menceritakan tentang awan (photographer kena ingat ni!! =p)
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di
padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta
Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami
telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab
mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya
diri sendiri.AL-BAQARAH=AYAT 57
bila tengok burung..kaitkan dengan surah al-mulk ayat 19:
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya(daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.
Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.Al-Mulk = Ayat 19
dan sebagainya…sebenar2nya… terlalu banyak perkara yang dinyatakan
dalam al-quran terzahir pada mata kita…kejadian siang dan
malam…subuh..dan mcm2 lagi…. dan yang paling menakutkan ayat-ayat
ancaman …”tidakkah kamu berfikir?” ” tidakkah kamu mahu berfikir”?
… “hanya sedikit dikalangan kamu bersyukur”….
4. sentiasa ingat ada malaikat:
bila terkena tiupan
angin..ingat ada malaikat pembawa angin…. bila makan nasi…ingat ada
malaikat pembawa rezeki…. bila duduk bersendirian..ingat ada malaikat
yang mencatit amalan dibahu kiri dan kanan… bila tidur..ingat ada
malaikat menjaga lubang telinga, hidung supaya tiada serangga
masuk…dan juga malaikat-malaikat lain yang sentiasa ada disekeliling
kita.. =D syok..tak takut pon!!! =D
5. qada’ dan qadar’ : selalu perkara-perkara yang terjadi,
janganlah terlalu gembira atau terlalu kecewa.. sama ada kejayaan atau
kegagalan…DUNIA ADALAH MEDAN UJIAN..akhiratlah tempat HIDUP
sebenar-benarnya HIDUP TANPA MATI….. jangan selalu berkata “kalau aku buat ini..kalau
aku buat itu..kalau aku tak buat ini mesti tak jadi itu..” No!! dont
say that… teruskan hari berikut dengan sebaik-baiknya… makanya, harini ini
adalah lebih baik dari semalam… dalam sehari..tumpu buat kebaikan
pada hari itu…. tiap2 hari..jadi genap seminggu..tiap2 minggu jadi
genap sebulan…tiap2 bulan jadi genap setahun…hingga akhir hayat..
FOKUS PADA HARI KEJADIAN… jangan panjang angan-angan tanpa
tindakan… ingat mati pon boleh tambah iman..sebab kita akan lebih
bersedia, kerja lebih keras untuk amaljariah, kerja lebih keras untuk
nafkah, malah boleh jadi tajam fikiran sebab ingat mati, kerana nafsu
akan kecil…akal akan mengatasi nafsu……malah boleh jadi jutawan
dunia dan akhirat =D
6: Hari Kiamat.. baca dan fahami ayat-ayat al-quran tentang
perkara ini. dan terus iktikad dan percaya… selalu mengingatkan diri
dan kawan2 tentang MIZAN, PADANG MAHSYAR, TITIAN SIRAT, ARASY, DAN APA
JUA PERKARA selepas Hari Kiamat… Dunia Hancur…dan tibalah hari
pembalasan sebenar-benarnya….HIDUP TANPA MATI.. =D
Juga baca perkara2 ttg perjalanan usia dunia kepada hari kiamat..
terlalu banyak perkara sudah berlaku…hanya tinggal sikit2 saja lagi
petanda2 besar ttg kiamat…. baca al-quran dan terjemahan..jika ada
koleksi tafsir ibnu katsir dirumah lebih baik…jika tiada tafsir..baca
buku2 yg telah diolah supaya faham dan jika khuatir..rujuk pada
ustaz2…
Inilah beberapa perkara yang cuba diterapkan dan amalkan…kurangkan
menyebut dan melihat yang sia-sia, kurangkan bergelak ketawa yg luar
kawalan…… boleh bergembira…..tetapi sekadar terhibur hati..mmg
hati cepat letih dan bosan…tetapi kegiatan variatif untuk hati adalah
perkara berhikmah dan ma’rifah..(pengetahuan)
yang paling penting..membaca dan menuntut ilmu..
jangan sesekali ingat diri sudah cukup baik atau dah best…dgn ilmu
ke..dgn amalan ke..ataupun dengan harta benda….. jangan sesekali
fikir begini…bahaya..walaupun dah ada title mcm2…Dr. ke.. Dato’
ke.. apa ke.. Ulama’ ke..jgn fikir diri sudah baik….syaitan akan
cucuk perasaan bangga diri (ujub)..riak..takabbur…dan sebagainya yang
buruk dan merugikan amalan… jaga niat betul betul…. sentiasa
kembali pada Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak semua itu…. Allah
s.w.t akan tambah jika kita bersyukur…. Allah s.w.t akan tarik jika
kita tidak bersyukur….. ataupun Allah s.w.t akan laknat dengan
ISTIDRAJ! semoga dielakkan dari segala sifat mazmumah…..
nak dunia? cari ilmu
nak akhirat? cari ilmu
nak dunia akhirat? juga ilmu..
itu kata-kata siapa ya?.. =D
amalkan apa yg diketahui.walaupun sedikit..tapi istiqamah..mcm kisah
pemuda yang mengamalkan apa jua tindakan dimulakan dengan bismillah….
penuh keyakinan walau apa pun terjadi..
DEMI MASA, MANUSIA DALAM KERUGIAN, KECUALI YANG BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN DAN KESABARAN
Allah s.w.t dah bersumpah, demi masa… setiap masa kita dalam
kerugian…kecuali yang berpesan-pesan…ingat mengingati…tazkirah…pada kebenaran…apa lagi kebenaran selain
al-quran dan hadith? yakni perkara-perkara baik sepertinya mengajar
ilmu yang bermanfaat dan sebagainya….bagaimana pula dengan kesabaran?
ya..sabar dalam mentaati perintah Allah s.w.t dan Rasulullah
s.a.w…sabar dalam menuntut ilmu…sabar dalam menunggu jawapan di blog juga! =D ..he he hee..
wallahua’lam thanks kepada pembaca dari indon, jawa timur, jawa tengah, singapura, brunei, thailand, dan lain2 negara yg ada bendera..hehe.. kene beli banyak kamus lagi nih!!! =P
apa karna mrk tak pernah ngomong? Amiiinnn? Mun kelawasan tapinya ulun kada’ paham jua
ps: Tolong translate dalam bahasa arab or english!!! = P
……………………………………………………………………………..
ZAHIR manusia perlukan makanan untuk sihat..disini perlu adanya usaha untuk makan..cari makan…cara makan….. dsb…
Dan kemudian perlukan riadah..perlukan berpeluh untuk buang kotoran toksin dari
badan…melalui sistem-sistem perkumuhan yang lain… untuk kitaran
badan yang sihat.. itu JAZMANI..yang berjisim dan berjirim. jika tiada
sistem perkumuhan buang bahan kotor dari badan nie…jadi pusat kotoran
lah badan manusia..
indah dan complete kan ciptaan ALLAH S.W.T? =D
RUHANIAH manusia juga perlukan makanan untuk sihat..termasuklah IMAN!
IMAN perlu diusahakan .selalulah berfikir melalui panduan
al-quran dan hadith… kerana iman juga perlukan makanan…. selalulah
berusaha untuk IMAN melalui ilmu, amal, dan selalu bercakap ttg perkara
yang menambahkan iman……..
Tak boleh dah dapat dan dibiarkan….kesian aiman….eh..kesian IMAN…
kerana IMAN ada pencurinya yakni SYAITAN …. kerana syaitan tahu NILAI
IMAN dapat menyelamatkan manusia di akhirat kelak..makanya…..sebesar zarah iman….akan dikira
oleh Allah s.w.t sebagai bekalan… zarah tu..yg atom atom tu…kalo
rajin ..kira lah =D
KOTORAN JIWA juga perlu dibuang dengan proses istighfar, taubat,
zikir dan sebagainya…agar titik2 noda pada hati terpadam atau
terkikis…. cuba buat dan rasakan kesejukan zikir dalam hati mengikis
noda-noda hitam……insyaAllah.
Allah s.w.t MAHA PENGASIH, MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG bagi mereka
yang mencari dan berusaha untuk itu….IMAN PERLU DI USAHAKAN..PERLU DI
SEMAI….tuainya nanti diakhirat…kita akan dilihatkan nilai
IMAN…insyaAllah menjadi bekalan yang baik…
kenali diri..kenali Pencipta…kenali kekasihNya..kenali kalamNya…. insyaAllah.
ps: Jangan asyik sangat berblog sampai lupa solat jemaah di masjid ya! =D
ps2: Ini bagi jawapan soalan terkumpul insyaAllah..soalan2 lain tunggu haaa!! baru touched down!! =D
selamat beramal!!
wallahua’lam =D
………………………………………………………………………
Tagged: Amal, Iman, Nilai Iman May 12, 2008
Next Posts
Previous Posts