short

Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal
Oh warnanya…

Apa yang kurasa
Dapatkah kau tahu
Teka cuba baca

Oh maksudnya…

Apa yang dikata
Watak para wajah
Mungkin takkan sama
Di hatinya…Dan janganlah
Buta mata
Dan janganlah
Buta hati
Khayalan hidup ini
Kenyataan
Dan mesti kau mencari
Maksudnya…

bukan kerana el-nino melanda
lantas bahang membara
membakar jiwa kita
natijah yang tak terduga

bukan kerana laut bergelora
nelayan kebuluran
ataupun kemarau panjang
telaga kekeringan

Di manakah padang yang hijau
Dan berhentilah kau di sana
Cari cari tanya mereka

Dari manakah asal usul
Tanya pada diri sendiri
Apabila kau mengertikan

Asal usul sendiri
Tak perlu takut lagi
Hadapi dengan tabah
Nur sakti dalam doa

Dalam dada bergetar rasa
Sukarnya melangkah kan kaki
Melihat di dunia nyata
Di mana asal usul kita….

Cari perhentian di mana nak berhenti

Caj caj caj caj caj caj
Suka hati kau tak berbudi kau tak mengerti
Kau tak perduli ku kau anggap kutu kari

Das das das das das das
Hentam saja kau tak berjiwa kau tak merasa kau tak periksa
Siapa yang mengalas kerusimu di bawah
Di bantal empuk mu kau terlupa janji mu

Dam dam dam dam dam dam
Kami jeran kau tak kasihan kau tak sayangkan
Kau tak ringankan kami sekalian yang bergelar sang Marhain
Di rumah tumpangan kau terlupa diri mu siapa

Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang hingga dijulang…

Mana bukti kata sakti
Kau laungkan oh ho
Mana panji perjuanganmu semalam

Mana kesan cinta agung
Kau talunkan oh ho
Mana teman ingin juga ku saksikan

Aku damba kebebasan
Biar pahit biar pedih
Biar biru mata hitamku

Mana pedang sejahtera
Kau hunuskan oh ho
Mana hilang oh kemana wahai teman

Berlari-lari merentas bagaikan tanpanya arahan
Sembunyi diri membelakang wajah tanpa kelihatan
Begitulah manusia kelam jiwa oh
Bicara kata luahan hanya kepentingan sendiri

Mendabik diri hipokrasi makin menebal di dada
Tertipulah seluruhnya kekaburan
Namun segala hanyalah bak lakunan semata
Misteri insan dunia ini sehingga akhir zaman
Rahsia nasib sendiri rasa
Rentak kembara insan dunia satu enigma satu enigma

Tika mendaki kejayaan akan menyilau dimata
Ada yang lari dari kota yang sesak berdebu dosa
Sesungguhnya banyak ragam manusia
Namun segala hanyalah bak lakunan semata
Misteri dalam hidup ini rentak kembara
Insan dunia satu enigma satu enigma…


3 comments September 22nd, 2008


Pages

Categories

Links

Feeds

Calendar

August 2009
M T W T F S S
« Jan    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Recent Posts

Archives

Meta

Tags

Categories